Saturday, October 9, 2010

Bukit Gondola





Lamaaaa dah tak beraktiviti.  Sejak puasa sampailah hari terakhir Syawal.  Lemak-lemak tak la banyak sangat terkumpul sepanjang hibernasi selama 2 bulan tu.  Tapi bak kata kiasan 'makin naik lemak'. Hehe, tah betul ke tak boleh pakai kiasan tu.., kira maksudnya makin tahap kemalasan tu meningkatlah.

Tak bleh jadikk..., so 9 Oct 2010. Ngam-ngam rasminya abis bulan raya tahun 2010 ni.., aku ngan Marwan korek-korek balik perancangan kitaorang yang tergendala or terpotong trip dek planning-planning yang lain. Fikirkan yang kitaorang cuma nak buat aktiviti santai yang makan beberapa jam je, so kitaorang setuju nak daki satu bukit yang jadik mercu tanda kat Sepanggar, tak jauh dari Kota Kinabalu.

Bukit nih kalau nak pergi arah ke KKIP (Kota Kinabalu Industrial Park), atau arah ke Karambunai Resort.., termasuklah ke arah Sepanggar tuh memang jelas kelihatan dari jalan utama. Selalu sapa-sapa pun yang terpandang bukit ni, memang tak akan miss utk menoleh tengok keunikan dia dua tiga kali lagi.  Nama dia tak pasti sangat la pulak, ada panggil nama Bkt Gondol, ada panggil nama itu, ada ini... tapi semua tu bunyik tak glamer langsung lah.  So biar aku sesedap rasa membahasakan nama dia Bukit Gondola.., tak la lucu merangkap lucah sangat bunyinya...hehehe.

Skill menebas...
Sebenarnya entrance nak pegi ke puncak bukit ni ada banyak.  Tapi dari sumber yang boleh dipercayai (yang pernah daki bukit ni lah) keywords dia ada dua iaitu carik IKM (Institut Kemahiran Mara) & Kubur Cina (perkuburan Kristian sebenarnya).   Selebihnya kena la ringan mulut menanya orang2 yang kat situ.  Ala-ala treasure hunt pulak clu dia kan.



awan kelabu, pergunungan biru & bumi menghijau
Seawal 6.50am dah si Marwan tercegat menunggu kat luar pagar, ready nak mengangkut aku.  Kitaorang pegi berdua je., planning last minute mana ada nak ikut.. memasing ada plan memasing ujung2 minggu gitu.  Sempat breakfast berat sikit kat warong area Indah Permai. Siap-siap memenuhkan tembolok, then mula lah kitaorang mencari tempat mendaki tu.  Abisss..dah memang takde apa2 signboard. Memang susah gak nak mencari kalau first time pergi situ, tanya orang tu tanya orang ni, pegi situ patah balik, pegi sini patah balik... last2 syukurlah, jumpa la jugak starting point nya.  So ngam2 pukul 8.00am kitaorang mendaki.

Bukit ni tak terlalu curam.  Kalau diiagak-agakkan ada la tinggi dia mencapai 250 - 300m dari aras laut kot, tak terjumpa pulak data rasmi berkaitan ketinggiannya.  Mendaki tak penat.  Tapi sebab semalam nya hujan agak lebat, so ada masa denai laluan tu macam hilang terutama sekali dekat area kawasan yang ditumbuhi lalang. Kami take turn, kejap aku kat depan menebas... kejap si Marwan kat depan.

Dekat-dekat 1 jam juga baru lah sampai separuh perjalanan. Tu memang kira slow abis la kitaorang jalan tu sebab kejap2 berenti amik gambar. Kejap2 posing. Kejap2 minum.  Kejap2 sedut angin, kejap2 buang angin. Permandangan kat atas ni memang cantik.., boleh nampak teluk2 & lagun-lagun sekitar Karambunai Resort tuh, boleh nampak KKIP, nampak laut lepas Sepanggar, pulau-pulau kecik, burung helang laut, nampak Pengkalan Tentera Laut, UMS, bandar KK...., nampak banyak benda lah....& tak ketinggalan tentunya boleh nampak berbalam-balam Gunung Kinabalu (tapi time tu banyak pulak awan cover puncak tu.... kalau awal pagi sikit lagi kitaorang tiba mungkin clear boleh nampak peak dia).



Tak banyak sangat spesis pokok kat atas bukit tu, kira majoritinya pokok2 Acacia dan lalang lah.  Bagusnya time kitaorang mendaki tu tak panas, tak jugak mendung... ala-ala suam2 kuku kerbau je la cuaca tu.

Nak dijadikan cerita, tiba2 masuk je kat kawasan berlalang, hilang lak track kitaorang.  Lalang yang tinggi2 ni memang nakal sikit.  Kalau kena hujan & angin kuat mesti senang rebah..., automatiknya akan cover lah track mendaki.  So memandai2 la kitaorang mewujudkan track sendiri, tebas menebas, libas melibas ...lalang belukar semua untuk buat track baru.  Dalam ati confiden je sebab puncak memang dah nampak clear masa tu.  Bak kata orang, nak memandai pun biar la bertempat.  Nak berlagak eksyen pun carik la tempat tersorok jauh2 yang tak ramai orang..., supaya dpt kurangkan tahap kemaluan bila terbuat lawak bodo & kena ketawa dek orang lain.. sendiri-sendiri juga yang malu.  Haaaa kau!!! dah dekat 30 minit membuat track baru, siap ada tempat tu punya la curam...& punya la tebal semak samun, nak libas parang pun tak boleh.. sebab curam sangat.  Satu tangan nak cekau lalang...mana la nak balancekan badan, mana nak menebas.

Imagine kan je la 'lalang' tu, campur pulak rumput menderung yang batang tiga segi tu.... perghhhhh!!! tajam tuuuuu.  Sedap2 ko mencapai, macam pisau blade je dia kelar kulit2 yang tulus yang mulus...haha.  Even perasan macam dah dekat utk sampai kat atas..., tapi sampai satu stage ati kata...,   "wookehhhh...time to U-turn".  Aku tengok muka Marwan, marwan tengok muka aku...(dalam ati dia ketawakan aku, aku ketawakan dia...karang kalau terkeluar bunyi ketawa time tu, ada yang kena libas parang pulak...hehehe).  Nak patah semangat dari teruskan mendaki pun ada.

Vandalism..jangan tiru aksi ini!!..
Marwan sedang gigih memberi
nama saintifik bagi spesis pokok
buluh  yang baru dia jumpa
So bak kata pepatah "Sesat di hujung jalan, balik lah ke pangkal jalan".  Memang gitu la  adat resam di dunia nih, so kitaorang patah balik cari balik track asal.. laaahai pusing sikit je dah jumpa pulak track yang sepatutnya kitaorang ikut.  Hmmmm..!!!?., macamana la boleh terlepas pandang benda tuh.  Takpe.  Kitaorang teruskan mendaki tu sampai kat  puncak.  Lalang kat atas tu ada tempat, tingginya sampai ke ketiak.  Angin pulak kencang betul atas tu...tak henti2, best betul.  Kalau main layang2 agaknya tambat gitu je dia tak akan turun-turun. Ada besi2 ceracak yg tanda puncak bukit gak atas tu, tapi dah rebah..., tak tau la sapa punya keje tu.

