Saturday, August 28, 2010

Antara Via-Ferrata & Durian


Hujung minggu lepas pegi Ranau ngan colleagues nak carik derian.  Tak penah2 pulak outing time2 puasa gini.  Tapi sebab dah banyak kali plan tak menjadik jadik, tah tetiba bila bukak cerita nak makan derian hari Rabu sebelum tu, terus je sepakat kata jadik.  Kepala banyak2 nih kalo plan lama2 memang susah la nak menjadik.... dia kena plan time tu, 2-3 ari dah boleh ON.  Kalo tunggu tunggu dan tunggu...., hmmmm toksah mimpi ler nak menjadik.


Kitaorang gi berenam ala2 geng 6Jahanam....  Aku, Gaman, Azmin, Asraf, Rashdan dan sorang member Gaman (tak hengat la sapa nama dia).  Kitaorang pegi 2 kete.  Nak pegi 1 kete pun boleh tapi karang nak sumbat derian tu tak muat la pulak.  Plan pagi tu kira smooth gak la.  Janji kul 8.00am, kira kul 8.30am dah terjenguk semua btg idung kat port yang janji nak jumpa.

Berdezup terus gi Kundasang. Tak speed up pun.  Drive rilex2 je, lagipun tak banyak kenderaan.  Takde singah2 breakfast ke hapa ke..., ni bulan puasa beb.  Sepanjang perjalanan mendung je.., so Gunung Kinabalu pagi tuh masih bermalas-malas lagi dok berselimut ngan awan putih.

Sampai kat Kinabalu National Park, kitaorang stop kejap situ. Parking kat bawah, then jalan naik atas.  Bagus gak diaorang dah renovate tempat parking situ...luas gak, so tak yah la kena charge bayo RM3/kepala kalau masuk kat main entrance tuh. 

Saja2 pusing2 situ tetiba terpandang Mountain Torq. Kitaorang pun serbu la situ. Wahhh interesting betul lah. Best tu nak terai2 meremves kan adrenaline.  Rupanya Via Ferrata tuh solely under Mountain Torq, bukan Sutera Harbour mcm naik gunung Kinabalu tuh.  Banyak gak package yang diaorang offer 1 nights lah, 2 nights lah..3 nights lah.  Dan logiknya makin lama dok memalamkan diri kat situ makin mahal la kena bayo.  Aku lebih berminat yang package 2 nights tuh.  Tapi kat office situ, diaorang tak bagitau price package tuh.., tergagap2 semacam je staff dia nak bagitau info pasal harga.  Apa2 hal kena refer kat main office diaorang kat KK untuk urusan booking or package price.  Tapi ada la diaorang estimate2 price dalam RM 1K lebih sikit, tapi ikut jenis track lah sama ada Low's Peak Circuit (3776m), LPC ataupun Walk the Torq (3520m) WTT.

Meh aku citer sikit pasal Via Ferrata nih dari apa yang guide situ bagitau & dari pamplet yang aku kutip kat office Mountain Torq tuh.  Sebenonya dari masa 3rd climbs Gunung Kinabalu aku lagi aku dah terkenen2 pasal Via Ferrata nih, tapi time tu diaorang charge per hour.  Makusdnya makin lembab korang mendaki or memanjat maka makin kempis la poket. Plus lebih menakutkan lagi time tu even dah ada permit utk bergayut kat batu2 tuh tapi lom ada insurance coverage lagi. Oooo jangan wat pasalll kalo nak berferrata time tuh.
Via Ferrata kat Kinabalu ni sebenonya merupakan Via Ferrata tertinggi kat dunia & 1st kat Asia. So terus la dia tempah nama kat Guiness World Records merangkap Asia records.  Kalo nak buat Via Ferrata nih kena stay kat Pendant Hut, lodging paling baru constructed kat area Laban Rata.  Track ferrata tu sama gak untuk mendaki Gunung Kinabalu, maksudnya orang yang nak buat Via Ferrata nih dicadangkan gi naik ke puncak dulu (karang kempunan la pulak tak pijak puncak tertinggi Asia Tenggara tu).  Time turun tu baru ikut trek lain sama ada nak ikut LPC atau WTT.  Ringkasnya kalau nak buat WTT, minimum umur adalah 10 tahun & tinggi tak leh kurang 1.3m (maunya anak2 mat salleh je yang lepas level nih kan..yang kemetot2 anak2 asian ni ramai gak la tak lepas syarat). Kalau LPC pulak paling kurang pun 16 tahun baru boleh buat.

Ada grading2 lak tu. Kalau LPC tu French Grading AD. Kalau WTT pulak French Grading F.  Wahhh grading2 gitu, pedahal bukannya aku paham sangat pon... hahaha. Cuma aku tertarik gak la bila guide yang kat office Mountain Torq tu bagitau, masa yang diambil untuk ikut trek WTT tu 45mins ke1 jam lebih sikit. Tu untuk yang tak challenging sangat la.  LPC tu pulak mau makan 5 jam lebih.  Wuiyoooo (aku berkenan yang LPC tuh) kalau 5 jam kan???!!. .Teringat lagi time nak turun dari puncak masa mendaki dulu dulu.  Naik pepagi buta kul 2am tu memang la dah seksa. Turun tu nak sampai checkpoint Sayat-Sayat lagilah seksa. Memang kaki akan terketar2 tak henti bukan boleh nak control2.  Bukan sebab gayat, tapi mungkin sebab terlalu banyak sangat acid lactic dok bergathering kat sendi.  Apa taknya, bukan senang nak membrek time turun tu.., mau terhumban ke depan kalo emergency brek.  Kalo dah dok rilex pun ketar2 tu susah nak hilang. Dalam terketar2 tu terus sambung Via Ferrata yang makan masa 5 jam.... perghhh challenging sungguh tu.. tapi tentunya best.  Tapi lebih cantik kalau dapat nikmati gerun Via Ferrata tuh dalam keadaan santai x sakit eek?!!!. Kena fit yang terfit betul2 tuuu.

Dah laaa. malas la nak cerita.  Karang aku tak nyenyak tido lak dok memikir bila la nak berferrata-ferrata nih. Dalam 6 orang kami yang pegi situ, 3 orang mcm surrender awal2 dah bila tengok gambar2 situ yang menggayatkan... haha. Tapi kitaorang planning nak naik gunung je la mungkin next year ikut track Mesilau. Nanti aku cerita lebih detail lepas berpeluang wat Via Ferrata ni yek, kalo ada rezeki lah. 

