Sunday, June 26, 2011

dia datang.., dia pergi.. datang lagi.. tapi kemudian pergi yang selamanya tak kembali

Obu taip kali ni dalam keadaan tak keruan.  Nak bercerita dalam keadaan minda yang kosong memang susah.  Kekadang bebenda yang kecik boleh buat kita hilang tumpuan.. fikiran menerawang.  Melayang sana melayang sini lepastu tah hinggap kat memana dahan tah.

Hilang kawan atau lebih tepat lagi sahabat kekadang tu bunyi macam remeh.  Tapi bila hilang selamanya sahabat., tambah dengan umur sebaya, pernah duduk dalam kelas sama-sama, pernah ketawa sama-sama, pernah gaduh ejek mengejek…dan sebagainya hingga wajah dia terpahat kekal dalam ingatan kita., memang suatu yang terkesan dalam jiwa kita.  Statusnya samalah dengan kaum keluarga sedara mara yang kita sayang walaupun langsung takde bau-bau bacang pun.

Allahyarhamah A, Obu kenal seawal tingkatan 4 masa sama-sama belajar sekolah berasrama di Melaka.  Bila naik tingkatan 5 masih duduk dalam kelas yang sama.  Ambik result SPM terjumpa pada masa dan tempat yang sama.  Buat further study kat universiti…, kebetulannya terambik kursus yang sama. Cong ceng cong ceng cerita punya cerita.. laaahai keciknya dunia, rupa-rupanya ada pulak sedara dia dekat kampung yang sama dengan Obu dan rajin la pulak dia ulang-alik rumah sedara dia tu.  Banyak la pulak yang sama. 

Bezanya dia perempuan, dan Obu pula opposite sex lah ngan dia.  Jadi pergaulan tu walaupun time tu huhahuha berjiwa muda remaja, memang tetaplah ada hijabnya.  Habis belajar dia kawin, Obu sambung lagi belajar.  Abis Obu belajar, Obu merantau carik rezeki jauh ke Utara belah timur.  Bila dah begitu, memang sorang demi sorang kawan kenalan masa belajar dulu akan senyap-senyap buat merekacipta cerita sendiri-sendiri.  Lagipun bila dah berkeluarga memasing sibuk nak urus hal-hal berumahtangga masing-masing.

Kali terbaru setelah lama tak  cerita tup-tup dapat call dari A hujung tahun lepas. Saat Obu dah ada anak 5 dan uban dah mencanak2 keluau kat kepala. Dah dunia moden ginih, penangan dari facebook lah ni agaknya.  Dunia yang dulu jauh terjarak, skarang macam hanya sejengkal.  Maka sahabat-sahabat lama yang lamaaaa betul tak dengau berita sorang-sorang terlink dalam facebook Obu.  Tapi Obu ni dah masuk alam melewati remaja, so tak la aktif mana.  Bukak laptop kejap, terus anak berebut2 nak main game, tekan je butang ON kat laptop anak2 dah nangis2 mintak buat susu.  Wakaka.. alasan la konon.  So semua hangatnya kejap je, pastuh sejuk membeku sepertimana kebiasaan.

24 Jun 2011 tetiba terima sms bagitau A kat ICU.  Ishh betul ke, pastuh tetiba esoknya terima next sms yang A dah mengadap ilahi. 25 Jun 2011 .. Tarikh keramat terima berita yang tak disangka.  Berita wajib sebenarnya, tapi manusia selalu lupa bahawa berita tu tetap akan datang jugak walau dalam kita sedar, kita lupa atau masa kita buat-buat alpa.  Betapa janji yang Esa tu memang benar walaupun kita rasa kemodenan hari ini buat kita lupa peringatan yang dah termateri sejak kewujudan nabi Adam.

Dalam dunia dok sibuk mengenang perginya Michael Jackson pada tarikh yang sama, Obu rupanya hilang seorang kawan yang pernah menghibur, pernah buat Obu tak hengat dunia bila ketawa.  Bila kita ada contoh insan yang paling dekat dengan umur kita, yang pernah kongsi masa sama kita, yang jarak tarikh besdey pun cuma berapa hari jek...tetiba dia pergi lebih awal dari kita....., kan bisa tertegun juga perasaan kan??!!. Tapi begitulah lenggok perjanjiannya.

“..Dalam menanti ini, yang aku takutkan bukannya terlambat sampai..., tetapi terlupa tujuan”

Alfatihah buat allahyarhamah.  Moga dalam menanti saat perhimpunan agung terbesar tu,  singgahannya sekarang sudah seindah sebahagian taman syurgawi. Aminn

Saturday, January 8, 2011

Scan Rumah

Memang seronok rupanya tak update blog,... level kenyang & malas yang bertambah dengan kadar yang konstant.. hehe.

Nih pun update sebab ada sorang tu mintak procedure nak scaning rumah.  Nak terangkan pakai sms karang abis lak credit.. so biau la dia refer kat sini je terus nanti. Tak paham boleh la baca ulang2.

Ari tu ujung tahun 2010, balik kampung meneman anak2 bercuti sekolah terus merangkap acara memotong reben untuk pondok baru kat kampung.  Takde la berkompang2 bagai, yg ada tu hah mesin bancuh simen kat depan rumah yang masih contraktor ambik bawak balik. Biaupun kecik je, tapi pada kitaorang tu lah tempat tido paling best.

Dah ada blood-blood nusantara nih, memang ada lengkap petua-petua nak masuk rumah baru.  Nak diikut bagus, tak diikutkan pun takpe.  Nak caya ok, taknak caya kira terima la dia sebagai pengetahuan am jek ye.  So nak masuk rumah baru nih kena rujuk satu kalender yang dinamakan Kalender Jawa.. Ada lah formula dia tuh....., tambah tolak campur bahagi puncakuasadua campur lak dengan pai ditolak ngan radius itu ini... bla bla bla dikombinasikan pulak dengan nombor pada haribulan Islam.  Konon-kononnya dalam petua nih ada dikategorikan kepada 4 hari . Hari Pencuri, Hari Guru, Hari Raja & Hari Penyakit.  Elak kan lah Hari Pencurik ngan Hari Penyakit tuh.  Maksudnya kalau masuk rumah pada hari tuh banyak lah barang2 yang hilang tak jumpa, atau banyak lah musibah2 lain yang sering berlaku. Kalau boleh masuk lah pada Hari Raja atau Hari Guru.  Kalau masuk rumah baru pada Hari Raja ni konon-kononnya banyaklah privacynya.  Paling bagus masuk Hari Guru, .... ramai yang bertandang nantinya., maka murahlah rezeki.