Walaupun cuma penuh lalang, tapi cantik permandangan atas tu.  Konon-konon macam kat Prarie.  Teringat kat citer lama dulu duluuuu tu Little House On the Prairie. Agaknya kalau lalang tu berbunga putih semua, lagi best..., maunya macam salji kan??!!!. Terus tukau jadik tajuk cerita Korea Winter Sonata.  Haaaa.. so nak menandakan kitaorang dah  berjaya men'conquer' Bukit Gondola tu, kitaorang jerit la kuat2 nama memasing kat puncak tu... nak letup2 mercun.., dah abis pulak bulan Raya hari semalamnya..hahaha.

Memang segar bugar betul udara kat atas bukit tu.  Angin dari laut campur angin dari saki baki banjaran Crocker.  Tak lama sgt kat atas puncak tu.  Siap2 snap gambar, kitaorang pun turun.  Lagipun bekalan air dah nak abis, makanan memang tak tapau langsung (kalau dpt makan cekodok kat atas puncak bukit tu sambil cecah sambal lonte, mesti sedapppp kan??!!!)...mula la menjajau nak mencarik tempat nak melabur nanti.


specialnya nilah bukit yang betul2 nampak macam bukit...

Dan nak jadikan cerita lagi..tah macamana tah, kitaorang ingatkan bila bukit rendah2 nih senang la nak daki dan nak turun.  Rupanya tak begitu ooooo...., sesekali tak begitu. Kitaorang ikut denai yang sama, tapi banyak benda yang tak dijumpa semula.  Tempat stop ambik2 gambar tak jumpa, tempat si Marwan me'vandalisme' kan pokok buluh tadi pun tak jumpa....... Elehhhh!!! banyak la songeh ko. Sebenaunya ko dah salah ikut track lah, orang patutnya ke hilir..., korang ikut arah ke hulu...macamana ler nak jumpa ye tak.

Hadiah dari penat mendaki

Ringkasnya alam...tapi tetap cantik


Tak sangka lak, sebenaunya banyak track lain kat sini.  Ada track cari makan penduduk sekitar bukit nih, ada track rekreasi.  Pada kitaorang bila tengok ada bekas air sepah2, plastik makanan sepah2..., kat sepanjang track tu maksudnya betul la track yang kitaorang lalu tu.  Ada masa hilang terus track, atau kitaorang terikut track yang wujud dari aliran air yang deras.  Maunya banyak kali pergi balik pergi balik mencari punca.
Puncak Bkt Gondola dari jauh

Climax kami... jalan punya jalan punya jalan punya jalan... akhirnya jumpa track mati yang menghala ke paya bakau (nih track orang kampung carik ketam nih).., patah balik tersampai la pulak kat penghujung track mati ke arah paya yang banyak rumpun buluh...  Sebelah sana paya ada nampak bumbung rumah orang kampung dah...tapi nak ke sanaaa tu jawabnya terpaksa mengharung selut dan lumpurlah tempat kerbau berkubang. Nak ajak Marwan daki semula ke atas, mau kena pikir dua tiga kali..., aku tengok taring beruang dia makin memanjang..hehe . Wokeh wokhhh,.. ikut keputusan dia....terjahhh jek.

Dah tak de pilihan..., redah je laaa.  Imagine je la macam masuk sawah padi. Mula2 malu2 gak la nak memijak tanah berselut tu.., tapi bila dah air menjerap sampai dalam kasut lupa la terus untuk control macho.  Nasib la Marwan jenis tak kesah sangat even dia anak tokey tempe.  Susah nak carik orang kaya yang tak sombong gitu kan?!!! Syukurlah. 


Puncak Kinabalu... masih berselimut
awan

Sampai ke seberang paya tu, terus singgah kat rumah yang pertama kali kitaorang jumpa.  Ada makcik sorang, ngan laki dia kat situ. Kira tu cottage dia lah.  Hujung2 minggu diaorang lepak situ tengok ternakan lembu2 diaorang (romantik nyeer). Kebetulan ada lembu dia baru lepas beranak. Dek dah haus sangat & abis dah stock air..., maka dengan selamba singgah bertanya arah.   Nasib je makcik tu tak terkejut sebab aku dok pegang parang panjang masa lalu sebelah rumah dia (sebenarnya masuk kategori 'menceroboh' tanah org dah tu tuuu, kitaorang siap merangkak bawah pagar lagi nak ikut shortcut situ).  Seberang je paya tu sebenarnya Kg Lokub, tak jauh dari rumah makcik tu dah jumpa simpang Uitm.  Tak jauh berjalan.  Bila nampak ramai bebudak situ... rasa legaaaa.., akhirnya jumpa semula manusia.  Hahaha.

Akhirnya terpaksa la naik bas pusing semula ke IKM, nasib aku bawak duit.  Marwan memang tak bawak wallet. Tambang 50 sen je sorang (lamaaa aku tak merasa naik bas noooo). Nak jalan ke sana dari Uitm tu jauhhh gak ooo. Kalau nak pedajal si Marwan..,  bagitau dia duit aku ngam2 je untuk sorang bagus gak time tuh....biau dia jalan kaki, hahaha.

Ringkasnya, bukit ni sesuai untuk jadi tempat rekreasi masa santai. tipps bagi sesapa yang tergerak hati nak naik atas bukit nih buat pertama kali yang the first time.., jangan lupa bawa penanda jalan.., senang nanti buatnya tersilap masuk track, korang boleh trace balik track asal yang sepatutnya. 

Pengajarannya, jangan sesekali pandang remeh dunia asing bila diri kita masih lagi berstatus 'stranger' di situ.  Nahhh Hambikkk ko..(ehh.., kena btg idung aku sendirik rupanya).!!!!

Wednesday, October 6, 2010

Peksa & Kete Yang Sedang Parking


     Ni sekarang musim bebudak peksa.  Minggu lepas baru je abis UPSR untuk bebudak darjah 6, minggu ni pulak mula dah PMR untuk budak2 Tingkatan 3.

Kalau time2 peksa gini kalau tengok bebudak rilex je, mak bapak la yang selalunya lebih2 kecut perut.  

Setiap kali tengok bebudak nak peksa..selalu je aku teringatkan zaman dulu-dulu, tiap kali nak peksa gemulah mak & abah tak pernah nyenyak tido malam..., ngan solat tahajjud nya.. dengan nazar puasa nya lain lagi. Doa moga anak2 lulus cemerlang. Tapi takde la ko nak mimpi diaorang janji nak beli kan PS2 lah, laptop lah, Handphone lah kalau berjaya (hehe... lagipun mana ada memenda tu time tuh pun).  Tapi hadiah yang selalu dapat ialah depa akan buat kenduri kesyukuran, jemput jiran2 datang jamu pulut kuning.  Pulut kuning tu kira jamuan aras dewa-dewa lah...hehe.  Masuk Jawi = pulut kuning, Khatam Quran = pulut kuning..., sampai la naik pelamin pun pulut kuning tak penah missed dari dihidang, bungkus lak dalam daun pisang....  Ala-ala skarang ni kalau dpt 5A ke , 8A ke.., terus anak2 mengajak celebrate kat Pizza hutt , KFC gitu lah., restoran cikai2 tepi jalan mana nak pandang dah. Wallahualam..., sekarang ni nak cari mak bapak yang sanggup bersengkang mata solat hajat atau tanam nazar agaknya makin sukar.  Mak bapak sekarang ni tahap keyakinan pada anak tinggi sangat.  Dengan tengok keputusan ujian bulanan & performance anak2, dah boleh senang2 predict anak bakal dapat result macamana dalam exam nanti.  Hebat kan mak bapak zaman modern nih!!!.  Pasal pulut kuning toksah sebut lerr.