So kitaorang snap2 la gambo sikit2 kat situ then sambung balik perjalanan ke Ranau nak carik derian.

Posing sambil menyedut masuk aura Via Ferrata
Guide ; " Bah sini kamurang nanti sampai mula2 terjun
bungee jumping, sambung terus buat paragliding..."
On the way ke Ranau tak banyak gerai tepi jalan yg jual derian.  Ada la 1 tempat je kalo tak silap.  Sampai ke Ranau kitaorang terus aim ke pasar Ranau. Jumpa Patrick, memang dah janji nak jumpa awal2. Selalu kalau kami turun Kundasang, Patrick mmg selalu join sebab dia mmg keje kat situ gak.  Tapi hampehh je paso tuh.  Cuma ada 2 lot je yg jual derian, tu pun mcm dah reject2 punya buah, sikit lak tu.  Tokey tu pun mcm nak tarik harga. Hamboihhh layan tak layann je kitaorang yek, so kitaorang pun malas nak layan.  Terus kitaorang start kete tuju arah ke Kg Luanti.  Jauh gak & tepi2 jalan even ada gerai buah2, banyak yang dibiar kosong tak beroperasi (diaorang sibuk pegi church kot??).  Last2 ada la satu tempat tu yang jual derian, sblum tiba kat Kg Luanti yang femes tempat massage ikan "Tagal Sg Moroli" tuh. Banyak gak la pilihan.. so kitaorang borong kat situ je la.  Sedap2 memborong, tetiba je ujan punya la lebat. Sejuk terus dunia.  Harga durian sini kira ok gak la kalo ikut rate Sabah ni.., paling murah RM3/kg, yg mahal sket RM8/kg. Ada gak yang belas2 henggit/kg.  Toksah banding ngan rega semenanjung la aaaa. Memang jauhhhhhh sgt bezanya.  Apa nak buat, dah takde choice bah.


Korang tau, perghhh penuh giler belakang dua2 kete tu ngan derian je.  Macam dah rupa lori 10 tan dah kete aku. Aku tak terimagine sampai gitu sekali kitaorang memborong.  Mau2 paling kurang sorang spend RM150.  Haha, semua macam nak pelepas gian (selera orang tengah lapar la tuh). Satu keje nak ngabiskan tuh.
So, sebab puasa takde la kitaorang rayau2 tempat lain dah.  On the way tu ada la singgah 1 tempat lagi sambung borong beli derian dan terus balik. Balik tu no aircond2 aaa.., fresh air jek.  Boleh pengsan bau derian jek nanti kalo pasang aircond. Tercabar sungguh time tu idung melawan aromatherapy. Makruhhhh.

Derian sini tak sedap mana sangat la.., nama je D24 la, derian Tembaga lah..., kualiti memang jauhhh berbanding spesis yang sama kat smenanjung.  Kira boleh la layan untuk lidah & tekak amatur tu.  Ok la tu tak sama kan..., karang kalo sama karang..tu pun kena komen gak.  Apa nak buat..., gitu lah lumrah manusia di muka bomi ni....hehe.
Borong jangan tak borong bangg...

Wednesday, August 25, 2010

Bestnya Berangan....


Tukar geran hakmilik
on 24th August 2010.. hehe
Agaknya mesti best kalau banyak sangat dah duit.  Bila dah tak tau nak beli apa dah, gedebukkk!!! selepuk duit beli cash sebuah kapal layar.  Takde la nak pening2 bayo instalment bulan2.

Berlabuh kat fiord yang cantik & dalam kat New Foundland......  Parking kat celah2 pulau2 kecik yang warna airnya biru kehijauan dekat kepulauan Indonesia timur yang jarang dijejak orang....,  pindah sana pindah  sini sesuka ati labuhkan sauh. 

Petang2 time matahari nak terbenam atau awal subuh time matahari nak terbit, dok lepak kat deck menikmati cantiknya panorama alam, sambil minum teh-O panas kurang gula. ..,dengar tempuhan angin kat layar..suasana yang sunyi sepi tanpa bunyi unggas waima seekor cengkerik

Tengah2 malam turunkan sauh kat tengah2 lautan sambil tengok kerlip jutaan bintang kat langit luas. .., sambil sedut udara segar. Tentu nikmat lepas sekian lamaaa dah tak baring mengadap langit mengira bintang. Bestnya bermeditasi waktu2 gitu.

Kalo boring dok dalam kapal,..... terjun berkubang berendam dalam laut.  Diving, snorkeling sepuas ati sesuka ati. .... tak pun, berjemur garingkan kulit. Mesti best sangat kalo dapat buat aksi ala-ala titanic yang dok mendepang tangan & pejam mata rapat2 kat buritan kapal.  Speed laju2, tengok ikan lumba2 melompat menjunam dalam air sebelah kiri dan kanan yatch.  Rasa percikan ombak dan haba angin masin yang melekit.

Try teka...., mana satu yatch aku nih??!!!,
Tentu best kalau dapat dok sorang2 tengah laut lepas yang tenang.  Sorang diri.  Tafakur mendekatkan diri. Mengingat cerita suka duka, kisah lampau masa kecik2. Kala pernah memiliki sesuatu dan kala air mata tak kering2 tangisi hilangannya hingga kini...
Memikirkan betapa cepatnya masa mendesit.., dari tergagap2 belajar bercakap hingga uban mula penuh tumbuh mencanak2 menunjukkan protes warnanya yang kontras.

Candle lite lagi...perghhh!!!



Mesti romantik gak kalo dapat dok berkepit ngan bini berdua jek kalau time2 gini kan!!. Tanpa gangguan sesiapa pun kat alam semester ni.  Yerr..., hanya berdua saje. Mengimbau zaman mula kenal, zaman menjadi raja... Honeymoon sentiasa, sepanjang masa.., sepanjang usia. Manisnya.
 Pasti seronok dapat bersama anak2. Dengan anak-anak saja...., untuk lempar tangsi kail dan merasa lendut joran  disembat ikan. Lantak biar anak2 jerit terpekik keseronokan.  Laung la sepuas ati tengah2 laut tu. Takde sapa nak sibuk2 berdehem bagi signal suruh turunkan volume.