Memula ingatkan nak carik gak la Hari Guru.  Tapi kira punya kira.. banyak lak Hari Raja je time tuh. Sayugia diingatkan, hari-hari tu bukan datang berturutan tau.., maksudnya lepas hari ni Hari Pencuri esoknya confirm Hari Guru lak... tak sama sekali.  Ada masa sepanjang minggu tu adalah hari yang sama je. Sebab masa tak mengizinkan sangat time tuh, aku pun pilih la satu hari yang dinamakan Hari Raja.  Bagus gak la tak dpt Hari Guru, karang ramai sgt orang dtg, tak muat pulak pondok tuh... maunya kena pasang khemah kat luau..

Nantilah kalau ada masa, aku try update kat sini cara-cara nak kira hari tu ye.

Ok berbalik pada tajuk asal.  Tujuan scan rumah nih sebenaunya nak tau je lah status rumah yang kita nak masuk tuh.  Tak kira la rumah tu rumah baru buat ke, rumah dah lama kita duduk ke, rumah sewa ke, rumah sendiri beli dengan utang bank atau cash ke... dan sebagainya..., termasuk sekali quarters yang boleh duduk free-free je tuh.

Tau je lah kan, dah kita duduk kat gugusan Nusantara nih.., penuh ngan alam mistik.  Kekadang rumah tu lama tak di duduk, ada benda lain yang menumpang. Kekadang buat rumah baru, tapi tempat tu dulunya tempat jin bertandang.  Jadi salah satu cara nak tau ada ke tak 'benda' tu kat rumah kita, maka kita scan lah rumah tuh... play safe.  Sebab kalau 'dia' ada kat situ, konon nanti dia akan menyahut... Kiranya kalau korang takut, carilah teman yang kuat semangat nak buat benda nih.  Karang tetiba time buat tu tetiba ternampak atau terdengar bunyi yang pelik-pelik karang, tak la pengsan sorang-sorang situ.

Errr... pembetulan pembetulannn, kaedah ni bukan kaedah jawa ye.  Kaedah scanning ni kena baca ayat2 Quran sikit.  Yang kaedah jawa tu untuk tentukan hari nak masuk rumah or tanam pokok jek.

Senang je nak scan tu. Ok ringkasnya ginih cara nak scan rumah kita tu:
1.  Sebelum maasuk rumah tu, kita diri dulu kat tengah2 pintu masuk utama.
2.  Angkat dua tangan sambil baca doa (tak pandai lah nak menaip guna jawi sini... so diterjemahkan je kat sini bacaan tu yek..!!) : " Ya Allah, sesungguhnya aku memohon padaMu dari kebaikan rumah ini, juga kebaikan yang ada di dalamnya. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan rumah ini, dan kejahatan yang ada di dalamnya.  Segala puji itu adalah bagi Allah, tuhan seru sekalian alam ".
3.  Baca la doa tu sekali atau sebaik-baiknya 3x. Lepastu hembus kat kedua belah tangan & raup ke muka.
4.  Tepuk kedua-dua belah tepi pintu & tiup ke dalam rumah.
5.  Beri salam & masuk.

Kalau takde apa2 respond dalam rumah tu, maksudnya ok lah. Tapi kalau tetiba ada macam bunyi benda terjatuh ke, pintu tertutup sendiri ke, angin kencang bertiup tiba-tiba.. atau ada bunyi cicak.  Tu menunjukkan dalam rumah tu dah ada penghuni lain.

Kalau ada dah penghuni lain dalam rumah tu.  Berdiri kat tengah2 rumah tu dan azan kuat-kuat. sambil baca doa sikit sebelum disusuli dengan teknik memagar.  Nak pagar rumah ni kalau ada masa aku update kat masa lain lah ye.





Sunday, January 2, 2011

Mancen mancen

Selamat Tahun Baru 2011...
Wahh.. makin cepat je masa berdezup menspeed kan diri.. pejam celik pejam celik tup tup dah tambah setahun lagi.  Kalau tulis tulis tarikh masih lagi terbabas nak menulis 2010.

Ni nak share lah pasal nak berjinak2 ngan hobi lama yang diperbaharui.  Dah lama sangat break bercinta ngan hobi yang satu nih, tapi lately bila ada member FB yg hobinya memamang memancing ditambah lak ngan si Azmin, Giman, Asraf semua dok berdegar-degar berbual kat tempat keje dapat ikan itu ikan ini masa memancing.., terdetik gak nak join diaorang.  Banyak kali dah diaorang ajak join, tapi nak pegi tu asyik tertangguh2 je.  Nih dapat pegi pun kira bersyukur lah sebab time nak pegi tu siren dah berbunyik.  Errr korang kalau dah ada anak2 kecik tu tau la maksud siren tuh, jenis pantang nampak bapak dia sarung seluar kejap, terus ronta2 nak ngikut. Siren lak kalau bunyik memang kuat, mau satu taman dengau. Peliknya tau lak diaorang, kalau bapak dia setakat sarung kain gombang je tak pulak depa nak bunyik siren...

Last sekali aku pegang pancing ada la dua tiga tahun lepas kot. Last spot manceng kat Tanjung Lipat, kat area Kota Kinabalu..., tapi mungkin sebab time tu pancing tu masih bau kedai agaknya.. langsunglah takde ikan yang nak sangkut.  Tapi peliknya bau kedai tu tak hilang-hilang gak even dah 2-3 kali lepas tu aku pegi lagi manceng tuh... Errr kira alasan tak dapat ikan lah tu!!!.  Manceng kat pesisir pantai ni memang berbeza la kot ngan manceng kat parit or kat tengah laut. Masa kecik2 aku manceng kat parit2 ke taliair ke senang2 je dapat ikan...,tak yah tunggu lelama dah ada ikan menyangkut.

Jadi ari nih, genap lah 2-3 tahun pancing yang sama dan yang lama tak berpegang tu, disentuh semula. Debu2 yg melekat banyaknya kemain lagi. Hilang dah bau kedai harapnya.  Sambar je apa yang ada, memang tak cukup mana lah peralatan.  Tu kira mangsanya aksesori si Azmin, Giman ngan Asraf la yang aku pau nanti. Janjinya pukul 7.30am nak tunggu kat area Sepanggar.  Tapi sebab time tuh siren dah berbunyik, nak padam suis siren tu mau makan 1 jam.  So 8.30am baru berjaya jumpa kat tempat yang dijanjikan.   