Dulu rasanya nak belajar memang susah. Nazaknya. Kena hafal formula itu, hafal formula ini..., banyak pulak tu.  Kekadang dah bagus2 hafal, tak tau pulak nak guna kat mana formula tu...haru jek kan???!!.   Mana ada lembaga peperiksaan sediakan macam sekarang nih. Sekarang bebudak senang, selak kertas soalan je dah besau2 formula tu attached sekali. Budak-budak sekarang, jangan terkejut la kalau dah tingkatan 5 pun sifir masih tergagap2 lagi sebab dah boleh bawak calculator masuk peksa.   Apalagi nak suruh hafal formula maths ke, fizik ke.

Satu lagi, nak bandingkan pencapaian dulu dengan sekarang ni jauh sangat bezanya. Kalau dulu dapat 5A dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5, memang budak tu brilliant sangat lah... boleh kira ngan jari.  Hangat berita tu tersebar berbulan2 malah bertahun2 pindah dari mulut jiran ke mulut sedara mara yang dekat & yang jauh.  Kembang la segala benda yang kecut budak2 yg dapat 5A time tuh.  Sekarang ni kalau sebut pasal A?!!!...hmmm melacak melata. Senang kan?? kalau setakat dapat B, tu dah kira below average la tuh. Terlalu common.

Tapi gitulah..., pelik jugak kenapa la bebudak sekarang ni bila banyak sumber nak tambah ilmu.  Dengan tusyen nya yang mak bapak sediakan, dengan kedai buku dah melambak2 (dulu nak carik kedai buku, jauuh kena pergi baru jumpa), dengan banyak sumber cikgu2 print out untuk bebudak sekolah..., masih ada lagi yang tak score score. Dapat C masih senyum, ..dapat D masih sengih... even F.A.I.L pun maintain menyeringai bangga lagi.

 
Kalau background tu family yang kaya raya, harta berjuta juta jutaaa, ladang terbentang luas...., lain gak lah ye tak.  Boleh gak la merasa tempias harta karun yang diturunkan turun temurun tu.  Patutnya yang background family yang harta setakat hengget hengget je, ladang terbentang luas tapi orang lain punya... tu lah yang patutnya ada semangat nak belajo rajin2, berbudi pekerti moliaaa, baik tutur bahasa, humble..etc, iye tak??!!.  Kalo baca novel2 remaja.., kan skripnya memang wajib begitu.  Skrip yang memang dah boleh agak awal2 lagi dah. Manusia rakyat marhaen yang semekin-semekin ni la yang jadik hero or jadik heroin yang berjaya ke menara gading, yang semekin-semekin ni lah yang dapat kawin ngan anak raja...dapat jadik D.O.

Kalau cerita dulu2 anak-anak orang kaya selalunya sombong2, hidung tinggi.. kurang adab, & jarang yang pandai. Hmmmm, tapi sekarang nih semua teori tu tak boleh pakai sangat lah.  Yang miskin harta ni jugalah yang memegang rekod miskin ilmu, miskin akhlak, miskin adab...., tapi kaya bukan main dengan masalah disiplin, kaya sombong bodohnya, kaya hasad dengki...dan kuat serba serbi terutama kalau masuk bab melawan & gaduh2. Tak ada perasaan rendah diri langsung. Nak dikesiankan salah, tak dikesiankan lagi lah salah.
    
betulll... "Berat mana mata memandang, berat lagi
bahu menggalas bebanan"
     Tau kan makna & rasa 'sayu' ?.  Satu perasaan yang penuh rasa sebak dalam ati sampai mempengaruhi mata yang jarang nak nangis ni boleh tergenang dengan air. Apa perasaan kita kalau tengok orang daif?  Kalau tak masuk dalam rumah dia, cukup la kalau dapat lalu sebelah.  ...Atau kalau abis malas punya cerita.., duduk dalam kereta beraircond, parking jauh2 dan perhatikan.  Memang tak semua tempat kat dunia ni orangnya miskin2. Kita nampak semua orang kaya-kaya sebab kita duduk kat area rumah yang besau2 sampai susah nak terlintas kat fikiran ada lagi rumah yang pintunya cuma dibuat dari kanvas yang digulung.  Bumbung masih lagi zink, tapi dah berlubang-lubang dan tinggi nya cuma dua tiga jengkal dari kepala.  Bila hujan, air tiris. Bila panas... ya rabbi!!.. memang macam ketuhar microwave.  Dinding setakat dibuat dari plywood atau papan2 yang dah berlubang sana sini.  Takde privacy. Katil toksah mimpi la, cukup la ada papan lantai. Tandas??? bukan nak cerita pasal tandas porcelain yang duduk2 tu.., yang mencangkung pun susah nak cerita..., cerita je la pasal lubang di lantai rumah yang setakat lubang kosong terus ke tanah.  Produk2 usus tu akan tolong dibersihkan oleh pasang surut air laut.  Susah kan nak imagine benda begini, sebab korang masuk kategori billionaire2, tak pernah tercucuk kaki waima sebatang selumbar.... Ni bukan cerita fiksyen langsung nih tau.


Tapi.. sebenarnya lebih sedih lagi kalau dah la daif, anak2 yang diharap untuk membantu diusia lanjut pulak tak mencapai tahap kemenjadian untuk menjadi manusia.  Anak-anak pulak takde kesedaran nak berkorban untuk mengubah nasib.... makin timbulkan masalah disiplin ada la.  Mungkin ego manusia ni memang betul susah la nak buang kan , tak kira la umur tu masih mentah maupun yang dah lanjut melayut??!! Terpana tengok budak2 yang usia baru belasan tahun, tapi nilai hormat pada mak bapak berada pada aras negatif. Silap makan vitamin apa la agaknya tu kan. Hmmm..

Sakit lagi ati kalau nak bantu orang untuk berjaya, pedahal orang tu tegar berazam mau tetap gagal. Panasss betul..., rentung rasanya perasaan.  Didiamkan membakar hati, dibuat membakar perasaan...dibiarkan pulak rasa begitu tercabarrrrrnya prinsip hidup.

Yang tukang tengok (duduk dalam kereta beraircond, parking jauh2) ni pulak nak buat apa yek.  Kalau korang keje Sojar, keje Cikgu, keje Polis, keje doktor, artis, keje pomen, lawyer...megistret...hapa-hapalah, apa agaknya boleh buat ye untuk sedarkan bebudak ni supaya belajo betul2????
..ni memang bukan anak-anak kita, tapi jangan sesekali terniat untuk persiakan mereka

Eeelehhh takde jawapan la kononnya tuh. Ker malas nak fikir dah??!! Kalo takde jawapan, dok diam2..try2 mengalirkan sikit air mata tu. Berdoa moga nasib mereka boleh berubah... dan bersyukurlah dengan rezeki yang Allah kurniakan buat diri kita nih.

Nasihat kat bebudak yang nak peksa ni pulak..., korang dah besau panjang sekarang ni.  Belajarlah untuk cepat berfikir.  Jangan sampai dalam kita baru nak berjaya memikir, masa tu dah terlalu terlewat untuk buat U-turn.  Peluang yang datang bukan tunggu kita dah ready ke lom....

