Wednesday, October 6, 2010

Peksa & Kete Yang Sedang Parking


     Ni sekarang musim bebudak peksa.  Minggu lepas baru je abis UPSR untuk bebudak darjah 6, minggu ni pulak mula dah PMR untuk budak2 Tingkatan 3.

Kalau time2 peksa gini kalau tengok bebudak rilex je, mak bapak la yang selalunya lebih2 kecut perut.  

Setiap kali tengok bebudak nak peksa..selalu je aku teringatkan zaman dulu-dulu, tiap kali nak peksa gemulah mak & abah tak pernah nyenyak tido malam..., ngan solat tahajjud nya.. dengan nazar puasa nya lain lagi. Doa moga anak2 lulus cemerlang. Tapi takde la ko nak mimpi diaorang janji nak beli kan PS2 lah, laptop lah, Handphone lah kalau berjaya (hehe... lagipun mana ada memenda tu time tuh pun).  Tapi hadiah yang selalu dapat ialah depa akan buat kenduri kesyukuran, jemput jiran2 datang jamu pulut kuning.  Pulut kuning tu kira jamuan aras dewa-dewa lah...hehe.  Masuk Jawi = pulut kuning, Khatam Quran = pulut kuning..., sampai la naik pelamin pun pulut kuning tak penah missed dari dihidang, bungkus lak dalam daun pisang....  Ala-ala skarang ni kalau dpt 5A ke , 8A ke.., terus anak2 mengajak celebrate kat Pizza hutt , KFC gitu lah., restoran cikai2 tepi jalan mana nak pandang dah. Wallahualam..., sekarang ni nak cari mak bapak yang sanggup bersengkang mata solat hajat atau tanam nazar agaknya makin sukar.  Mak bapak sekarang ni tahap keyakinan pada anak tinggi sangat.  Dengan tengok keputusan ujian bulanan & performance anak2, dah boleh senang2 predict anak bakal dapat result macamana dalam exam nanti.  Hebat kan mak bapak zaman modern nih!!!.  Pasal pulut kuning toksah sebut lerr.

Dulu rasanya nak belajar memang susah. Nazaknya. Kena hafal formula itu, hafal formula ini..., banyak pulak tu.  Kekadang dah bagus2 hafal, tak tau pulak nak guna kat mana formula tu...haru jek kan???!!.   Mana ada lembaga peperiksaan sediakan macam sekarang nih. Sekarang bebudak senang, selak kertas soalan je dah besau2 formula tu attached sekali. Budak-budak sekarang, jangan terkejut la kalau dah tingkatan 5 pun sifir masih tergagap2 lagi sebab dah boleh bawak calculator masuk peksa.   Apalagi nak suruh hafal formula maths ke, fizik ke.

Satu lagi, nak bandingkan pencapaian dulu dengan sekarang ni jauh sangat bezanya. Kalau dulu dapat 5A dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5, memang budak tu brilliant sangat lah... boleh kira ngan jari.  Hangat berita tu tersebar berbulan2 malah bertahun2 pindah dari mulut jiran ke mulut sedara mara yang dekat & yang jauh.  Kembang la segala benda yang kecut budak2 yg dapat 5A time tuh.  Sekarang ni kalau sebut pasal A?!!!...hmmm melacak melata. Senang kan?? kalau setakat dapat B, tu dah kira below average la tuh. Terlalu common.

Tapi gitulah..., pelik jugak kenapa la bebudak sekarang ni bila banyak sumber nak tambah ilmu.  Dengan tusyen nya yang mak bapak sediakan, dengan kedai buku dah melambak2 (dulu nak carik kedai buku, jauuh kena pergi baru jumpa), dengan banyak sumber cikgu2 print out untuk bebudak sekolah..., masih ada lagi yang tak score score. Dapat C masih senyum, ..dapat D masih sengih... even F.A.I.L pun maintain menyeringai bangga lagi.

 
Kalau background tu family yang kaya raya, harta berjuta juta jutaaa, ladang terbentang luas...., lain gak lah ye tak.  Boleh gak la merasa tempias harta karun yang diturunkan turun temurun tu.  Patutnya yang background family yang harta setakat hengget hengget je, ladang terbentang luas tapi orang lain punya... tu lah yang patutnya ada semangat nak belajo rajin2, berbudi pekerti moliaaa, baik tutur bahasa, humble..etc, iye tak??!!.  Kalo baca novel2 remaja.., kan skripnya memang wajib begitu.  Skrip yang memang dah boleh agak awal2 lagi dah. Manusia rakyat marhaen yang semekin-semekin ni la yang jadik hero or jadik heroin yang berjaya ke menara gading, yang semekin-semekin ni lah yang dapat kawin ngan anak raja...dapat jadik D.O.