Time pepagi Gunung Kinabalu memang nampak clear, masuk pukul 9.00am dah susah nak nampak

Nampak tak bukit sebelah tu, tu lah Bukit Gondola



Tone warna sebijik macam lukisan



Tempat yang sedap nak berangan @ meditasi
  Aku ngan Azmin pegi dulu, konon2 nak booking tempat lah takut orang ramai sgt nanti.  Mamat dua orang lagi tu pegi beli umpan. Sempat la breakfast kejap sementara diaorang gi beli umpan.  Mana tah diaorang beli, umpan udang hidup tuh. Memandangkan aku blur blur mana tempat nak memancing tu, Azmin drive kete dia & aku follow kut belakang je.  Jalan tegak, u-turn, masuk kiri, tegak, pusing kiri...jalan terus pastu bukak gate warna oren, terus masuk & parking...   Wahhh susah kan nak pegi tempat tuh??!! Hahaha... tu skill taknak korang tau la port memancing kitaorang.  Kalau korang tau & nak pegi gak, nanti susah la kitaorang nak carik rezeki kalau port tu dah ramai sangat orang..

Tempat tu sebenarnya area muara sungai bersambung terus dengan Lagoona yang kat Karambunai Resort tuh.  Tak jauh dari Bukit Gondol.  Kawasan ni sebenarnya kawasan ternakan ikan sangkar persendirian. Dibuka dari jam 7.00am sampai pukul 5.30pm je untuk orang luar memancing.  Bukan pancing ikan yang diaorang bela dalam sangkar tu yek.., meriah sangatlah kalau boleh manceng ikan2 situ.  Cuma boleh tumpang floating deck situ untuk memancing di muara sungai menghadap laut terbuka tuh.

Kitaoranglah yang paling awal sampai situ, so terus conquer hot-spot situ. Tempat situ kira udara paling nyaman, suhu paling rendah, permandangan paling vogue dan konon-kononnya tempat ikan paling banyak melepak-lepakkan dirilah...., betul ke tak tu wallahualam. Nak komen lebih2 tak pandai sebab aku first time sampai situ, diaorang nih yang jadi pemancing tegar kat situ yang cakap.

Sempat la belajar skil2 mengikat mata kail, perambut semua dari sifu2 bertiga tuh...., termasuklah teknik menyula umpan udang hidup tu supaya dia rasa tersiksa dan hidup lebih lama dalam air sambil menggoda ikan2 menyangkut di mata kail. Disamping tu aku pun mulakan aktiviti menge'pau' aksesori2 memancaing diaorang yang canggih2 tu.., Haha. Sori ye korang semua, nanti next time aku belik sendiri lah apa2 yang perlu.., ni join pun ala2 tok mudim terjun je.



Nih antara aksesori2 diaorang, aku tumpang amik gambar & tumpang perabiskan je...
 
Umpan udang , mahal tuh 30sen seekor

Teknik sambungan tali kail paling ringkas. Sok-sok boleh try belajo ikatan lain lak

Siap je pasang semua2 yang patut, aktiviti mencari rezeki pun bermulalah. Agaknya memang begitulah lumrah kehidupan di dunia ini, yang paling pro dan yang paling mempamerkan ciri-ciri hero lah juga yang selalunya dapat ikan yang first... Taraaaaaa...ehh aku la pulak yang memula dapat!!!, sempat amik gambar lagi untuk simpanan rekod peribadi..haha.
Ikan putih...balik rumah kena bela dulu dlm akuarium sampai besau 5 kilo baru snap gambar semula








Tapi lepastu diaorang lah, yang dapat banyak.  Memacam gak la jenisnya.., aku pun bukan terrer sangat pasal nama2 ikan nih., yang kenal ikan kerapu, ikan bansar.. yang lain2 tu nama lain-lain ikut tempat.

Lama la jugak kitaorang bertapa kat situ, maunya sampai pukul 5.00pm.  Tapi banyak aktiviti menggosip, aktiviti termenung, aktiviti makan... daripada aktiviti menarik joran.  Biasa lah, intro..., mana boleh tunjuk skill lebih2. Karang abis semua ikan kat situ kitaorang pancing, takde la pulak stock ikan2 untuk pemancing2 amatur lain.  Wakaka...!!, apa2 pun agaknya sebab menganiaya udang2 tadi jadikan umpan, balik umah je sedar-sedar dah rentung merah kulit bak udang dibakar sebab tak pakai sunblock.

Saturday, October 9, 2010

Bukit Gondola





Lamaaaa dah tak beraktiviti.  Sejak puasa sampailah hari terakhir Syawal.  Lemak-lemak tak la banyak sangat terkumpul sepanjang hibernasi selama 2 bulan tu.  Tapi bak kata kiasan 'makin naik lemak'. Hehe, tah betul ke tak boleh pakai kiasan tu.., kira maksudnya makin tahap kemalasan tu meningkatlah.

Tak bleh jadikk..., so 9 Oct 2010. Ngam-ngam rasminya abis bulan raya tahun 2010 ni.., aku ngan Marwan korek-korek balik perancangan kitaorang yang tergendala or terpotong trip dek planning-planning yang lain. Fikirkan yang kitaorang cuma nak buat aktiviti santai yang makan beberapa jam je, so kitaorang setuju nak daki satu bukit yang jadik mercu tanda kat Sepanggar, tak jauh dari Kota Kinabalu.

Bukit nih kalau nak pergi arah ke KKIP (Kota Kinabalu Industrial Park), atau arah ke Karambunai Resort.., termasuklah ke arah Sepanggar tuh memang jelas kelihatan dari jalan utama. Selalu sapa-sapa pun yang terpandang bukit ni, memang tak akan miss utk menoleh tengok keunikan dia dua tiga kali lagi.  Nama dia tak pasti sangat la pulak, ada panggil nama Bkt Gondol, ada panggil nama itu, ada ini... tapi semua tu bunyik tak glamer langsung lah.  So biar aku sesedap rasa membahasakan nama dia Bukit Gondola.., tak la lucu merangkap lucah sangat bunyinya...hehehe.