Peluang selalunya datang sekali dalam hidup.  Kalau terlepas, nak tunggu dia datang balik mungkin makan masa yang lama... atau zalim lagi dia tak akan datang terus untuk diulang-ulang dah.

Jadik buat bebudak yang nak peksa tuh.. belajarlah dengan sehabis bersungguh2. Cabaran masa depan tu tak pernah terduga dek fikiran, bersiap2 lah dengan aset di tangan.  Jangan je bila dah nak cari kerja nanti kita usung Sijil yang tak laku, yang penuh dengan simbol spanar hidup tuh. Sijil peperiksaan yang cemerlang kat tangan tu mungkin sekarang ni tak de harga , tapi bila korang dah besau panjang nanti.. akan jadi saham berguna untuk ubah nasib diri kita.  Kalau pun tak membolehkan kita menjadi kaya raya, ........at least dapat ubah kita untuk menjadi manusia yang tahu bersyukur (yang tu lebih bermakna!!!)....

Ilmu yang berguna tak akan basi, kalaupun tak dapat diguna untuk menggali harta kat dunia... dia boleh jadi manfaat yang berpanjangan di alam yang satu lagi kat sana tuh.

Buat mak bapak pulak (dan kepada aku sendirik gak nih)..., belajar2 lah & amalkan dari apa yang positif dari amalan mak bapak kita time kita kecik2 dulu yang memungkinkan kita jadik manusia macam 'sekarang' nih. Yang baik diperpanjangkan amalannya..., tu kira amal jariah dari ilmu bermanfaat yang diamalkan diaorang yang jadik saham buat mereka di sana nanti tuh. Besarrrr pahalanya.

Kata Hukama, Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan – (Hamka)

(...apa benda ni yang aku tulis ni?? melalut semacam jek...hahaha. tu lah bahana tak mengupdate blog!!)


Monday, September 20, 2010

Home-made Tempe

Pernah makan tempe kan?? 

   Teringat lagi makan tempe cecah kicap berlada masa study dolu-dolu kat cafe masa kat Serdang.  Tah apa benda tah dia uboh dalam tuh, punya la sedap sampai teringat-teringat sampai ke hari nih.. Hehe.  Tapi mungkin sebelum tu makan tempe bila dah jadi lauk je, time tu tak pernah jumpa orang serve kat kedai tempe goreng tambah pulak ngan sambal kicapnya... ala-ala goreng pisang.

   Selalu nak cari tempe pegi kedai.  Kadang2 tu time nak beli tak de, sampai terpaksa menyanggupkan diri pergi mencari kat 5-6 pasar semata-mata nak beli. Tak beli karang tak la cukup ramuan pulak, terutama kes-kes bila orang rumah nak masak lodeh.  Takde tempe dalam lodeh tu, rasa macam tak lengkap kan?!!... Tulah hebatnya penangan tempe nih..

   Dah sedap makan, nak gak tau macamana nak membuat tempe ni.  Untung la kenal si Marwan tu.  Anak tokey tempe la ghupanya dia.  Gali punya gali, korek punya korek rahsia industri tempe dia maka dapat gak la akhirnya 3 resepi tempe dari dia.  Resepi pertama yang dia bagi aku try-try buat tak menjadik, resepi ke-2 dia tak sempat nak buat sebab frust trial pertama buat tempe tak menjadik,... lama la simpan resepi ke-2 dia tu sampai terhilang dah resepi tu.  Finally mintak lagi kat dia resepi, maka tercipta la resepi ke-3 yang  berbeza sikit-sikit la dari resepi pertama & ke-2 dia tuh.

   So sebab cuti raya hari tuh panjang gak..., dah takde kerja tu aku pun try la membuat tempe tuh.  Nih aku kongsi sikit resepi untuk buat tempe tu ye.  (boleh kan Marwan??!! berkat banyak pahala tu ko dapat sebab kongsikan ilmu yang baik gini..., sampai la kepada sifu tokey tempe tu diperpanjangkan keberkatannya). 

Ringkasnya gini :
1.  Sediakan ragi@yis, sama ada beli kat kedai atau buat sendiri dari tempe yang beli kat kedai.
2.  Cuci kacang soya & rebus sampai mendidih. Biar rendam dalam air didihan tu 2 malam.
3.  Toskan air & buang kulit.
4.  Rebus sampai didih kali ke-2.
5.  Sejukkan then tabur & gaulkan ragi rata-rata. Biar kejap barulah packing.
6.  Selimutkan 1 malam, biar terbuka 1 malam.
Taraaaaa..... siap dah.

Senang je kan nak membuatnya..??!! antara rajin dan malas jek.

Tapi sebab aku bukan la pro bab-bab nak membuat tempe nih.  Tah apa ke slack nya tempe yang aku buat tu menjadik separuh jek bila masuk hari ke-3.  Aku tanya gak la kat Marwan pesal apa lain macam je tempe aku tuh, lerrr dia pun blur blur....hehe.  Tapi bila perhatikan bahagian yang menjadik adalah kat area yang aku stapler kan plastik packing dia.  Bahagian kat bawah plastik takde yeast yang tumbuh.  Confuse gak yeast nih proses aerobic ke anaerobic.

Misteri Nusantara tempe paranormal
Since aku buat cuma 500g & dapat7 plastik tempe.  So aku cucuk buat lubang2 kecik kat 4 plastik.  Yang baki lagi 3 tu aku biar je la, nak bandingkan nanti.  Wahhh... alhamdulillah. Esoknya, yang aku buat lubang tu subur segar bugar yeast dia tumbuh memutih kat seluruh bahagian kacang soya tu.  Yg tak buat lubang tu, still sama tak berubah.

Tempe separanormal yang akhirnya berjaya gak
bertukar menjadi tempe normal ...
Huyaeeee menjadik... menjadikkkk.

  Nanti2 la mana tau nak dekat2 pencen nanti aku nak buat industri tempe tahap 'mega' lak.  Mesti tarik muka masam si Marwan time tuh sebab aku potong trip dia.  Hehehe.... time tu agaknya kalo aku mintak lagi resepi nak membuat tempe tu dari dia..., maunya dia bagi 10 resepi yang totally berbeza antara satu sama lain. Maka untuk mengelakkan aku lupa lagi resepi tempe tuh terus aku upload kat blog nih..., karang dah dekat pencen aku baca balik la mende nih..

  Pastu petang tadi buat pertama kalinya aku makan tempe home made aku sendirik.... Waaaah!!! memang sedap lah (bukan nak puji diri sendiri aarrr), even cuma goreng kunyit bodo bodo jek.  Kalah dah kesedapan tempe cecah sambal kicap yang aku makan dolu doluuu tu.  Wakaka..


Tuesday, September 7, 2010

Refleksi Ramadhan 2010


Subhanallah... memang cepat masa berlalu.