..atau kalau berpeluang sama kawan yang paling karib kat atas kapal layar ni, tentunya abis la semua cerita keluar tak bertapis,....tak de dah rahsia. ....Atau sesama gerombolan kengkawan yang satu kepala.., wahhh tentu pecah berderai ketawa memecah luas laut. 
Tapi ingat arrr..!!!, kalau tercalar jek kapal layar aku tuh, abis la berderai kepala sorang-sorang aku kerjakan nanti arrr .

Wahkakaka..., konon kononnnn  pedehal  lom pun apa2 dah perasannnn.
Errr...!!Wat masa ni, replika yg orang bagi ni pun dah kira ok gak la
 untuk terus layannnn berimaginasi.

Bila laaa agaknya....  hehehe


Wednesday, August 11, 2010

Ayat Pendinding & Penggerak



DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGGERAK)

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut.

Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini :
Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Tuesday, August 10, 2010

Mt. Trusmadi : The best spot to touch the clouds [4]


Huyaeeee.... Mt Trusmadi.., here we come!!!

24th July 2010

...cont.[3]

Kitaorang tak lama kat puncak tu. Dalam 15 minit gitu lah. Tempuhan awan jelas jadikan kawasan puncak tu begitu putih dan penuh dengan titisan halus air terutama bila terkena angin kuat yang makin kencang. Bila kena kat badan terus terasa basah.

Helli jalan dulu. Aku tau, dalam kepala dia pun dah berkira2 mau cepat turun untuk elakkan sampai terlalu lambat di Starting Climbing Point (SCP). Sebelum bergerak tadi sempat dia sms Richard untuk tunggu di SCP kalau dapat masuk.., kalau tak pun kena tunggu di Sungai tempat tanah runtuh tu. Nasib kat puncak tu ada sikit signal. Dua2 batteri hp aku dah kong. Marwan punya ok lagi kot. Betul kata Helli masa kat Cabin tadi yang batteri hp cepat abis kalau cuaca sejuk. Tapi ok la sebab Helli dapat contact Richard, takut nanti kitaorang dah sampai bawah tak de pulak dia menunggu.

Badan makin lembab & terasa sejuk. Aku sarung raincoat dan aku cadangkan Marwan buat benda yang sama. Memang baju sudah lembab, tapi raincoat dapat perangkap banyak haba supaya badan tidak terus menggigil.

Jalan balik aku dah tak hirau sangat pasal kotor di kasut atau baju. Sekarang memang masa untuk meredah. Lagipun dah timbul perasaan terkejar2 masa. Dalam kepala aku cuma nak pastikan kawasan bertali, bercerun curam, trek sempit dan cabin dilepasi sebelum gelap. Dalam nak kejar masa, masih sempat jugak aku snap beberapa gambar. Antaranya spesis ulat gonggok kaler oren yang tak pernah aku jumpa selama nih, kat gambar pernah la.

Helli di depan, Marwan di tengah dan aku pada posisi belakang. Risiko lebih tinggi kalau aku biarkan Marwan jalan paling belakang bila masuk maghrib2 gitu. Sekurang2nya aku ada pengalaman meredah hutan dalam gelap sebelum ni. Bagi orang yang belum pernah, tentu mudah sangat jadi panik. Syukurlah.., kitaorang lepasi cabin masa keadaan masih kelam2. Dalam hampir 1km dari cabin, aku dah terpaksa pasang headlights. Sempat pasang batteri di puncak tadi, kalau tak.. naya juga terraba2 memasang dalam keadaan kelam2 begitu. Marwan & Helli dah hidupkan torchlight masing2 jugak. Bila masing2 dah pasang lampu, mudah untuk mengagak kedudukan antara satu sama lain. Marwan pun tak perlu terpanggil2 lagi, sebab boleh nampak lampu dari aku & Helli.

Bergerak dalam gelap, lembab, licin & sempit memang sukar. Makin melambatkan. Makin lama makin susah mencari trek dan mengagak mana tempat nak pijak. Mata perlu sentiasa ke bawah dan waspada. Time ni kalau dengar berdebup berdebap tu dah kira suatu yang biasa. Yang aku risau masa tu bila dengar berdebup berdebap diiringi bunyi menjerit... tapi nasib la takde. Memang sukar nak bantu orang atau orang nak bantu kita dalam keadaan gitu. Kat sini lutut aku dah mula terasa sakit, biasa la sakit lama kalau berjam2 jalan turun naik gunung nih. Mencucuk2 kat sendi lutut, bahagian lain ok jek. Penat tak terasa, cuma rasa tak selesa mencucuk2 tu yang buat aku terpaksa perlahankan sikit speed..., tapi maintain bergerak. Beberapa tempat Helli & Marwan berhenti untuk berkumpul & tunggu aku termasuklah di Taman Sulaiman. Kasut masa tu memang dah basah gile, aku rasa abis kembang dah jari2 kaki. Hujung kuku pun terasa agak sakit sebab tersepit dengan hujung kasut menahan hentakan bila bergerak menurun.

*Target climax Pertama dalam kepala... [SCP]
Harap2 Richard dah tunggu situ. 50-50.

Berjalan dalam gelap, Maghrib, merangkak ke Isyak sebenarnya menggerunkan. Aku lebih senang meredah hutan jam 12am ke atas dari melewati waktu senja. Menggapai benda entah hapa2 dalam gelap untuk elak dari terjatuh, terdengar bunyi desiran, ternampak bagai kelibat sesuatu..., tu semua adalah mainan biasa kalau dalam gelap2 gitu. Pandai2 la hati tenangkan perasaan sendiri, kuatkan semangat. Semua mesti kuat, fizikal & psikologi. Untungnya tidak ada luka2 besar aku alami sepanjang perjalanan menghala ke SCP. Calar2 halus tu perkara haruslah.
Sebagaimana yang Helli congakkan. pukul 9.15pm begitu kami sampai di SCP. Memang patah semangat bila tengok tiada kenderaan Richard menunggu kat situ. Arghhh... bukan juga climax ending rupanya sini. Tak ada pilihan lain, teruskan berjalan. SCP merupakan cerun paling curam untuk jalan rata kalau perjalanan dari Gate, jadi kami mulakan perjalanan tu dengan menuruni jalan yang berkecuraman approx 20degree. Seksanya menuruni jalan begitu tuhan saja yang tahu. Dengan kasut basah, berat. Nak ganti pakai sandal pun tak larat sebab kalau fikir bila bukak kasut ganti sandal kena pikul kasut pula kat dalam beg. Jadi kitaorang teruskan je berjalan. Kalau datang mendaki makan masa 2 jam.., maka pulang menurun bukit jugak makan masa yang lebih kurang sama.