Skill menebas...
Sebenarnya entrance nak pegi ke puncak bukit ni ada banyak.  Tapi dari sumber yang boleh dipercayai (yang pernah daki bukit ni lah) keywords dia ada dua iaitu carik IKM (Institut Kemahiran Mara) & Kubur Cina (perkuburan Kristian sebenarnya).   Selebihnya kena la ringan mulut menanya orang2 yang kat situ.  Ala-ala treasure hunt pulak clu dia kan.



awan kelabu, pergunungan biru & bumi menghijau
Seawal 6.50am dah si Marwan tercegat menunggu kat luar pagar, ready nak mengangkut aku.  Kitaorang pegi berdua je., planning last minute mana ada nak ikut.. memasing ada plan memasing ujung2 minggu gitu.  Sempat breakfast berat sikit kat warong area Indah Permai. Siap-siap memenuhkan tembolok, then mula lah kitaorang mencari tempat mendaki tu.  Abisss..dah memang takde apa2 signboard. Memang susah gak nak mencari kalau first time pergi situ, tanya orang tu tanya orang ni, pegi situ patah balik, pegi sini patah balik... last2 syukurlah, jumpa la jugak starting point nya.  So ngam2 pukul 8.00am kitaorang mendaki.

Bukit ni tak terlalu curam.  Kalau diiagak-agakkan ada la tinggi dia mencapai 250 - 300m dari aras laut kot, tak terjumpa pulak data rasmi berkaitan ketinggiannya.  Mendaki tak penat.  Tapi sebab semalam nya hujan agak lebat, so ada masa denai laluan tu macam hilang terutama sekali dekat area kawasan yang ditumbuhi lalang. Kami take turn, kejap aku kat depan menebas... kejap si Marwan kat depan.

Dekat-dekat 1 jam juga baru lah sampai separuh perjalanan. Tu memang kira slow abis la kitaorang jalan tu sebab kejap2 berenti amik gambar. Kejap2 posing. Kejap2 minum.  Kejap2 sedut angin, kejap2 buang angin. Permandangan kat atas ni memang cantik.., boleh nampak teluk2 & lagun-lagun sekitar Karambunai Resort tuh, boleh nampak KKIP, nampak laut lepas Sepanggar, pulau-pulau kecik, burung helang laut, nampak Pengkalan Tentera Laut, UMS, bandar KK...., nampak banyak benda lah....& tak ketinggalan tentunya boleh nampak berbalam-balam Gunung Kinabalu (tapi time tu banyak pulak awan cover puncak tu.... kalau awal pagi sikit lagi kitaorang tiba mungkin clear boleh nampak peak dia).



Tak banyak sangat spesis pokok kat atas bukit tu, kira majoritinya pokok2 Acacia dan lalang lah.  Bagusnya time kitaorang mendaki tu tak panas, tak jugak mendung... ala-ala suam2 kuku kerbau je la cuaca tu.

Nak dijadikan cerita, tiba2 masuk je kat kawasan berlalang, hilang lak track kitaorang.  Lalang yang tinggi2 ni memang nakal sikit.  Kalau kena hujan & angin kuat mesti senang rebah..., automatiknya akan cover lah track mendaki.  So memandai2 la kitaorang mewujudkan track sendiri, tebas menebas, libas melibas ...lalang belukar semua untuk buat track baru.  Dalam ati confiden je sebab puncak memang dah nampak clear masa tu.  Bak kata orang, nak memandai pun biar la bertempat.  Nak berlagak eksyen pun carik la tempat tersorok jauh2 yang tak ramai orang..., supaya dpt kurangkan tahap kemaluan bila terbuat lawak bodo & kena ketawa dek orang lain.. sendiri-sendiri juga yang malu.  Haaaa kau!!! dah dekat 30 minit membuat track baru, siap ada tempat tu punya la curam...& punya la tebal semak samun, nak libas parang pun tak boleh.. sebab curam sangat.  Satu tangan nak cekau lalang...mana la nak balancekan badan, mana nak menebas.

Imagine kan je la 'lalang' tu, campur pulak rumput menderung yang batang tiga segi tu.... perghhhhh!!! tajam tuuuuu.  Sedap2 ko mencapai, macam pisau blade je dia kelar kulit2 yang tulus yang mulus...haha.  Even perasan macam dah dekat utk sampai kat atas..., tapi sampai satu stage ati kata...,   "wookehhhh...time to U-turn".  Aku tengok muka Marwan, marwan tengok muka aku...(dalam ati dia ketawakan aku, aku ketawakan dia...karang kalau terkeluar bunyi ketawa time tu, ada yang kena libas parang pulak...hehehe).  Nak patah semangat dari teruskan mendaki pun ada.

Vandalism..jangan tiru aksi ini!!..
Marwan sedang gigih memberi
nama saintifik bagi spesis pokok
buluh  yang baru dia jumpa
So bak kata pepatah "Sesat di hujung jalan, balik lah ke pangkal jalan".  Memang gitu la  adat resam di dunia nih, so kitaorang patah balik cari balik track asal.. laaahai pusing sikit je dah jumpa pulak track yang sepatutnya kitaorang ikut.  Hmmmm..!!!?., macamana la boleh terlepas pandang benda tuh.  Takpe.  Kitaorang teruskan mendaki tu sampai kat  puncak.  Lalang kat atas tu ada tempat, tingginya sampai ke ketiak.  Angin pulak kencang betul atas tu...tak henti2, best betul.  Kalau main layang2 agaknya tambat gitu je dia tak akan turun-turun. Ada besi2 ceracak yg tanda puncak bukit gak atas tu, tapi dah rebah..., tak tau la sapa punya keje tu.

Walaupun cuma penuh lalang, tapi cantik permandangan atas tu.  Konon-konon macam kat Prarie.  Teringat kat citer lama dulu duluuuu tu Little House On the Prairie. Agaknya kalau lalang tu berbunga putih semua, lagi best..., maunya macam salji kan??!!!. Terus tukau jadik tajuk cerita Korea Winter Sonata.  Haaaa.. so nak menandakan kitaorang dah  berjaya men'conquer' Bukit Gondola tu, kitaorang jerit la kuat2 nama memasing kat puncak tu... nak letup2 mercun.., dah abis pulak bulan Raya hari semalamnya..hahaha.

Memang segar bugar betul udara kat atas bukit tu.  Angin dari laut campur angin dari saki baki banjaran Crocker.  Tak lama sgt kat atas puncak tu.  Siap2 snap gambar, kitaorang pun turun.  Lagipun bekalan air dah nak abis, makanan memang tak tapau langsung (kalau dpt makan cekodok kat atas puncak bukit tu sambil cecah sambal lonte, mesti sedapppp kan??!!!)...mula la menjajau nak mencarik tempat nak melabur nanti.


specialnya nilah bukit yang betul2 nampak macam bukit...