Tup tap tup tap... tiba-tiba dah nak sampai penghujung Ramadhan. Puasa tahun ni bibir tak sempat pecah2 sebab kurang air, perut tak sempat memulas2 tahan lapar dan sendi pun tak sempat lesu tahan letih bekerja. Masa terlalu cepat beredar ke, atau aku dah terlalu berumur untuk sempat merasa cabaran berpuasa macam tu??!!. Tenangnya suasana Ramadhan nih. Betul memang indah agaknya kalau Ramadhan tu berpanjangan, tak perlu menghadap Syawal dan kembali kepada fitrah.  Saat yang memangnya makin getir & paling fragile dalam melawan nafsu. Tapi iyelah...,semua yang dah diaturkan olehNya pastinya memang penuh hikmah sama ada yang tersirat maupun yang tersurat. Syaaban pergi, Ramadhan datang.., Ramadhan pergi Syawal pulak mai

Syukur anak2 diberi kekuatan untuk berpuasa sepanjang bulan kecuali dua orang yang kecik tu lah.  Biasa la tu, kan diapers pun belum lepas lagi..., yang Che Uteh pun belum lagi sekolah tadika.  Diaorang bangun sahur kekadang je liat, tapi kebanyakkan hari memang ok.  Long Mimi, Ngah Iki & Che Uda memang dah tak ada kerenah bangun sahur atau merungut lapar walaupun seharian pagi petang kena pergi sekolah kebangsaan & sekolah agama. Meragam sikit2 tu biasalah, terutama time dikejutkan bangun pagi2 buta tu. Balik sekolah, tahun ni tak de mengamuk2 nak berbuka sebab tak tahan lapar.,,, even lasak bergurau macam hari2 biasa.  Kalau diajak bertarawikh pun alhamdulillah senang je, kecuali bila diaorang dah tertidur keletihan lah, terutama sementara tunggu nak solat..aku biarkan, tak apa la tuh, bebudak tengah belajar. Belum baligh lagi pun.
Aku dulu, zaman baya-baya diaorang.., perkara paling malas la nak dikejutkan bersahur.  Sejuk (masa tu sejuknya menggigit sampai ke tulang hitam rasanya)... mengantuk.  Memang tersangat la sedap lagi tidur dari nikmat makan.  Kalau gemulah mak kejutkan bangun, maunya banyak hentian R&R aku ambik untuk sampai ke meja makan.  Berkelih badan sikit & sambung tido, goyang2kan kaki & sambung tido, jalan sikit, sambung tido,.. jalan sikit sambung tido. Rasa jauhhhh nya perjalanan dari tempat tido ke meja makan..., haha. Sambil suap nasi pun pernah tersengguk2. Ada masa sumbat je makanan dalam mulut masa tengah mamai2. Lauk sedap mana pun memang selera tak berjaya digoda. Seksa betul sahur rasanya time tu. Tapi tak sahur karang, kebuluran la pulak siangnya.

Syukurlah yang teramat.. ada isteri yang baik tak merungut sediakan makanan, petang balik kerja terus masak. Malam pulak masa sahur, bangun awal panaskan lauk2.  Aku lak bangun kejutkan anak2 untuk makan bila semua dah terhidang. Aku tau dia memang letih, siang kerja... then balik keje nak menguruskan pasal keluarga. Bangun cepat, tido lambat. Memang ee'k, kalau tengok perempuan ni nampak begitu lemah je fizikal, tapi kalau kena gantikan tempat dia nak menguruskan semua tu..., aku pasti aku sendiri tak terlarat untuk buat bebenda tu. Terus terang aku surrender ooo awal-awal. Besar pengorbanan dia tu, moga mendapat keredhaan Allah.

Ringkasnya Ramadhan tahun ni, walaupun tak sebaik mana...pada aku kiranya baik sikitlah dari tahun lepas.  Nak lawan karenah runtunan nafsu, nak lawan perasaan malas, nak lawan desakan itu, desakan ini... semuanya lebih mudah. Lebih tenang.

Bersyukurnya.  Cuma nilaian dariNya tu... wallahualam lah. Tak de siapa yang tahu. Pada aku kalaupun ia tak diterima sebagai salah satu dari kelebihan amalan, aku mohon agar ia diterima sebagai salah satu kewajipan yang telah berjaya aku laksanakan atas amanah yang diletakkan kat atas pundak & batu gemala aku.

Aku doakan agar hari2 terakhir Ramadhan ni dapat aku manfaatkan sebaik2nya dan di penghujung Ramadhan ni aku doa semoga Allah masih bagi peluang kepada aku untuk nikmati Ramadhan tahun depan,...
...dengan kesihatan yang baik
...dengan kudrat & kekuatan yang masih segar
...dengan iman yang masih melekap
...dengan akal yang masih waras
...dengan hati yang makin tenang

...dan aku akan tetap rindu menunggu roh gemulah abah dan mak untuk menziarah aku pada Ramadhan tahun depan. Moga bekalan dari anak2nya di Ramadhan tahun ni yang dibawa pulang ke Luh Mahfuz, akan hiasi bibir mereka dengan senyuman yang mekar.

..Amin...

Saturday, August 28, 2010

Antara Via-Ferrata & Durian


Hujung minggu lepas pegi Ranau ngan colleagues nak carik derian.  Tak penah2 pulak outing time2 puasa gini.  Tapi sebab dah banyak kali plan tak menjadik jadik, tah tetiba bila bukak cerita nak makan derian hari Rabu sebelum tu, terus je sepakat kata jadik.  Kepala banyak2 nih kalo plan lama2 memang susah la nak menjadik.... dia kena plan time tu, 2-3 ari dah boleh ON.  Kalo tunggu tunggu dan tunggu...., hmmmm toksah mimpi ler nak menjadik.


Kitaorang gi berenam ala2 geng 6Jahanam....  Aku, Gaman, Azmin, Asraf, Rashdan dan sorang member Gaman (tak hengat la sapa nama dia).  Kitaorang pegi 2 kete.  Nak pegi 1 kete pun boleh tapi karang nak sumbat derian tu tak muat la pulak.  Plan pagi tu kira smooth gak la.  Janji kul 8.00am, kira kul 8.30am dah terjenguk semua btg idung kat port yang janji nak jumpa.

Berdezup terus gi Kundasang. Tak speed up pun.  Drive rilex2 je, lagipun tak banyak kenderaan.  Takde singah2 breakfast ke hapa ke..., ni bulan puasa beb.  Sepanjang perjalanan mendung je.., so Gunung Kinabalu pagi tuh masih bermalas-malas lagi dok berselimut ngan awan putih.

Sampai kat Kinabalu National Park, kitaorang stop kejap situ. Parking kat bawah, then jalan naik atas.  Bagus gak diaorang dah renovate tempat parking situ...luas gak, so tak yah la kena charge bayo RM3/kepala kalau masuk kat main entrance tuh. 

Saja2 pusing2 situ tetiba terpandang Mountain Torq. Kitaorang pun serbu la situ. Wahhh interesting betul lah. Best tu nak terai2 meremves kan adrenaline.  Rupanya Via Ferrata tuh solely under Mountain Torq, bukan Sutera Harbour mcm naik gunung Kinabalu tuh.  Banyak gak package yang diaorang offer 1 nights lah, 2 nights lah..3 nights lah.  Dan logiknya makin lama dok memalamkan diri kat situ makin mahal la kena bayo.  Aku lebih berminat yang package 2 nights tuh.  Tapi kat office situ, diaorang tak bagitau price package tuh.., tergagap2 semacam je staff dia nak bagitau info pasal harga.  Apa2 hal kena refer kat main office diaorang kat KK untuk urusan booking or package price.  Tapi ada la diaorang estimate2 price dalam RM 1K lebih sikit, tapi ikut jenis track lah sama ada Low's Peak Circuit (3776m), LPC ataupun Walk the Torq (3520m) WTT.