*Target Climax Ke-2 dalam kepala... [Sungai]
(tempat kami mulakan berjalan siang tadi).

Lalui jalan gravel ni sebenarnya lagi menyiksakan. Trek keras. Terus terang di sini memang penuh dengan perang psikologi. Mulut harus sentiasa memujuk hati, hati harus sentiasa belajar menerima logik akal.

Sepanjang jalan takde penunjuk jarak macam kat trek mendaki, jadi memang susah nak mengagak dah dekat or masih jauh. Aim dalam kepala adalah sungai. Ada lalu banyak tempat dengar bunyi sungai, jalan punya jalan tak jumpa juga sungai tu. Time gini kejap kejap motivasi akan ok, kejap tu down gila gila punya. Ada masa perlu layan otak untuk enjoy kesakitan supaya rasa sakit tu jadi satu yang lali (tak sangka benda ni berkesan untuk aku).

Boleh imagine tak kalau sampai terpaksa melangkah paling kecik? kalau terpaksa jalan mengundur? kalau terpaksa jalan sambil mata mamai ala-ala 'drunken master'??. Memang siksa betul. Nak cerita pun tak pandai dah.. hehe.

Sampai2 kat Sungai dah pukul 11.30pm. Kelibat Richard tak nampak langsung... Perghhh!! kalau orang yang mudah putus asa, mau mengalir air mata keluar time tu gak. Tapi dalam begitu, sungai tu nampak begitu cantik pada waktu malam.. 2 cabang sungai yang bertemu jadi satu. Bunyi derau.., putih buihnya. Waaa bestnya kalau dpt berkubang situ.

Aku nak terbongkang dah, dalam ati cakap bestnya kalo dapat tido je kat situ. Bumi kat situ la tempat paling selesa kat dunia utk lelapkan mata, jalan gravel tu walaupun keras memang empuk sangat la rasanya time tu ... haha. Tapi Helli nasihatkan kitaorang teruskan ke Gate lah, nak tido tetengah utan nih watnya terjenggul binatang2 liar ke, ujan ke.. kan ke susah. Marwan pun angguk je.., so aku pun mengiakan lah. Kenapa agaknya tak terfikir langsung nak sapu 'yoko yoko' kat kaki masa tu, tak tau la den. Yang kitaorang buat masa tu adalah tukar boot dengan sandal.. Tak larat dah nak kepit2 kaki dalam boot, terasa kuku mencengkan hujung jari kaki. Masa nak ganti boot tu lah baru terjumpa dengan pacat. Melekat baguih je kat boot aku, agaknya dia pun tak selera nak sedut darah aku dah. Maka mitos terhadap wujudnya pacat kat Trusmadi, boleh la dibuktikan benar memalam buta tuh.

Target Climax ke-3.... [Gate]
So lepas break few minutes, kitaorang teruskan perjalanan yang dianggarkan 5 km (ni ikut Helli punya ukuran la nih). Sambung la kesakitan kat kaki tu. Jalan ni menurut Helli dan seingat aku tak de simpang2 akan terus sampai ke Gate. Ada simpang cuma bila dah dekat sangat dengan Gate je tempat kitaorang ambil gambar masa awal2 sampai siangnya. Dan biasalah, kalau 5Km kata Helli, maksudnya 50 Km lah benda sebenarnya.... haha. Kami sampai la jugak kat Gate tu dekat2 pukul 2.30am.
Aaaa lama kan?? kan? kan??. Kalo kira-kira balik kami tak tido 23jam & berjalan tanpa henti selama 18 jam. Perghhh!!!!, ni lah rekod peribadi yang tak pernah terfikir untuk aku pecahkan. .....Time ni mesti si Richard tu tengah nyenyak2 tido kat rumah dia.... Eiii ko kan Richarddddd...!!!
..... .. (Nak huyaeeeee pun tak larattttt !!!)

Berjalan dalam keadaan terlalu letih...,
....... teramat mengantuk,
....... hilang keyakinan..
dan penuh sakit ...

marah..., putus harap
halusinasi..
..... dan semua

... yang bila kau menjerit,
kuat mana kau memaki hamun sehabis bahasa kasar,
...menangis ,
...sumpah seranah
tak beroleh faedah walau satu hun pun.

saat semua yang dilindung tak lagi terbendung
lebih manfaat adalah kau melangkah terus, ....jangan berhenti..
semudah itu sebenarnya.., untuk survive

.............., buat aku terfikir untuk apa lah aku susah2 membayar sejumlah wang untuk menempah kesakitan macam nih kan. Tapi tu lah sebenarnya benda yang paling indah bila bertandang ke dunia asing sebegini. Ko tak boleh bermanja2 untuk raih simpati sesiapa. Tak boleh merengek minta perhatian dan ikhsan.

Inilah tersurat cantiknya tentang Trusmadi. Keindahan alam yang diselitkan dengan keindahan pekerti. Ko menghargainya dalam pada merendah diri serendah-rendahnya..., pada ketika ko berjaya memegang setinggi-tinggi awannya.


Terima kaseyy la kat ko Helli .
& Kat Marwan terutamanya....jangan ko serik ikut lagi yek..hahaha.
Serta buatNya

... pengalaman pahit, manis, masam & masin ni semua akan terus bersemadi dalam diari Trusmadi aku.Tengkiu tengkiu... Best, korang memang bebetul besttt.
Terus aku terbongkang tido tak hengat dunia pepagi buta tuh. Tak kira dah, walau dengkur aku masa tu kuatnya melangkaui banjaran Crocker.
Zzzzzz..Krohhh krohh. zzz krohhhh...



.

Mt. Trusmadi : The best spot to touch the clouds [3]






Tempat berpijak untuk
memudahkan pendakian
Huyaeeee.... Mt Trusmadi.., here we come!!!


24th July 2010

...cont.[2]

Lepas break few minutes kat Starting Climbing Point (SCP). Kami mulakan pendakian secara rasminya. Helli jalan dahulu. Kitaorang sengaja lambat sikit sebab nak baca doa pendinding dulu. Nak masuk utan ni bahaya gak nak terjah2 gitu je ooo.