Dan nak jadikan cerita lagi..tah macamana tah, kitaorang ingatkan bila bukit rendah2 nih senang la nak daki dan nak turun.  Rupanya tak begitu ooooo...., sesekali tak begitu. Kitaorang ikut denai yang sama, tapi banyak benda yang tak dijumpa semula.  Tempat stop ambik2 gambar tak jumpa, tempat si Marwan me'vandalisme' kan pokok buluh tadi pun tak jumpa....... Elehhhh!!! banyak la songeh ko. Sebenaunya ko dah salah ikut track lah, orang patutnya ke hilir..., korang ikut arah ke hulu...macamana ler nak jumpa ye tak.

Hadiah dari penat mendaki

Ringkasnya alam...tapi tetap cantik


Tak sangka lak, sebenaunya banyak track lain kat sini.  Ada track cari makan penduduk sekitar bukit nih, ada track rekreasi.  Pada kitaorang bila tengok ada bekas air sepah2, plastik makanan sepah2..., kat sepanjang track tu maksudnya betul la track yang kitaorang lalu tu.  Ada masa hilang terus track, atau kitaorang terikut track yang wujud dari aliran air yang deras.  Maunya banyak kali pergi balik pergi balik mencari punca.
Puncak Bkt Gondola dari jauh

Climax kami... jalan punya jalan punya jalan punya jalan... akhirnya jumpa track mati yang menghala ke paya bakau (nih track orang kampung carik ketam nih).., patah balik tersampai la pulak kat penghujung track mati ke arah paya yang banyak rumpun buluh...  Sebelah sana paya ada nampak bumbung rumah orang kampung dah...tapi nak ke sanaaa tu jawabnya terpaksa mengharung selut dan lumpurlah tempat kerbau berkubang. Nak ajak Marwan daki semula ke atas, mau kena pikir dua tiga kali..., aku tengok taring beruang dia makin memanjang..hehe . Wokeh wokhhh,.. ikut keputusan dia....terjahhh jek.

Dah tak de pilihan..., redah je laaa.  Imagine je la macam masuk sawah padi. Mula2 malu2 gak la nak memijak tanah berselut tu.., tapi bila dah air menjerap sampai dalam kasut lupa la terus untuk control macho.  Nasib la Marwan jenis tak kesah sangat even dia anak tokey tempe.  Susah nak carik orang kaya yang tak sombong gitu kan?!!! Syukurlah. 


Puncak Kinabalu... masih berselimut
awan

Sampai ke seberang paya tu, terus singgah kat rumah yang pertama kali kitaorang jumpa.  Ada makcik sorang, ngan laki dia kat situ. Kira tu cottage dia lah.  Hujung2 minggu diaorang lepak situ tengok ternakan lembu2 diaorang (romantik nyeer). Kebetulan ada lembu dia baru lepas beranak. Dek dah haus sangat & abis dah stock air..., maka dengan selamba singgah bertanya arah.   Nasib je makcik tu tak terkejut sebab aku dok pegang parang panjang masa lalu sebelah rumah dia (sebenarnya masuk kategori 'menceroboh' tanah org dah tu tuuu, kitaorang siap merangkak bawah pagar lagi nak ikut shortcut situ).  Seberang je paya tu sebenarnya Kg Lokub, tak jauh dari rumah makcik tu dah jumpa simpang Uitm.  Tak jauh berjalan.  Bila nampak ramai bebudak situ... rasa legaaaa.., akhirnya jumpa semula manusia.  Hahaha.

Akhirnya terpaksa la naik bas pusing semula ke IKM, nasib aku bawak duit.  Marwan memang tak bawak wallet. Tambang 50 sen je sorang (lamaaa aku tak merasa naik bas noooo). Nak jalan ke sana dari Uitm tu jauhhh gak ooo. Kalau nak pedajal si Marwan..,  bagitau dia duit aku ngam2 je untuk sorang bagus gak time tuh....biau dia jalan kaki, hahaha.

Ringkasnya, bukit ni sesuai untuk jadi tempat rekreasi masa santai. tipps bagi sesapa yang tergerak hati nak naik atas bukit nih buat pertama kali yang the first time.., jangan lupa bawa penanda jalan.., senang nanti buatnya tersilap masuk track, korang boleh trace balik track asal yang sepatutnya. 

Pengajarannya, jangan sesekali pandang remeh dunia asing bila diri kita masih lagi berstatus 'stranger' di situ.  Nahhh Hambikkk ko..(ehh.., kena btg idung aku sendirik rupanya).!!!!

Wednesday, October 6, 2010

Peksa & Kete Yang Sedang Parking


     Ni sekarang musim bebudak peksa.  Minggu lepas baru je abis UPSR untuk bebudak darjah 6, minggu ni pulak mula dah PMR untuk budak2 Tingkatan 3.

Kalau time2 peksa gini kalau tengok bebudak rilex je, mak bapak la yang selalunya lebih2 kecut perut.  

Setiap kali tengok bebudak nak peksa..selalu je aku teringatkan zaman dulu-dulu, tiap kali nak peksa gemulah mak & abah tak pernah nyenyak tido malam..., ngan solat tahajjud nya.. dengan nazar puasa nya lain lagi. Doa moga anak2 lulus cemerlang. Tapi takde la ko nak mimpi diaorang janji nak beli kan PS2 lah, laptop lah, Handphone lah kalau berjaya (hehe... lagipun mana ada memenda tu time tuh pun).  Tapi hadiah yang selalu dapat ialah depa akan buat kenduri kesyukuran, jemput jiran2 datang jamu pulut kuning.  Pulut kuning tu kira jamuan aras dewa-dewa lah...hehe.  Masuk Jawi = pulut kuning, Khatam Quran = pulut kuning..., sampai la naik pelamin pun pulut kuning tak penah missed dari dihidang, bungkus lak dalam daun pisang....  Ala-ala skarang ni kalau dpt 5A ke , 8A ke.., terus anak2 mengajak celebrate kat Pizza hutt , KFC gitu lah., restoran cikai2 tepi jalan mana nak pandang dah. Wallahualam..., sekarang ni nak cari mak bapak yang sanggup bersengkang mata solat hajat atau tanam nazar agaknya makin sukar.  Mak bapak sekarang ni tahap keyakinan pada anak tinggi sangat.  Dengan tengok keputusan ujian bulanan & performance anak2, dah boleh senang2 predict anak bakal dapat result macamana dalam exam nanti.  Hebat kan mak bapak zaman modern nih!!!.  Pasal pulut kuning toksah sebut lerr.