Meh aku citer sikit pasal Via Ferrata nih dari apa yang guide situ bagitau & dari pamplet yang aku kutip kat office Mountain Torq tuh.  Sebenonya dari masa 3rd climbs Gunung Kinabalu aku lagi aku dah terkenen2 pasal Via Ferrata nih, tapi time tu diaorang charge per hour.  Makusdnya makin lembab korang mendaki or memanjat maka makin kempis la poket. Plus lebih menakutkan lagi time tu even dah ada permit utk bergayut kat batu2 tuh tapi lom ada insurance coverage lagi. Oooo jangan wat pasalll kalo nak berferrata time tuh.
Via Ferrata kat Kinabalu ni sebenonya merupakan Via Ferrata tertinggi kat dunia & 1st kat Asia. So terus la dia tempah nama kat Guiness World Records merangkap Asia records.  Kalo nak buat Via Ferrata nih kena stay kat Pendant Hut, lodging paling baru constructed kat area Laban Rata.  Track ferrata tu sama gak untuk mendaki Gunung Kinabalu, maksudnya orang yang nak buat Via Ferrata nih dicadangkan gi naik ke puncak dulu (karang kempunan la pulak tak pijak puncak tertinggi Asia Tenggara tu).  Time turun tu baru ikut trek lain sama ada nak ikut LPC atau WTT.  Ringkasnya kalau nak buat WTT, minimum umur adalah 10 tahun & tinggi tak leh kurang 1.3m (maunya anak2 mat salleh je yang lepas level nih kan..yang kemetot2 anak2 asian ni ramai gak la tak lepas syarat). Kalau LPC pulak paling kurang pun 16 tahun baru boleh buat.

Ada grading2 lak tu. Kalau LPC tu French Grading AD. Kalau WTT pulak French Grading F.  Wahhh grading2 gitu, pedahal bukannya aku paham sangat pon... hahaha. Cuma aku tertarik gak la bila guide yang kat office Mountain Torq tu bagitau, masa yang diambil untuk ikut trek WTT tu 45mins ke1 jam lebih sikit. Tu untuk yang tak challenging sangat la.  LPC tu pulak mau makan 5 jam lebih.  Wuiyoooo (aku berkenan yang LPC tuh) kalau 5 jam kan???!!. .Teringat lagi time nak turun dari puncak masa mendaki dulu dulu.  Naik pepagi buta kul 2am tu memang la dah seksa. Turun tu nak sampai checkpoint Sayat-Sayat lagilah seksa. Memang kaki akan terketar2 tak henti bukan boleh nak control2.  Bukan sebab gayat, tapi mungkin sebab terlalu banyak sangat acid lactic dok bergathering kat sendi.  Apa taknya, bukan senang nak membrek time turun tu.., mau terhumban ke depan kalo emergency brek.  Kalo dah dok rilex pun ketar2 tu susah nak hilang. Dalam terketar2 tu terus sambung Via Ferrata yang makan masa 5 jam.... perghhh challenging sungguh tu.. tapi tentunya best.  Tapi lebih cantik kalau dapat nikmati gerun Via Ferrata tuh dalam keadaan santai x sakit eek?!!!. Kena fit yang terfit betul2 tuuu.

Dah laaa. malas la nak cerita.  Karang aku tak nyenyak tido lak dok memikir bila la nak berferrata-ferrata nih. Dalam 6 orang kami yang pegi situ, 3 orang mcm surrender awal2 dah bila tengok gambar2 situ yang menggayatkan... haha. Tapi kitaorang planning nak naik gunung je la mungkin next year ikut track Mesilau. Nanti aku cerita lebih detail lepas berpeluang wat Via Ferrata ni yek, kalo ada rezeki lah. 

So kitaorang snap2 la gambo sikit2 kat situ then sambung balik perjalanan ke Ranau nak carik derian.

Posing sambil menyedut masuk aura Via Ferrata
Guide ; " Bah sini kamurang nanti sampai mula2 terjun
bungee jumping, sambung terus buat paragliding..."
On the way ke Ranau tak banyak gerai tepi jalan yg jual derian.  Ada la 1 tempat je kalo tak silap.  Sampai ke Ranau kitaorang terus aim ke pasar Ranau. Jumpa Patrick, memang dah janji nak jumpa awal2. Selalu kalau kami turun Kundasang, Patrick mmg selalu join sebab dia mmg keje kat situ gak.  Tapi hampehh je paso tuh.  Cuma ada 2 lot je yg jual derian, tu pun mcm dah reject2 punya buah, sikit lak tu.  Tokey tu pun mcm nak tarik harga. Hamboihhh layan tak layann je kitaorang yek, so kitaorang pun malas nak layan.  Terus kitaorang start kete tuju arah ke Kg Luanti.  Jauh gak & tepi2 jalan even ada gerai buah2, banyak yang dibiar kosong tak beroperasi (diaorang sibuk pegi church kot??).  Last2 ada la satu tempat tu yang jual derian, sblum tiba kat Kg Luanti yang femes tempat massage ikan "Tagal Sg Moroli" tuh. Banyak gak la pilihan.. so kitaorang borong kat situ je la.  Sedap2 memborong, tetiba je ujan punya la lebat. Sejuk terus dunia.  Harga durian sini kira ok gak la kalo ikut rate Sabah ni.., paling murah RM3/kg, yg mahal sket RM8/kg. Ada gak yang belas2 henggit/kg.  Toksah banding ngan rega semenanjung la aaaa. Memang jauhhhhhh sgt bezanya.  Apa nak buat, dah takde choice bah.


Korang tau, perghhh penuh giler belakang dua2 kete tu ngan derian je.  Macam dah rupa lori 10 tan dah kete aku. Aku tak terimagine sampai gitu sekali kitaorang memborong.  Mau2 paling kurang sorang spend RM150.  Haha, semua macam nak pelepas gian (selera orang tengah lapar la tuh). Satu keje nak ngabiskan tuh.
So, sebab puasa takde la kitaorang rayau2 tempat lain dah.  On the way tu ada la singgah 1 tempat lagi sambung borong beli derian dan terus balik. Balik tu no aircond2 aaa.., fresh air jek.  Boleh pengsan bau derian jek nanti kalo pasang aircond. Tercabar sungguh time tu idung melawan aromatherapy. Makruhhhh.

Derian sini tak sedap mana sangat la.., nama je D24 la, derian Tembaga lah..., kualiti memang jauhhh berbanding spesis yang sama kat smenanjung.  Kira boleh la layan untuk lidah & tekak amatur tu.  Ok la tu tak sama kan..., karang kalo sama karang..tu pun kena komen gak.  Apa nak buat..., gitu lah lumrah manusia di muka bomi ni....hehe.
Borong jangan tak borong bangg...

Wednesday, August 25, 2010

Bestnya Berangan....


Tukar geran hakmilik
on 24th August 2010.. hehe
Agaknya mesti best kalau banyak sangat dah duit.  Bila dah tak tau nak beli apa dah, gedebukkk!!! selepuk duit beli cash sebuah kapal layar.  Takde la nak pening2 bayo instalment bulan2.

Berlabuh kat fiord yang cantik & dalam kat New Foundland......  Parking kat celah2 pulau2 kecik yang warna airnya biru kehijauan dekat kepulauan Indonesia timur yang jarang dijejak orang....,  pindah sana pindah  sini sesuka ati labuhkan sauh. 