7-8 langkah memulakan...

Wwwaahhhhh...!! Terus mata terpukau. Kontrasnya permandangan dunia Trusmadi ni dari kecantikan yang aku bayangkan dan aku dengar sebelum ni. Cantik yang tak tergambarkan. Setiap dahan tumbang yang mati penuh diselaputi lumut hijau muda bak permaidani. Hingga trek mendaki dicelah-celah tu juga ditumbuhi lumut. Tak putus2 mulut memuji indahnya alam semulajadi yang bagai masih belum disentuh ni. Jalan sikit berhenti, jalan sikit berhenti.... bukan sebab penat tapi sebab terlalu terpesona. Tu baru starting jer, belum lagi sampai kat atas. Selalu aku diam puji dalam hati je dalam nikmati bebenda cantik macam ni, tapi entah kali ni kagum tu jadikan pujian tu selalu keluar sebagai suara dari mulut. Tanahnya pulak lembut & anjal. Bukan macam trek jogging yang bertar. Mungkin terlalu tebal lapisan lumut dan reja-reja pokok yang mati. Macam tilam dah, so kalau kaki terhentak2 tak la sakit...macam ada spring.
Tips : Lain kali pakai kasut Adidas Kampung je,
even tak glamer tapi bagusss bah 
Pendakian mudah berbanding trek di Gunung Kinabalu yang penuh dengan tangga2 buatan. Di Trusmadi, hampir 70% perjalanan sampai ke puncak adalah denai. Dan arah tujuan memang jelas. Cuma ada satu trek yang perlu dituruti, tidak bercabang2. Kalau ada cabang pun tetap akan jumpa trek ke arah yang sama juga. Sama seperti Kinabalu, terdapat penanda jarak pada setiap 100m perjalanan di trek Trusmadi. Jadi senang la kita nak agak berapa jauh lagi perlu mendaki sebelum sampai ke puncak. Bagusnya dia bermula pada bacaan 4900m dan berkurangan hingga lah ke 100m terakhir sbelum sampai ke puncak. Bagus teknik tu dari segi psikologi, hehe. Sebab akan rasa makin lama makin dekat makin dekat.., tup tup dah sampai.
So target 3 climax dalam kepala, 1st sampai ke Kebun Bunga, 2nd sampai Cabin dan selepastu 3rd ke puncak.


Sengaja aku biarkan Marwan berada di tengah2. Helli di depan sekali. Ikutkan lokasi di belakang ni sebenarnya paling berisiko. Kalau pacat nak target, orang paling belakang la yang paling banyak koleksi nya. Errr tang binatang2 or makhluk2 lain tu aku tak nak la komen lebih2 yek...hehe. Rasanya targetnya juga sama la tuh. Nauzubillahhh. Tapi bestnya lokasi paling belakang ni, aku boleh spend masa sebanyak mungkin utk nikmati keindahan Trusmadi sepuas hati,... nak stop aku stop, nak belek aku belek. Tak risau jugak sebab si Marwan jenis suka memanggil manggil dalam hutan. Kejap panggil nama aku, kejap panggil nama Helli. Errr... ko kan Marwan, kalau pegi naik gunung Kinabalu ko buat menda yang sama gitu maunya guide tu tarik telinga ko. Pada diaorang, kalau ko jerit maksudnya ada benda2 emergency la tu. Ada masa gak aku tegur dia toksah la panggil2 gitu sangat. Satu lagi, masuk utan ni banyak pantang2 nya yang aku dengo....tak boleh pacak parang lah, kencing sepah2 la, tak boleh itu lah ini lah..dan satu lagi tak bleh la memanggil2 gitu, karang ada benda lain yang menyahut pulak. Suara macam sama tapi... eiiiii. Aku suruh dia cool & rilex je, tak la pulak aku bagitau dia apa sebabnya. Dia cepat panic agaknya kalau tengok depan tak nampak orang, toleh belakang tak nampak orang. Ni mesti jenis suka dok tido bawah ketiak mak masa kecik2 nih...hahaha.


Tapi track di Trusmadi ni walaupun pada jarak 4-5 meter dari satu sama lain pun sekejap je kita tak nampak orang depan or orang belakang. Antara sebabnya denai tu lalu celah2 pokok, celah2 akar, bawah dahan tumbang, kejap belok kiri, kejap belok kanan, kejap turun, kejap naik. Tu yang kadang-kadang baru je bual2 dengan orang sebelah tetiba.., ehh lenyap je. Atau rasa jauhhhhh dah ketinggalan kat belakang, tiba2 terpacul je orang tu kat depan. Denai tu pulak muat2 badan je lorongnya. Tu sebenarnya yang best kalau lalu denai sebegini. Selalu aku jumpa yang lebar2. Mudah je tangan sentuh dahan2 pokok, lumut2 yang lembab.... hmmmm mmg best... Time sentuh pokok-pokok tu macam rasa aura pokok tu meresap dalam tangan, perghh.


2000 m dari SCP kitaorang pun sampai la ke satu tempat yang di panggil Taman Sulaiman. Ada apa yek kat Taman Sulaiman tu??? Tah le, kawasan yang agak lapang je, tapi still ada pokok2 & redup. Yang nampak situ cuma ada toilet, ada sumber air untuk minum dan shelter. Tak de lah yang menjurus kepada makna Sulaiman tu. Bila sebut Sulaiman dlm kepala aku teringat kan Nabi Sulaiman je la, antara kelebihan dia boleh berkomunikasi dengan haiwan2 termasuk la semut2. Tapi sini tak de la sangat binatang2 tu. So pepandai la aku buat conclusion sendiri yang nama tu mungkin setakat ikut nama orang yang perkenalkan tempat tu je. Sementara tunggu si Marwan lepaskan hajat kat toilet situ, aku ambil kesempatan snap gambar. Kat hutan Trusmadi ni ada sejenis pokok besar yang lebat berbunga (mungkin memang musim dia tengah berbunga, atau pokok ni jenis yang berbunga tak henti2 sepanjang tahun), bunganya putih dengan kelopak sebesar kuku. Baunya tak wangi. Tak sempat nak tanya Helli apa nama pokok tu pulak. Kalau berdiri ..., (ikut korang la nak baring ke, cangkung ke, kuak lentang ke...hahaha) di bawah pokok ni bunganya akan bertaburan penuh di lantai hutan... macam hamparan bertih yang ditabur depan pengantin masa bersanding. Macam salji. Waduhh.. memang cantik betul... dan selayaknya betul2 cantik.