Dulu rasanya nak belajar memang susah. Nazaknya. Kena hafal formula itu, hafal formula ini..., banyak pulak tu.  Kekadang dah bagus2 hafal, tak tau pulak nak guna kat mana formula tu...haru jek kan???!!.   Mana ada lembaga peperiksaan sediakan macam sekarang nih. Sekarang bebudak senang, selak kertas soalan je dah besau2 formula tu attached sekali. Budak-budak sekarang, jangan terkejut la kalau dah tingkatan 5 pun sifir masih tergagap2 lagi sebab dah boleh bawak calculator masuk peksa.   Apalagi nak suruh hafal formula maths ke, fizik ke.

Satu lagi, nak bandingkan pencapaian dulu dengan sekarang ni jauh sangat bezanya. Kalau dulu dapat 5A dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5, memang budak tu brilliant sangat lah... boleh kira ngan jari.  Hangat berita tu tersebar berbulan2 malah bertahun2 pindah dari mulut jiran ke mulut sedara mara yang dekat & yang jauh.  Kembang la segala benda yang kecut budak2 yg dapat 5A time tuh.  Sekarang ni kalau sebut pasal A?!!!...hmmm melacak melata. Senang kan?? kalau setakat dapat B, tu dah kira below average la tuh. Terlalu common.

Tapi gitulah..., pelik jugak kenapa la bebudak sekarang ni bila banyak sumber nak tambah ilmu.  Dengan tusyen nya yang mak bapak sediakan, dengan kedai buku dah melambak2 (dulu nak carik kedai buku, jauuh kena pergi baru jumpa), dengan banyak sumber cikgu2 print out untuk bebudak sekolah..., masih ada lagi yang tak score score. Dapat C masih senyum, ..dapat D masih sengih... even F.A.I.L pun maintain menyeringai bangga lagi.

 
Kalau background tu family yang kaya raya, harta berjuta juta jutaaa, ladang terbentang luas...., lain gak lah ye tak.  Boleh gak la merasa tempias harta karun yang diturunkan turun temurun tu.  Patutnya yang background family yang harta setakat hengget hengget je, ladang terbentang luas tapi orang lain punya... tu lah yang patutnya ada semangat nak belajo rajin2, berbudi pekerti moliaaa, baik tutur bahasa, humble..etc, iye tak??!!.  Kalo baca novel2 remaja.., kan skripnya memang wajib begitu.  Skrip yang memang dah boleh agak awal2 lagi dah. Manusia rakyat marhaen yang semekin-semekin ni la yang jadik hero or jadik heroin yang berjaya ke menara gading, yang semekin-semekin ni lah yang dapat kawin ngan anak raja...dapat jadik D.O.

Kalau cerita dulu2 anak-anak orang kaya selalunya sombong2, hidung tinggi.. kurang adab, & jarang yang pandai. Hmmmm, tapi sekarang nih semua teori tu tak boleh pakai sangat lah.  Yang miskin harta ni jugalah yang memegang rekod miskin ilmu, miskin akhlak, miskin adab...., tapi kaya bukan main dengan masalah disiplin, kaya sombong bodohnya, kaya hasad dengki...dan kuat serba serbi terutama kalau masuk bab melawan & gaduh2. Tak ada perasaan rendah diri langsung. Nak dikesiankan salah, tak dikesiankan lagi lah salah.
    
betulll... "Berat mana mata memandang, berat lagi
bahu menggalas bebanan"
     Tau kan makna & rasa 'sayu' ?.  Satu perasaan yang penuh rasa sebak dalam ati sampai mempengaruhi mata yang jarang nak nangis ni boleh tergenang dengan air. Apa perasaan kita kalau tengok orang daif?  Kalau tak masuk dalam rumah dia, cukup la kalau dapat lalu sebelah.  ...Atau kalau abis malas punya cerita.., duduk dalam kereta beraircond, parking jauh2 dan perhatikan.  Memang tak semua tempat kat dunia ni orangnya miskin2. Kita nampak semua orang kaya-kaya sebab kita duduk kat area rumah yang besau2 sampai susah nak terlintas kat fikiran ada lagi rumah yang pintunya cuma dibuat dari kanvas yang digulung.  Bumbung masih lagi zink, tapi dah berlubang-lubang dan tinggi nya cuma dua tiga jengkal dari kepala.  Bila hujan, air tiris. Bila panas... ya rabbi!!.. memang macam ketuhar microwave.  Dinding setakat dibuat dari plywood atau papan2 yang dah berlubang sana sini.  Takde privacy. Katil toksah mimpi la, cukup la ada papan lantai. Tandas??? bukan nak cerita pasal tandas porcelain yang duduk2 tu.., yang mencangkung pun susah nak cerita..., cerita je la pasal lubang di lantai rumah yang setakat lubang kosong terus ke tanah.  Produk2 usus tu akan tolong dibersihkan oleh pasang surut air laut.  Susah kan nak imagine benda begini, sebab korang masuk kategori billionaire2, tak pernah tercucuk kaki waima sebatang selumbar.... Ni bukan cerita fiksyen langsung nih tau.


Tapi.. sebenarnya lebih sedih lagi kalau dah la daif, anak2 yang diharap untuk membantu diusia lanjut pulak tak mencapai tahap kemenjadian untuk menjadi manusia.  Anak-anak pulak takde kesedaran nak berkorban untuk mengubah nasib.... makin timbulkan masalah disiplin ada la.  Mungkin ego manusia ni memang betul susah la nak buang kan , tak kira la umur tu masih mentah maupun yang dah lanjut melayut??!! Terpana tengok budak2 yang usia baru belasan tahun, tapi nilai hormat pada mak bapak berada pada aras negatif. Silap makan vitamin apa la agaknya tu kan. Hmmm..

Sakit lagi ati kalau nak bantu orang untuk berjaya, pedahal orang tu tegar berazam mau tetap gagal. Panasss betul..., rentung rasanya perasaan.  Didiamkan membakar hati, dibuat membakar perasaan...dibiarkan pulak rasa begitu tercabarrrrrnya prinsip hidup.