Kalau cerita dulu2 anak-anak orang kaya selalunya sombong2, hidung tinggi.. kurang adab, & jarang yang pandai. Hmmmm, tapi sekarang nih semua teori tu tak boleh pakai sangat lah.  Yang miskin harta ni jugalah yang memegang rekod miskin ilmu, miskin akhlak, miskin adab...., tapi kaya bukan main dengan masalah disiplin, kaya sombong bodohnya, kaya hasad dengki...dan kuat serba serbi terutama kalau masuk bab melawan & gaduh2. Tak ada perasaan rendah diri langsung. Nak dikesiankan salah, tak dikesiankan lagi lah salah.
    
betulll... "Berat mana mata memandang, berat lagi
bahu menggalas bebanan"
     Tau kan makna & rasa 'sayu' ?.  Satu perasaan yang penuh rasa sebak dalam ati sampai mempengaruhi mata yang jarang nak nangis ni boleh tergenang dengan air. Apa perasaan kita kalau tengok orang daif?  Kalau tak masuk dalam rumah dia, cukup la kalau dapat lalu sebelah.  ...Atau kalau abis malas punya cerita.., duduk dalam kereta beraircond, parking jauh2 dan perhatikan.  Memang tak semua tempat kat dunia ni orangnya miskin2. Kita nampak semua orang kaya-kaya sebab kita duduk kat area rumah yang besau2 sampai susah nak terlintas kat fikiran ada lagi rumah yang pintunya cuma dibuat dari kanvas yang digulung.  Bumbung masih lagi zink, tapi dah berlubang-lubang dan tinggi nya cuma dua tiga jengkal dari kepala.  Bila hujan, air tiris. Bila panas... ya rabbi!!.. memang macam ketuhar microwave.  Dinding setakat dibuat dari plywood atau papan2 yang dah berlubang sana sini.  Takde privacy. Katil toksah mimpi la, cukup la ada papan lantai. Tandas??? bukan nak cerita pasal tandas porcelain yang duduk2 tu.., yang mencangkung pun susah nak cerita..., cerita je la pasal lubang di lantai rumah yang setakat lubang kosong terus ke tanah.  Produk2 usus tu akan tolong dibersihkan oleh pasang surut air laut.  Susah kan nak imagine benda begini, sebab korang masuk kategori billionaire2, tak pernah tercucuk kaki waima sebatang selumbar.... Ni bukan cerita fiksyen langsung nih tau.


Tapi.. sebenarnya lebih sedih lagi kalau dah la daif, anak2 yang diharap untuk membantu diusia lanjut pulak tak mencapai tahap kemenjadian untuk menjadi manusia.  Anak-anak pulak takde kesedaran nak berkorban untuk mengubah nasib.... makin timbulkan masalah disiplin ada la.  Mungkin ego manusia ni memang betul susah la nak buang kan , tak kira la umur tu masih mentah maupun yang dah lanjut melayut??!! Terpana tengok budak2 yang usia baru belasan tahun, tapi nilai hormat pada mak bapak berada pada aras negatif. Silap makan vitamin apa la agaknya tu kan. Hmmm..

Sakit lagi ati kalau nak bantu orang untuk berjaya, pedahal orang tu tegar berazam mau tetap gagal. Panasss betul..., rentung rasanya perasaan.  Didiamkan membakar hati, dibuat membakar perasaan...dibiarkan pulak rasa begitu tercabarrrrrnya prinsip hidup.

Yang tukang tengok (duduk dalam kereta beraircond, parking jauh2) ni pulak nak buat apa yek.  Kalau korang keje Sojar, keje Cikgu, keje Polis, keje doktor, artis, keje pomen, lawyer...megistret...hapa-hapalah, apa agaknya boleh buat ye untuk sedarkan bebudak ni supaya belajo betul2????
..ni memang bukan anak-anak kita, tapi jangan sesekali terniat untuk persiakan mereka

Eeelehhh takde jawapan la kononnya tuh. Ker malas nak fikir dah??!! Kalo takde jawapan, dok diam2..try2 mengalirkan sikit air mata tu. Berdoa moga nasib mereka boleh berubah... dan bersyukurlah dengan rezeki yang Allah kurniakan buat diri kita nih.

Nasihat kat bebudak yang nak peksa ni pulak..., korang dah besau panjang sekarang ni.  Belajarlah untuk cepat berfikir.  Jangan sampai dalam kita baru nak berjaya memikir, masa tu dah terlalu terlewat untuk buat U-turn.  Peluang yang datang bukan tunggu kita dah ready ke lom....

Peluang selalunya datang sekali dalam hidup.  Kalau terlepas, nak tunggu dia datang balik mungkin makan masa yang lama... atau zalim lagi dia tak akan datang terus untuk diulang-ulang dah.

Jadik buat bebudak yang nak peksa tuh.. belajarlah dengan sehabis bersungguh2. Cabaran masa depan tu tak pernah terduga dek fikiran, bersiap2 lah dengan aset di tangan.  Jangan je bila dah nak cari kerja nanti kita usung Sijil yang tak laku, yang penuh dengan simbol spanar hidup tuh. Sijil peperiksaan yang cemerlang kat tangan tu mungkin sekarang ni tak de harga , tapi bila korang dah besau panjang nanti.. akan jadi saham berguna untuk ubah nasib diri kita.  Kalau pun tak membolehkan kita menjadi kaya raya, ........at least dapat ubah kita untuk menjadi manusia yang tahu bersyukur (yang tu lebih bermakna!!!)....

Ilmu yang berguna tak akan basi, kalaupun tak dapat diguna untuk menggali harta kat dunia... dia boleh jadi manfaat yang berpanjangan di alam yang satu lagi kat sana tuh.

Buat mak bapak pulak (dan kepada aku sendirik gak nih)..., belajar2 lah & amalkan dari apa yang positif dari amalan mak bapak kita time kita kecik2 dulu yang memungkinkan kita jadik manusia macam 'sekarang' nih. Yang baik diperpanjangkan amalannya..., tu kira amal jariah dari ilmu bermanfaat yang diamalkan diaorang yang jadik saham buat mereka di sana nanti tuh. Besarrrr pahalanya.

Kata Hukama, Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan – (Hamka)

(...apa benda ni yang aku tulis ni?? melalut semacam jek...hahaha. tu lah bahana tak mengupdate blog!!)