Antara aim lain aku pegi sini memang nak sangat tengok Nepenthes trusmadiensis, spesis pokok periuk kera kacukan antara N. lowii and N. edwardsiana & merupakan spesis kedua yang terbesar kat kepulauan Borneo nih.
N. lowii tu bentuk dia unik betul, ala-ala bentuk lampu Aladdin bin Maskon Parwiro... hahaha.... Lepas tengok artikel2 & promosi2 pasal Trusmadi, lagi la excited nak nengok live pokok tu. Pada ketinggian di bawah 3000 m dari SCP, tak banyak pokok periuk kera yang besar2. Banyak yang kecik2 & common jumpa kat tanah rendah. Tapi menurut Helli, spesis tu kalau nak tengok ada kat atas lagi selepas melewati ketinggian Cabin. Banyak spesis orkid liar kat sepanjang jalan menghala ke puncak.. aku dok cari2 gak slipper orchid tapi tak jumpa (pedahal bentuk pokok dia pun aku tak kenal sgt, yg cam bentuk bunga dia je)..hehe. Mungkin terlepas pandang kot.,..atau terserempak depan mata tapi tak kenal sebab time tu dia tak berbunga. Ada tempat yang atas kepala kita penuh bergantung dengan periuk kera bentuk lampu aladin tu, sebijik macam tanglung masa Raya Cina..., track lak lalu kat bawah dia.


Perjalanan ke atas makin lama makin sukar... ada tempat yang kita terpaksa dan dipaksa menyusup bawah akar2 kayu. Ada tempat kena membongkok bawah dahan2 mati yang besar. Selalu gak la sangkut2 beg galas kalau lalu tempat2 gini. Nasib je tak berat sangat beban kat belakang kitaorang tu.
Memang dah plan angkut seminimum mungkin barang2 perlu je untuk tujuan pendakian tu.


Jalan punya jalan punya jalan, berenti kejap kejap minum air, tarik napas & makan apa2 yang patut. Tah la tak perasan pulak mana satu yang tempat yang di namakan Taman Bunga. Dah lalu, aku tak perasan la tu agaknya. Patutnya dah nama gitu ada la pokok2 bunga iye tak?!! ni sama je. Takde la pokok2 bunga import or kumpulan tumbuhan renek berbunga yg aku perasan. Tapi banyak kesan kerja penyelidikan di buat di sepanjang jalan ke atas tu., sama ada tagging sample atau berkaitan dengan Entomology.

Ngam2 pukul 3.20pm kitaorang sampai kat Cabin. Marwan sebagaimana biasa tempat fevret yang dia terjah mula2 adalah tandas...hehe. Minum air banyak sangat la tu sepanjang jalan tadik. Kat sini lamaaa baru dia nak keluar tandas. Aku tunggu gak nak candid time dia keluar tandas, tak keluar2 gak... last2 amik gambar pokok2 besar yang megah berdiri di sekeliling Cabin tu, tambah pulak time tu kabus aka awan tengah lalu..., waaaa memang cantik. Cabin tu simple je (jauh dari yang aku imagine sebelum ni), just kerangka besi then ditutup kelilingnya dengan canvas. Kat dalam ada katil double decker yang simple dibuat dari kayu. Tak de la tilam ke, selimut ke. Kira paling basic la tu. Ada pintu. Pintu pun dari canvas. Kena ada penutup tuh supaya secara logiknya bila malam2 sejuk tu dapat la ditutup utk perangkap haba & bau kentut...hehe. Ada gak dapur, dan peralatan memasak paling asas kat situ, tapi diasingkan kat sebelah Cabin tu lah. Kira kalau nak bermalam kat Cabin ni pun nampak macam best. Kena tido gak la sini satu kali next time (kononnya kalau ada next time lah..). Lepak kejap tengok2 keadaan Cabin then lepas Marwan selesai urusan perbankan dia, kitaorang teruskan pendakian. Dah dekat dah tu rasanya, ada la dalam 2km gitu lagi nak ke puncak.


Sebenarnya aku risau gak masa tu, sebab target asal mesti sampai puncak paling lewat at 3.30pm. Kalau lewat maksudnya masa turun nanti tentu melepasi maghrib la tuh jawabnya sebab ikut anggaran mendaki tu kitaorang set 45minit dari cabin nak sampai ke puncak. Nih 3.3opm masih terkial2 kat cabin. Tak pe tak pe.. tu kalau kira2 laju gak la kitaorang daki tu, sebab kalau tolak 2 jam yang extra berjalan dari sungai ke SCP tu, memang lebih cepat dari perkiraan asal.


Pemandangan dalam perjalanan dari Cabin ke puncak perghhhh....!!! Ya rabbi, memang tak terucap dengan kata-kata..., tak setanding dengan apa yang pernah didengar sebelum ini & tak secantik yang kita lihat dari apa yang mampu terrakam dalam camera. Pada aku dari manapun setiap sudut dalam Trusmadi ni memang memukau. Berdirilah pada sudut mana pun, toleh arah mana pun.., memang cantik (berapa banyak dah aku type perkataan cantik ni yek??!!!). Kenyataannya memang begitu. Tambah lagi bila awan merempuh lalu..., mak aiii betul2 macam atas kayangan. Masa ni paling sedap tutup mata rapat2 & hirup sebanyak mana udara segar. Betapa nikmatnya..., rasa macam muda 20 tahun.

Bermula pada 1km terakhir perjalanan akan bertemu banyak 'false peak'. Tak pulak aku terkira berapa false peak yang ada situ. Maksud false peak tuh, ....mmm konon2 gini la..>> "Ehhh dah sampai puncak ke??? ooo lom la pulak sebab lepas sampai kat tempat paling tinggi kena turun semula.. pastu naik lagi mcm tu la puncak sebenar yang kat depan tuh., sama gak bukannn.. ketengi jek, .." wakaka. Maunya kalau tak ada si Helli tu, kitaorang perasan dah sampai la peak tuh. Tapi even tak de Helli pun sebenarnya sapa2 pun tau lom sampai lagi sebab kan ada tanda jarak pada setiap 100m kat sepanjang track tuh.


