Sunday, June 26, 2011

dia datang.., dia pergi.. datang lagi.. tapi kemudian pergi yang selamanya tak kembali

Obu taip kali ni dalam keadaan tak keruan.  Nak bercerita dalam keadaan minda yang kosong memang susah.  Kekadang bebenda yang kecik boleh buat kita hilang tumpuan.. fikiran menerawang.  Melayang sana melayang sini lepastu tah hinggap kat memana dahan tah.

Hilang kawan atau lebih tepat lagi sahabat kekadang tu bunyi macam remeh.  Tapi bila hilang selamanya sahabat., tambah dengan umur sebaya, pernah duduk dalam kelas sama-sama, pernah ketawa sama-sama, pernah gaduh ejek mengejek…dan sebagainya hingga wajah dia terpahat kekal dalam ingatan kita., memang suatu yang terkesan dalam jiwa kita.  Statusnya samalah dengan kaum keluarga sedara mara yang kita sayang walaupun langsung takde bau-bau bacang pun.

Allahyarhamah A, Obu kenal seawal tingkatan 4 masa sama-sama belajar sekolah berasrama di Melaka.  Bila naik tingkatan 5 masih duduk dalam kelas yang sama.  Ambik result SPM terjumpa pada masa dan tempat yang sama.  Buat further study kat universiti…, kebetulannya terambik kursus yang sama. Cong ceng cong ceng cerita punya cerita.. laaahai keciknya dunia, rupa-rupanya ada pulak sedara dia dekat kampung yang sama dengan Obu dan rajin la pulak dia ulang-alik rumah sedara dia tu.  Banyak la pulak yang sama. 

Bezanya dia perempuan, dan Obu pula opposite sex lah ngan dia.  Jadi pergaulan tu walaupun time tu huhahuha berjiwa muda remaja, memang tetaplah ada hijabnya.  Habis belajar dia kawin, Obu sambung lagi belajar.  Abis Obu belajar, Obu merantau carik rezeki jauh ke Utara belah timur.  Bila dah begitu, memang sorang demi sorang kawan kenalan masa belajar dulu akan senyap-senyap buat merekacipta cerita sendiri-sendiri.  Lagipun bila dah berkeluarga memasing sibuk nak urus hal-hal berumahtangga masing-masing.

Kali terbaru setelah lama tak  cerita tup-tup dapat call dari A hujung tahun lepas. Saat Obu dah ada anak 5 dan uban dah mencanak2 keluau kat kepala. Dah dunia moden ginih, penangan dari facebook lah ni agaknya.  Dunia yang dulu jauh terjarak, skarang macam hanya sejengkal.  Maka sahabat-sahabat lama yang lamaaaa betul tak dengau berita sorang-sorang terlink dalam facebook Obu.  Tapi Obu ni dah masuk alam melewati remaja, so tak la aktif mana.  Bukak laptop kejap, terus anak berebut2 nak main game, tekan je butang ON kat laptop anak2 dah nangis2 mintak buat susu.  Wakaka.. alasan la konon.  So semua hangatnya kejap je, pastuh sejuk membeku sepertimana kebiasaan.

24 Jun 2011 tetiba terima sms bagitau A kat ICU.  Ishh betul ke, pastuh tetiba esoknya terima next sms yang A dah mengadap ilahi. 25 Jun 2011 .. Tarikh keramat terima berita yang tak disangka.  Berita wajib sebenarnya, tapi manusia selalu lupa bahawa berita tu tetap akan datang jugak walau dalam kita sedar, kita lupa atau masa kita buat-buat alpa.  Betapa janji yang Esa tu memang benar walaupun kita rasa kemodenan hari ini buat kita lupa peringatan yang dah termateri sejak kewujudan nabi Adam.

Dalam dunia dok sibuk mengenang perginya Michael Jackson pada tarikh yang sama, Obu rupanya hilang seorang kawan yang pernah menghibur, pernah buat Obu tak hengat dunia bila ketawa.  Bila kita ada contoh insan yang paling dekat dengan umur kita, yang pernah kongsi masa sama kita, yang jarak tarikh besdey pun cuma berapa hari jek...tetiba dia pergi lebih awal dari kita....., kan bisa tertegun juga perasaan kan??!!. Tapi begitulah lenggok perjanjiannya.

“..Dalam menanti ini, yang aku takutkan bukannya terlambat sampai..., tetapi terlupa tujuan”

Alfatihah buat allahyarhamah.  Moga dalam menanti saat perhimpunan agung terbesar tu,  singgahannya sekarang sudah seindah sebahagian taman syurgawi. Aminn