Yang tukang tengok (duduk dalam kereta beraircond, parking jauh2) ni pulak nak buat apa yek.  Kalau korang keje Sojar, keje Cikgu, keje Polis, keje doktor, artis, keje pomen, lawyer...megistret...hapa-hapalah, apa agaknya boleh buat ye untuk sedarkan bebudak ni supaya belajo betul2????
..ni memang bukan anak-anak kita, tapi jangan sesekali terniat untuk persiakan mereka

Eeelehhh takde jawapan la kononnya tuh. Ker malas nak fikir dah??!! Kalo takde jawapan, dok diam2..try2 mengalirkan sikit air mata tu. Berdoa moga nasib mereka boleh berubah... dan bersyukurlah dengan rezeki yang Allah kurniakan buat diri kita nih.

Nasihat kat bebudak yang nak peksa ni pulak..., korang dah besau panjang sekarang ni.  Belajarlah untuk cepat berfikir.  Jangan sampai dalam kita baru nak berjaya memikir, masa tu dah terlalu terlewat untuk buat U-turn.  Peluang yang datang bukan tunggu kita dah ready ke lom....

Peluang selalunya datang sekali dalam hidup.  Kalau terlepas, nak tunggu dia datang balik mungkin makan masa yang lama... atau zalim lagi dia tak akan datang terus untuk diulang-ulang dah.

Jadik buat bebudak yang nak peksa tuh.. belajarlah dengan sehabis bersungguh2. Cabaran masa depan tu tak pernah terduga dek fikiran, bersiap2 lah dengan aset di tangan.  Jangan je bila dah nak cari kerja nanti kita usung Sijil yang tak laku, yang penuh dengan simbol spanar hidup tuh. Sijil peperiksaan yang cemerlang kat tangan tu mungkin sekarang ni tak de harga , tapi bila korang dah besau panjang nanti.. akan jadi saham berguna untuk ubah nasib diri kita.  Kalau pun tak membolehkan kita menjadi kaya raya, ........at least dapat ubah kita untuk menjadi manusia yang tahu bersyukur (yang tu lebih bermakna!!!)....

Ilmu yang berguna tak akan basi, kalaupun tak dapat diguna untuk menggali harta kat dunia... dia boleh jadi manfaat yang berpanjangan di alam yang satu lagi kat sana tuh.

Buat mak bapak pulak (dan kepada aku sendirik gak nih)..., belajar2 lah & amalkan dari apa yang positif dari amalan mak bapak kita time kita kecik2 dulu yang memungkinkan kita jadik manusia macam 'sekarang' nih. Yang baik diperpanjangkan amalannya..., tu kira amal jariah dari ilmu bermanfaat yang diamalkan diaorang yang jadik saham buat mereka di sana nanti tuh. Besarrrr pahalanya.

Kata Hukama, Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan – (Hamka)

(...apa benda ni yang aku tulis ni?? melalut semacam jek...hahaha. tu lah bahana tak mengupdate blog!!)


Monday, September 20, 2010

Home-made Tempe

Pernah makan tempe kan?? 

   Teringat lagi makan tempe cecah kicap berlada masa study dolu-dolu kat cafe masa kat Serdang.  Tah apa benda tah dia uboh dalam tuh, punya la sedap sampai teringat-teringat sampai ke hari nih.. Hehe.  Tapi mungkin sebelum tu makan tempe bila dah jadi lauk je, time tu tak pernah jumpa orang serve kat kedai tempe goreng tambah pulak ngan sambal kicapnya... ala-ala goreng pisang.

   Selalu nak cari tempe pegi kedai.  Kadang2 tu time nak beli tak de, sampai terpaksa menyanggupkan diri pergi mencari kat 5-6 pasar semata-mata nak beli. Tak beli karang tak la cukup ramuan pulak, terutama kes-kes bila orang rumah nak masak lodeh.  Takde tempe dalam lodeh tu, rasa macam tak lengkap kan?!!... Tulah hebatnya penangan tempe nih..

   Dah sedap makan, nak gak tau macamana nak membuat tempe ni.  Untung la kenal si Marwan tu.  Anak tokey tempe la ghupanya dia.  Gali punya gali, korek punya korek rahsia industri tempe dia maka dapat gak la akhirnya 3 resepi tempe dari dia.  Resepi pertama yang dia bagi aku try-try buat tak menjadik, resepi ke-2 dia tak sempat nak buat sebab frust trial pertama buat tempe tak menjadik,... lama la simpan resepi ke-2 dia tu sampai terhilang dah resepi tu.  Finally mintak lagi kat dia resepi, maka tercipta la resepi ke-3 yang  berbeza sikit-sikit la dari resepi pertama & ke-2 dia tuh.

   So sebab cuti raya hari tuh panjang gak..., dah takde kerja tu aku pun try la membuat tempe tuh.  Nih aku kongsi sikit resepi untuk buat tempe tu ye.  (boleh kan Marwan??!! berkat banyak pahala tu ko dapat sebab kongsikan ilmu yang baik gini..., sampai la kepada sifu tokey tempe tu diperpanjangkan keberkatannya). 

Ringkasnya gini :
1.  Sediakan ragi@yis, sama ada beli kat kedai atau buat sendiri dari tempe yang beli kat kedai.
2.  Cuci kacang soya & rebus sampai mendidih. Biar rendam dalam air didihan tu 2 malam.
3.  Toskan air & buang kulit.
4.  Rebus sampai didih kali ke-2.
5.  Sejukkan then tabur & gaulkan ragi rata-rata. Biar kejap barulah packing.
6.  Selimutkan 1 malam, biar terbuka 1 malam.
Taraaaaa..... siap dah.

Senang je kan nak membuatnya..??!! antara rajin dan malas jek.

Tapi sebab aku bukan la pro bab-bab nak membuat tempe nih.  Tah apa ke slack nya tempe yang aku buat tu menjadik separuh jek bila masuk hari ke-3.  Aku tanya gak la kat Marwan pesal apa lain macam je tempe aku tuh, lerrr dia pun blur blur....hehe.  Tapi bila perhatikan bahagian yang menjadik adalah kat area yang aku stapler kan plastik packing dia.  Bahagian kat bawah plastik takde yeast yang tumbuh.  Confuse gak yeast nih proses aerobic ke anaerobic.

Misteri Nusantara tempe paranormal
Since aku buat cuma 500g & dapat7 plastik tempe.  So aku cucuk buat lubang2 kecik kat 4 plastik.  Yang baki lagi 3 tu aku biar je la, nak bandingkan nanti.  Wahhh... alhamdulillah. Esoknya, yang aku buat lubang tu subur segar bugar yeast dia tumbuh memutih kat seluruh bahagian kacang soya tu.  Yg tak buat lubang tu, still sama tak berubah.