Bermula kat sini, kitaorang boleh nampak bentuk pokok dah mula berbeza berbanding di SCP. Tak ada lagi pokok besau2. Banyak pokok2 renek & pokok ala ala bonsai. Walaupun kecik tapi pastinya umur pokok tu dah makan banyak tahun tuh. Track di sini lebih mencabar. Ada kawasan yang sengaja direntang dengan tali untuk beri amaran kepada pendaki tentang bahaya cerun curam bersebelahan track. Nak elak jatuh. Ada banyak gak kawasan yang dilengkapi tali untuk bantu menuruni track yang agak curam.
Kat sini kalau gayat.., toksah la ngada2, baik balik tido kat umah la. Takde sapa nak nolong mendokong. Korang sendiri la kena bentuk keyakinan dalam diri sendiri. Ada tempat2 yang bila berjalan kiri dan kanan adalah tebing curam yang sayuuuuup mata memandang. Lebar setakat sehasta je, tempat pijak pulak setakat lapisan lumut tebal..., tapi stabil. Masa kat sini kira pakaian aku masih tak de la kotor mana. Kasut maintain kering. Target nak kotor time turun nanti la. Time tu takyah control2 cantik depan camera dah..hehe.
Perhatikan sudut kecuraman yang hampir 90 degree
Kat sini aku puji lagi si Marwan kali kedua nya. Banyak perkembangan positif yang aku perhatikan. Dulu kemain penakut lagi, nak gayut kat tali pun tak nya mau. Laju, pantas & tangkas dah dia turun naik kawasan yang bertali kekadang tu aku pun tak terkejar dia. Tapi tempat tali kat sini lebih banyak dari kat Kinabalu. Cuma kat Kinabalu tempat tali tu.., erkkk mengecutkan segala usus perut kalau mata gatal2 nengok ke bawah. Sini pun steep jugak..., tapi sebab kat cerun curam tu dipenuhi dengan pokok2 renek... tak la ngeri sangat. Kalau kat kinabalu tu... batu kosong jek..., apa tak seramnya.
Tengah mengembangkan lubang
hidung, akhirnya berjaya sampai  gak
kat puncak
200 meter sebelum sampai ke puncak. Kitaorang jumpa kawasan berpagar. Tak pasti la apa benda tu sebab dalam kepala tak sabar2 dah nak sampai point tertinggi Trusmadi time tu, macam pemancar je. Kat sini memang dah start lembab sebab memang dah kawasan awan berkumpul. Angin pun kuat, lagi la tambah kesejukannya. Dari tempat pemancar ni ke puncak track dia dah jenis tak boleh nak control ensem.. haha. Nak tak nak terpaksa la kasut yang kering tu dibenamkan dalam tanah lecak yang lembut. Maka dengan rasminya basah la kasut tu menjerap air sampai ke stokin. Nak elak kiri kanan memang dah susah. So redah je la, dalam kepala set... biar kotor jangan terbongkang tak pepasal sebab nak elak benda remeh mcm tu.. tak berbaloi.
4.40pm Sampai kat peak dia, angin memang kuat..sekeliling memang tak nampak apa.. cuma kabus putih dan pokok2 renek yang dekat je. Jauh sikit dah tak nampak apa dah. Agaknya kalau hari yang cerah.. permandangannya pasti sangat memukau. Boleh nampak Gunung Kinabalu, nampak laut, nampak banjaran Croker...(dia suruh datang lagi la tu tengok lain kali). Kat peak dia ni mercu tanda dia tak la cantik. Uboh la sikit papantanda info ketinggian mcm kat Kinabalu tu yek. Ni dia letak tiang piling yang guna nak buat bangunan je situ. Hahaha..., tak pe tak pe.
Tak cantik pun tak pe lah. yang penting kembang kempis dah hidung ni sebab berjaya akhirnya hajat nak menakluk Trusmadi. Huyaeeee!!!!
Amat bersyukur berpeluang hingga sampai ke sini.
Sememangnya tengok gunung yang tinggi dari jauh memang cantik, tapi aku akui pijakkan kaki 'live' dipuncaknya jauh lebih mempesona.
Nak celebrate tanda kejayaan nih, potong2 kek tak de la. Last2 Marwan jerit nama aku, aku jerit nama dia kuat2 sampai nak tercabut anak tekak kat Puncak Trusmadi tu.. Tidak ada gema, tak ada lantun bunyi... Suara kitaorang terus terbenam dalam tebal awan & kencang angin.


Mt. Tambuyukon... the next??!!..hehehe
cont. [4]

Mt. Trusmadi : The best spot to touch the clouds [2]


Huyaeeee.... Mt Trusmadi.., here we come!!!

24th July 2010

...cont. [1]




Skarang turn Marwan duduk depan pulak sebelah driver, Richard. Aku duduk belakang sebelah Helli. Sorang lagi pemantau (laaa..., sori lupa dah la sapa nama dia) duduk kat belakang . Awal2 biasa la, masih kekok lagi nak berbual dengan orang baru. Tapi Helli jenis yang mudah mesra jugak. Bila ditanya sepatah, tiga empat patah dia menjawab. Cuma masa tu, aku lebih terpegun dengan permandangan di luar. Cantiknya alam ciptaan tuhan nih... Pokok-pokok hutan besar kecil semua ada. Macam kawasan ni tak pernah berlakunya pembalakan. Jakun jadinya aku tengok.

Ooo jap japp!!, biar aku cerita sikit latarbelakang si Helli sikit, ikut apa yang diceritakan la. Orangnya sedang-sedang je. Umur dia baru 31. Dusun tempatan, kawin dengan orang tempatan dan anak dah 3 orang. Yang tua baru darjah 1, yang kecik sekali baru 4 tahun, ...kalau tak silap la. Richard pulak belum ada anak lagi, masih dlm honeymoon la tuh. Lama gak Helli kerja kat Jabatan Hutan nih, sblm ni dia keje kat Kota Kinabalu... pernah kat hotel Hyatt katanya. Ehhh lebih2 lak cerita details dia nih. Haha..tapi kalau korang tengok betis dia, mak aiiii!!! betul2 tegap. Ni mesti jenis hari-hari turun naik gunung. Dia pakai shorts je. aiyoooo dalam ati aku cakap, ni mesti pacat langsung tak terliur nak sedut darah dia nih.