Petang2 time matahari nak terbenam atau awal subuh time matahari nak terbit, dok lepak kat deck menikmati cantiknya panorama alam, sambil minum teh-O panas kurang gula. ..,dengar tempuhan angin kat layar..suasana yang sunyi sepi tanpa bunyi unggas waima seekor cengkerik

Tengah2 malam turunkan sauh kat tengah2 lautan sambil tengok kerlip jutaan bintang kat langit luas. .., sambil sedut udara segar. Tentu nikmat lepas sekian lamaaa dah tak baring mengadap langit mengira bintang. Bestnya bermeditasi waktu2 gitu.

Kalo boring dok dalam kapal,..... terjun berkubang berendam dalam laut.  Diving, snorkeling sepuas ati sesuka ati. .... tak pun, berjemur garingkan kulit. Mesti best sangat kalo dapat buat aksi ala-ala titanic yang dok mendepang tangan & pejam mata rapat2 kat buritan kapal.  Speed laju2, tengok ikan lumba2 melompat menjunam dalam air sebelah kiri dan kanan yatch.  Rasa percikan ombak dan haba angin masin yang melekit.

Try teka...., mana satu yatch aku nih??!!!,
Tentu best kalau dapat dok sorang2 tengah laut lepas yang tenang.  Sorang diri.  Tafakur mendekatkan diri. Mengingat cerita suka duka, kisah lampau masa kecik2. Kala pernah memiliki sesuatu dan kala air mata tak kering2 tangisi hilangannya hingga kini...
Memikirkan betapa cepatnya masa mendesit.., dari tergagap2 belajar bercakap hingga uban mula penuh tumbuh mencanak2 menunjukkan protes warnanya yang kontras.

Candle lite lagi...perghhh!!!



Mesti romantik gak kalo dapat dok berkepit ngan bini berdua jek kalau time2 gini kan!!. Tanpa gangguan sesiapa pun kat alam semester ni.  Yerr..., hanya berdua saje. Mengimbau zaman mula kenal, zaman menjadi raja... Honeymoon sentiasa, sepanjang masa.., sepanjang usia. Manisnya.
 Pasti seronok dapat bersama anak2. Dengan anak-anak saja...., untuk lempar tangsi kail dan merasa lendut joran  disembat ikan. Lantak biar anak2 jerit terpekik keseronokan.  Laung la sepuas ati tengah2 laut tu. Takde sapa nak sibuk2 berdehem bagi signal suruh turunkan volume.

..atau kalau berpeluang sama kawan yang paling karib kat atas kapal layar ni, tentunya abis la semua cerita keluar tak bertapis,....tak de dah rahsia. ....Atau sesama gerombolan kengkawan yang satu kepala.., wahhh tentu pecah berderai ketawa memecah luas laut. 
Tapi ingat arrr..!!!, kalau tercalar jek kapal layar aku tuh, abis la berderai kepala sorang-sorang aku kerjakan nanti arrr .

Wahkakaka..., konon kononnnn  pedehal  lom pun apa2 dah perasannnn.
Errr...!!Wat masa ni, replika yg orang bagi ni pun dah kira ok gak la
 untuk terus layannnn berimaginasi.

Bila laaa agaknya....  hehehe


Wednesday, August 11, 2010

Ayat Pendinding & Penggerak



DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGGERAK)

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut.

Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini :
Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Tuesday, August 10, 2010

Mt. Trusmadi : The best spot to touch the clouds [4]


Huyaeeee.... Mt Trusmadi.., here we come!!!

24th July 2010

...cont.[3]

Kitaorang tak lama kat puncak tu. Dalam 15 minit gitu lah. Tempuhan awan jelas jadikan kawasan puncak tu begitu putih dan penuh dengan titisan halus air terutama bila terkena angin kuat yang makin kencang. Bila kena kat badan terus terasa basah.

Helli jalan dulu. Aku tau, dalam kepala dia pun dah berkira2 mau cepat turun untuk elakkan sampai terlalu lambat di Starting Climbing Point (SCP). Sebelum bergerak tadi sempat dia sms Richard untuk tunggu di SCP kalau dapat masuk.., kalau tak pun kena tunggu di Sungai tempat tanah runtuh tu. Nasib kat puncak tu ada sikit signal. Dua2 batteri hp aku dah kong. Marwan punya ok lagi kot. Betul kata Helli masa kat Cabin tadi yang batteri hp cepat abis kalau cuaca sejuk. Tapi ok la sebab Helli dapat contact Richard, takut nanti kitaorang dah sampai bawah tak de pulak dia menunggu.

Badan makin lembab & terasa sejuk. Aku sarung raincoat dan aku cadangkan Marwan buat benda yang sama. Memang baju sudah lembab, tapi raincoat dapat perangkap banyak haba supaya badan tidak terus menggigil.

Jalan balik aku dah tak hirau sangat pasal kotor di kasut atau baju. Sekarang memang masa untuk meredah. Lagipun dah timbul perasaan terkejar2 masa. Dalam kepala aku cuma nak pastikan kawasan bertali, bercerun curam, trek sempit dan cabin dilepasi sebelum gelap. Dalam nak kejar masa, masih sempat jugak aku snap beberapa gambar. Antaranya spesis ulat gonggok kaler oren yang tak pernah aku jumpa selama nih, kat gambar pernah la.

Helli di depan, Marwan di tengah dan aku pada posisi belakang. Risiko lebih tinggi kalau aku biarkan Marwan jalan paling belakang bila masuk maghrib2 gitu. Sekurang2nya aku ada pengalaman meredah hutan dalam gelap sebelum ni. Bagi orang yang belum pernah, tentu mudah sangat jadi panik. Syukurlah.., kitaorang lepasi cabin masa keadaan masih kelam2. Dalam hampir 1km dari cabin, aku dah terpaksa pasang headlights. Sempat pasang batteri di puncak tadi, kalau tak.. naya juga terraba2 memasang dalam keadaan kelam2 begitu. Marwan & Helli dah hidupkan torchlight masing2 jugak. Bila masing2 dah pasang lampu, mudah untuk mengagak kedudukan antara satu sama lain. Marwan pun tak perlu terpanggil2 lagi, sebab boleh nampak lampu dari aku & Helli.

Bergerak dalam gelap, lembab, licin & sempit memang sukar. Makin melambatkan. Makin lama makin susah mencari trek dan mengagak mana tempat nak pijak. Mata perlu sentiasa ke bawah dan waspada. Time ni kalau dengar berdebup berdebap tu dah kira suatu yang biasa. Yang aku risau masa tu bila dengar berdebup berdebap diiringi bunyi menjerit... tapi nasib la takde. Memang sukar nak bantu orang atau orang nak bantu kita dalam keadaan gitu. Kat sini lutut aku dah mula terasa sakit, biasa la sakit lama kalau berjam2 jalan turun naik gunung nih. Mencucuk2 kat sendi lutut, bahagian lain ok jek. Penat tak terasa, cuma rasa tak selesa mencucuk2 tu yang buat aku terpaksa perlahankan sikit speed..., tapi maintain bergerak. Beberapa tempat Helli & Marwan berhenti untuk berkumpul & tunggu aku termasuklah di Taman Sulaiman. Kasut masa tu memang dah basah gile, aku rasa abis kembang dah jari2 kaki. Hujung kuku pun terasa agak sakit sebab tersepit dengan hujung kasut menahan hentakan bila bergerak menurun.

