Tuesday, August 3, 2010

Mount Trusmadi



This cert holds a pure meaning of having a true friendship..., and a great companionship.
...it is about gaining pain and anger, about being frustrated, exhaused and almost beyond everything the mind could imagine ... selfish & trust
.... its about The sweat, the dirt.. moss, dried leaves, silt ... laugh and smile
......... that blended alltogether, which makes each moment so spellbounding....so, i thank to Him for showing his true colour
Grey

Kota Kinabalu Wetlands


Ini antara tempat yang boleh lepak2 kalau dah boring sangat tengok 1Borneo, City Mall, Centre Point, Karamunsing Complex dan seangkatan dengannya. Kalau nak rayau jauh-jauh sampai Kundasang atau Tambunan tak berbaloi pulak kalau masa luang yang ada tak lama mana, karang abis masa tengah jalan je.

Tempat ni dekat je. Kalau nengok peta cuma approx 2 kilometer arah ke Timur Laut Bandaraya Kota Kinabalu. Susah-susah nak nengok kompas, aim je la ke Pusat Akuatik Likas atau Stadium Likas atau di Likas Square Complex. Tak jumpa jugak, ringan2 kan la mulut menanya orang. Sabahan memang terkenal ramahnya, tak rugi bertanya bah.




Skarang nama dia dah tukar jadik Kota Kinabalu Wetland Centre (KKWC) sebelum ni known as Kota Kinabalu City Bird Sanctuary. Luas gak kawasan sanctuary ni merangkumi 24 hectares (60 acres) of hutan paya bakau dan dikendalikan oleh local NGO, Sabah Wetlands Conservation Society.

Nak masuk kawasan ni kena la bayar sikit (rate kat bawah). Sebenarnya dulu diaorang letak je tabung kat entrance tuh, sapa2 yang kaya hulur-hulur la lebih2 sikit. Kutipan duit tu actually selain untuk tambahan pendapatan untuk urus kawasan nih, dia juga diguna untuk aktiviti-aktiviti yang dibuat oleh sukarelawan-sukarelawan kat tempat ni (ramai researcher dari Jepun buat penyelidikan di kawasan ni).
Kalau masuk dalam tu dah ada track 1.5km boardwalk yang merentas kawasan paya bakau ni. Kalau ikut2 speed jalan makan angin mau gak lamakan masa 45-minute untuk nikmati alam semulajadi.
KKWC ni dulu yang dikenali sebagai bird sanctuary mula diiktiraf pada 1996, merupakan tempat persinggahan yang penting dan tempat feeding ground burung2 tempatan dan burung2 yang berhijrah dari kawasan Utara Asia. Kalo familiar ngan jenis-jenis burung berhijrah nih kita boleh jumpa spesis-spesis burung hijrah mcm sandpiper, Greenshank, Redshank, egrets & herons (bangau).
Kalau takde keje boleh la main kira mengira, kat sini direkodkan terdapat hampir 80 species burung yang mendiami sanctuary ni. hehe. Kalau nasib baik jumpa la. Binatang-binatang lain pun banyak. Biasa la kalau paya bakau gini.. nasib baik boleh la jumpa ular air, biawak, ketam, ikan belontok@ ikan tembakul, kumbang beso kumbang kecik, umang-umang dan macam2 lagi la. Cacing pun adaaa..haha.


Kalau rasa tak best jalan sensorang, kat sini boleh diurus juga guide utk bagi info lebih mendalam pasal wetlands nih. Selalunya yang akan tolong guide adalah volunteer-volunteer yg ada kat tempat nih. Ari tu kitaorang pegi, ada la mamat Jepun ni yang punya la fasih cakap melayu tolong guide kitaorang.., tak payah nak susah nak arigato arigato..., cakap dusun pun dia paham.., lama sangat bermastautin dalam paya agaknya.

Tapi kalau pegi sini hajat beso semata2 nak tengok haiwan2 baik toksah la. Karang frust tak pepasal. Ni bukan Zoo. Kalau nak tengok haiwan pegi la kat Zoo Lok Kawi sana. Sini sebenarnya bird sanctuary.., yang senangnya sebut sebagai tempat tinggal or habitat. Kalau nasib baik, dapat lah jumpa. Kalau bau badan tu dah macam bau mawas.., memang la binatang2 tu bertempiaran lari awal-awal lagi sebelum korang bayo tiket pun...hehe.


Well.. tempat ni even kena bayo sikit. Tapi kalau stress-stress or tension kat tempat keje ke.. memang tempat yang best nak lepak2. sebab dlm area paya bakau tu ada menara peninjau, ada shelter yang selesa . Dapat lelapkan mata or bermeditasi memang best gak kalau kat sini.
Tapi tandas cuma kat tempat kaunter masuk je aarrrr... kalo korang rasa nak terbeseyyy , baik bawak stock diapers awal2..atau senyap2 mencangkung kat dalam lumpur bakau tuh (kena sepit dek ketam, den tak dapek la nolong ehhh)..uwakakaka.





Opening Hours

Tuesday to Sunday 8.00am till 6.00pm
(Closed on Mondays, except when falls on a Public Holiday
Open on all Public Holidays

Admission Fees
My-Kad
RM5.00 (Adult)
RM3.00 (Student)
Others
RM10.00(Adult)
RM5.00 (Student)
Below 6 years - Free