Tempe separanormal yang akhirnya berjaya gak
bertukar menjadi tempe normal ...
Huyaeeee menjadik... menjadikkkk.

  Nanti2 la mana tau nak dekat2 pencen nanti aku nak buat industri tempe tahap 'mega' lak.  Mesti tarik muka masam si Marwan time tuh sebab aku potong trip dia.  Hehehe.... time tu agaknya kalo aku mintak lagi resepi nak membuat tempe tu dari dia..., maunya dia bagi 10 resepi yang totally berbeza antara satu sama lain. Maka untuk mengelakkan aku lupa lagi resepi tempe tuh terus aku upload kat blog nih..., karang dah dekat pencen aku baca balik la mende nih..

  Pastu petang tadi buat pertama kalinya aku makan tempe home made aku sendirik.... Waaaah!!! memang sedap lah (bukan nak puji diri sendiri aarrr), even cuma goreng kunyit bodo bodo jek.  Kalah dah kesedapan tempe cecah sambal kicap yang aku makan dolu doluuu tu.  Wakaka..


Tuesday, September 7, 2010

Refleksi Ramadhan 2010


Subhanallah... memang cepat masa berlalu.

Tup tap tup tap... tiba-tiba dah nak sampai penghujung Ramadhan. Puasa tahun ni bibir tak sempat pecah2 sebab kurang air, perut tak sempat memulas2 tahan lapar dan sendi pun tak sempat lesu tahan letih bekerja. Masa terlalu cepat beredar ke, atau aku dah terlalu berumur untuk sempat merasa cabaran berpuasa macam tu??!!. Tenangnya suasana Ramadhan nih. Betul memang indah agaknya kalau Ramadhan tu berpanjangan, tak perlu menghadap Syawal dan kembali kepada fitrah.  Saat yang memangnya makin getir & paling fragile dalam melawan nafsu. Tapi iyelah...,semua yang dah diaturkan olehNya pastinya memang penuh hikmah sama ada yang tersirat maupun yang tersurat. Syaaban pergi, Ramadhan datang.., Ramadhan pergi Syawal pulak mai

Syukur anak2 diberi kekuatan untuk berpuasa sepanjang bulan kecuali dua orang yang kecik tu lah.  Biasa la tu, kan diapers pun belum lepas lagi..., yang Che Uteh pun belum lagi sekolah tadika.  Diaorang bangun sahur kekadang je liat, tapi kebanyakkan hari memang ok.  Long Mimi, Ngah Iki & Che Uda memang dah tak ada kerenah bangun sahur atau merungut lapar walaupun seharian pagi petang kena pergi sekolah kebangsaan & sekolah agama. Meragam sikit2 tu biasalah, terutama time dikejutkan bangun pagi2 buta tu. Balik sekolah, tahun ni tak de mengamuk2 nak berbuka sebab tak tahan lapar.,,, even lasak bergurau macam hari2 biasa.  Kalau diajak bertarawikh pun alhamdulillah senang je, kecuali bila diaorang dah tertidur keletihan lah, terutama sementara tunggu nak solat..aku biarkan, tak apa la tuh, bebudak tengah belajar. Belum baligh lagi pun.
Aku dulu, zaman baya-baya diaorang.., perkara paling malas la nak dikejutkan bersahur.  Sejuk (masa tu sejuknya menggigit sampai ke tulang hitam rasanya)... mengantuk.  Memang tersangat la sedap lagi tidur dari nikmat makan.  Kalau gemulah mak kejutkan bangun, maunya banyak hentian R&R aku ambik untuk sampai ke meja makan.  Berkelih badan sikit & sambung tido, goyang2kan kaki & sambung tido, jalan sikit, sambung tido,.. jalan sikit sambung tido. Rasa jauhhhh nya perjalanan dari tempat tido ke meja makan..., haha. Sambil suap nasi pun pernah tersengguk2. Ada masa sumbat je makanan dalam mulut masa tengah mamai2. Lauk sedap mana pun memang selera tak berjaya digoda. Seksa betul sahur rasanya time tu. Tapi tak sahur karang, kebuluran la pulak siangnya.

Syukurlah yang teramat.. ada isteri yang baik tak merungut sediakan makanan, petang balik kerja terus masak. Malam pulak masa sahur, bangun awal panaskan lauk2.  Aku lak bangun kejutkan anak2 untuk makan bila semua dah terhidang. Aku tau dia memang letih, siang kerja... then balik keje nak menguruskan pasal keluarga. Bangun cepat, tido lambat. Memang ee'k, kalau tengok perempuan ni nampak begitu lemah je fizikal, tapi kalau kena gantikan tempat dia nak menguruskan semua tu..., aku pasti aku sendiri tak terlarat untuk buat bebenda tu. Terus terang aku surrender ooo awal-awal. Besar pengorbanan dia tu, moga mendapat keredhaan Allah.

Ringkasnya Ramadhan tahun ni, walaupun tak sebaik mana...pada aku kiranya baik sikitlah dari tahun lepas.  Nak lawan karenah runtunan nafsu, nak lawan perasaan malas, nak lawan desakan itu, desakan ini... semuanya lebih mudah. Lebih tenang.

Bersyukurnya.  Cuma nilaian dariNya tu... wallahualam lah. Tak de siapa yang tahu. Pada aku kalaupun ia tak diterima sebagai salah satu dari kelebihan amalan, aku mohon agar ia diterima sebagai salah satu kewajipan yang telah berjaya aku laksanakan atas amanah yang diletakkan kat atas pundak & batu gemala aku.

Aku doakan agar hari2 terakhir Ramadhan ni dapat aku manfaatkan sebaik2nya dan di penghujung Ramadhan ni aku doa semoga Allah masih bagi peluang kepada aku untuk nikmati Ramadhan tahun depan,...
...dengan kesihatan yang baik
...dengan kudrat & kekuatan yang masih segar
...dengan iman yang masih melekap
...dengan akal yang masih waras
...dengan hati yang makin tenang

...dan aku akan tetap rindu menunggu roh gemulah abah dan mak untuk menziarah aku pada Ramadhan tahun depan. Moga bekalan dari anak2nya di Ramadhan tahun ni yang dibawa pulang ke Luh Mahfuz, akan hiasi bibir mereka dengan senyuman yang mekar.

..Amin...