*Target climax Pertama dalam kepala... [SCP]
Harap2 Richard dah tunggu situ. 50-50.

Berjalan dalam gelap, Maghrib, merangkak ke Isyak sebenarnya menggerunkan. Aku lebih senang meredah hutan jam 12am ke atas dari melewati waktu senja. Menggapai benda entah hapa2 dalam gelap untuk elak dari terjatuh, terdengar bunyi desiran, ternampak bagai kelibat sesuatu..., tu semua adalah mainan biasa kalau dalam gelap2 gitu. Pandai2 la hati tenangkan perasaan sendiri, kuatkan semangat. Semua mesti kuat, fizikal & psikologi. Untungnya tidak ada luka2 besar aku alami sepanjang perjalanan menghala ke SCP. Calar2 halus tu perkara haruslah.
Sebagaimana yang Helli congakkan. pukul 9.15pm begitu kami sampai di SCP. Memang patah semangat bila tengok tiada kenderaan Richard menunggu kat situ. Arghhh... bukan juga climax ending rupanya sini. Tak ada pilihan lain, teruskan berjalan. SCP merupakan cerun paling curam untuk jalan rata kalau perjalanan dari Gate, jadi kami mulakan perjalanan tu dengan menuruni jalan yang berkecuraman approx 20degree. Seksanya menuruni jalan begitu tuhan saja yang tahu. Dengan kasut basah, berat. Nak ganti pakai sandal pun tak larat sebab kalau fikir bila bukak kasut ganti sandal kena pikul kasut pula kat dalam beg. Jadi kitaorang teruskan je berjalan. Kalau datang mendaki makan masa 2 jam.., maka pulang menurun bukit jugak makan masa yang lebih kurang sama.

*Target Climax Ke-2 dalam kepala... [Sungai]
(tempat kami mulakan berjalan siang tadi).

Lalui jalan gravel ni sebenarnya lagi menyiksakan. Trek keras. Terus terang di sini memang penuh dengan perang psikologi. Mulut harus sentiasa memujuk hati, hati harus sentiasa belajar menerima logik akal.

Sepanjang jalan takde penunjuk jarak macam kat trek mendaki, jadi memang susah nak mengagak dah dekat or masih jauh. Aim dalam kepala adalah sungai. Ada lalu banyak tempat dengar bunyi sungai, jalan punya jalan tak jumpa juga sungai tu. Time gini kejap kejap motivasi akan ok, kejap tu down gila gila punya. Ada masa perlu layan otak untuk enjoy kesakitan supaya rasa sakit tu jadi satu yang lali (tak sangka benda ni berkesan untuk aku).

Boleh imagine tak kalau sampai terpaksa melangkah paling kecik? kalau terpaksa jalan mengundur? kalau terpaksa jalan sambil mata mamai ala-ala 'drunken master'??. Memang siksa betul. Nak cerita pun tak pandai dah.. hehe.

Sampai2 kat Sungai dah pukul 11.30pm. Kelibat Richard tak nampak langsung... Perghhh!! kalau orang yang mudah putus asa, mau mengalir air mata keluar time tu gak. Tapi dalam begitu, sungai tu nampak begitu cantik pada waktu malam.. 2 cabang sungai yang bertemu jadi satu. Bunyi derau.., putih buihnya. Waaa bestnya kalau dpt berkubang situ.

Aku nak terbongkang dah, dalam ati cakap bestnya kalo dapat tido je kat situ. Bumi kat situ la tempat paling selesa kat dunia utk lelapkan mata, jalan gravel tu walaupun keras memang empuk sangat la rasanya time tu ... haha. Tapi Helli nasihatkan kitaorang teruskan ke Gate lah, nak tido tetengah utan nih watnya terjenggul binatang2 liar ke, ujan ke.. kan ke susah. Marwan pun angguk je.., so aku pun mengiakan lah. Kenapa agaknya tak terfikir langsung nak sapu 'yoko yoko' kat kaki masa tu, tak tau la den. Yang kitaorang buat masa tu adalah tukar boot dengan sandal.. Tak larat dah nak kepit2 kaki dalam boot, terasa kuku mencengkan hujung jari kaki. Masa nak ganti boot tu lah baru terjumpa dengan pacat. Melekat baguih je kat boot aku, agaknya dia pun tak selera nak sedut darah aku dah. Maka mitos terhadap wujudnya pacat kat Trusmadi, boleh la dibuktikan benar memalam buta tuh.

Target Climax ke-3.... [Gate]
So lepas break few minutes, kitaorang teruskan perjalanan yang dianggarkan 5 km (ni ikut Helli punya ukuran la nih). Sambung la kesakitan kat kaki tu. Jalan ni menurut Helli dan seingat aku tak de simpang2 akan terus sampai ke Gate. Ada simpang cuma bila dah dekat sangat dengan Gate je tempat kitaorang ambil gambar masa awal2 sampai siangnya. Dan biasalah, kalau 5Km kata Helli, maksudnya 50 Km lah benda sebenarnya.... haha. Kami sampai la jugak kat Gate tu dekat2 pukul 2.30am.
Aaaa lama kan?? kan? kan??. Kalo kira-kira balik kami tak tido 23jam & berjalan tanpa henti selama 18 jam. Perghhh!!!!, ni lah rekod peribadi yang tak pernah terfikir untuk aku pecahkan. .....Time ni mesti si Richard tu tengah nyenyak2 tido kat rumah dia.... Eiii ko kan Richarddddd...!!!
..... .. (Nak huyaeeeee pun tak larattttt !!!)

Berjalan dalam keadaan terlalu letih...,
....... teramat mengantuk,
....... hilang keyakinan..
dan penuh sakit ...

marah..., putus harap
halusinasi..
..... dan semua

... yang bila kau menjerit,
kuat mana kau memaki hamun sehabis bahasa kasar,
...menangis ,
...sumpah seranah
tak beroleh faedah walau satu hun pun.

saat semua yang dilindung tak lagi terbendung
lebih manfaat adalah kau melangkah terus, ....jangan berhenti..
semudah itu sebenarnya.., untuk survive

.............., buat aku terfikir untuk apa lah aku susah2 membayar sejumlah wang untuk menempah kesakitan macam nih kan. Tapi tu lah sebenarnya benda yang paling indah bila bertandang ke dunia asing sebegini. Ko tak boleh bermanja2 untuk raih simpati sesiapa. Tak boleh merengek minta perhatian dan ikhsan.

Inilah tersurat cantiknya tentang Trusmadi. Keindahan alam yang diselitkan dengan keindahan pekerti. Ko menghargainya dalam pada merendah diri serendah-rendahnya..., pada ketika ko berjaya memegang setinggi-tinggi awannya.


Terima kaseyy la kat ko Helli .
& Kat Marwan terutamanya....jangan ko serik ikut lagi yek..hahaha.
Serta buatNya

... pengalaman pahit, manis, masam & masin ni semua akan terus bersemadi dalam diari Trusmadi aku.Tengkiu tengkiu... Best, korang memang bebetul besttt.
Terus aku terbongkang tido tak hengat dunia pepagi buta tuh. Tak kira dah, walau dengkur aku masa tu kuatnya melangkaui banjaran Crocker.
Zzzzzz..Krohhh krohh. zzz krohhhh...



.