Hahaha. Aku sebenarnya lebih suka nak pakai shorts gak ..errr shorts yang 3/4 sampai ke lutut tu la. Sebab selalu kalau daki Kinabalu memang seluar gitu je yang aku sarung, senang nak melangkah. Tapi kat Trusmadi ni aku tak berani la nak buat gitu. Abiss dah ni baru first time pegi. Mana la tau selok belok utan nih lagi. Hu ha hu ha orang dok bercerita yang kat sini banyak pacat terutama time ujan2 gini (diaorang ni ikhlas bagi info ke??, ke sesaja nak menyakat aku nih??) . Bukan geli kat pacat tu, tapi karang buatnya dia merayapppp menempel ke tempat2 yang sulit mulit tu nanti. Nayaa oooo.

Tetiba Richard hentikan 4wd dia di satu simpang. Tah apa dia borakkan kat depan dengan Marwan, aku tak ambil pusing. Mata masih lagi terpukau tengok pokok-pokok kat luar tu. Ada dua simpang, satu mengarah ke bukit..., satu mengarah ke sungai. Dia pusing arah ke sungai. Sampai di gigi sungai dia turun check air. Wahh...!! nak meredah sungai tu ke pakai 4wd. Best gak tu. Kejap dia masuk air, kejap diri atas batu.... Nampak macam dalam sangat, so 4wd dia mungkin tak boleh cross sungai tu ke jalan seberang. Siap selipar dia hampir hanyut dek arus sungai yang deras tu lagi time nak check kedalaman air tu. So terpaksa cancelled, U-turn. Ikut jalan naik bukit tu. Sebenarnya dah nampak jalan tu dari sungai tu lagi. Ada macam landslide pulak kat tengah2 jalan tu. Agaknya tu pasal, Richard terus ke arah simpang sungai ni masa sampai tadi. Malang la pulak, bila sampai situ memang tanah tu menutup lebih 3/4 jalan. Nak himpit ke tepi.., aiyooo sebelah tu gaung nya dalam hampir setinggi 100m. Alat pulak tak bawak nak clearkan jalan tu. Tanya2 diaorang berapa jauh lagi perjalanan nak pegi ke Climbing Point tu, diaorang kata kononnya ada la dalam 5-7km. Hmmm 7km tak jauh mana la kan kalau ikutkan. Sebab ari tu lari masa marathon 7 km gak, lari-lari anak je dah sampai kurang dari 1 jam. So, dah memang takde choice & risau terlewat dari perancangan..., kitaorang decide utk jalan dari situ lah. Richard dengan sorang lagi pemantau Jab Hutan tu balik semula ke Gate. Harap2 diaorang boleh la uruskan nak clearkan tanah tu sementara kitaorang mendaki. Dengan harapan boleh la dia tunggu kat CSP tu terus bila kitaorang turun nanti., takyah kitaorang nak jalan sampai sungai tu semula.

Jalan gravel dalam kawasan Hutan Simpan Trusmadi ni baru je di upgrade. Rata. Luas. Ikutkan kalau sepanjang jalan dari Pekan Tambunan ke Starting Point nih, memang kereta kancil pun boleh sampai. Cuma tu je la, masalah landslide. Sepanjang perjalanan Helli jadik makin ramah dengan kitaorang. Habissss, dah kitaorang bertiga je kat tengah2 hutan tu. Berbual, bercerita macam dah kenal lama. Berborak, bersembang tak de dah tapis2..tak hengat dunia. Dari cerita politik, beralih ke cerita zaman budak2, melompat cerita orang dewasa..., abis semua keluar....hahaha. Layannnnn.

Awal perjalanan banyak terjumpa kelibat burung enggang tinggi kat pucuk pokok2 yang besar. Dengking bunyinya..melantun dicelah-celah bukit, waduhhh memang best dpt tengok unggas2 tu beterbangan dengan bebas. Punai. Limbuk....terbang dekat macam la jinak sangat, tambah dengan pokok-pokok nya yang besar subur menghijau. Sangat memberi ketenangan betul. Selalu aku mencuri masa sengaja biarkan si Marwan jalan depan dengan Helli supaya aku dapat hayati keindahan alam Trusmadi tuh.

Ada tengok Marwan ada masa bertenaga sangat dan ada masa macam letih sangat. Kalau tengok dia letih semacam lagi aku ugut2 nak tinggalkan dia ada la. Hehhe... Risau gak aku tengok, tapi buat2 tak tau je la. Tapi padan muka dia, nak jugak aku tengok limit sabar dia sampai mana... Walaubagaimana pun, aku respek dia. Even lenjun abis baju dia, dia still nampak cool je. Kalo snap gambo masih lagi kuat nak senyum2.


Ruginya tak bawak DSLR time nih utk rakam keindahan flora fauna kat sepanjang jalan nak ke climbing point nih. Tapi nasib baik la Marwan ada bawak waterproof digital camera. Kitaorang tak bawak DSLR sebab skarang ni musim ujan tak menentu, kalau bawak karang.. nak menjaganya satu kerja, nak mengangkutnya tambah satu kerja lagi. Tapi camera dia tu besau jasanya sangat2. Tengkiu kat ko Marwan. Kalo tak, takde la kenangan kat atas Trusmadi nih. Kualiti hasil photografi camera dia tetap best....(dah camera baru & mahallll...memang ler..)

Jalan ke climbing starting point, lebih banyak mendaki. Tapi tidak terlalu curam. Jalan punya jalan punya jalan..., lama2 tongkat kat tangan dah mula tunjukkan fungsinya. Mau kaki tiga juga untuk jalan sejauh ini. Tengok tengok tak tiba tiba, tanya tanya tak tiba tiba... Ni biar betul ko cakap 7Km ni Helli.?? Macam lebih sangat dah tu rasanya. Tak logik sangat jalan sampai 2 jam untuk 7km je. Sabo je la. So tips kat korang tu, kalau dengar je perkataan 'dekat' dari guide atau pemantau2 nih.. jangan fobia tak pepasal. Aku rasa dia silap kira la jarak tu, mungkin batu nautika la kot sukatan yg dia gunapakai. hehe.

Walaubagaimanapun, akhirnya sampai gak la kat kat Starting Climbing Point (SCP) sharp at 10.30am. Cuma tak cantik langsung la entrance starting tu . Mula-mula sampai situ langsung tak cam ada entrance kat situ. Yang perasan cuma jalan mati je. Uboh la pintu gerbang kecik ke hapa ke iye tak.., ni just lorong kecik yang ditebas je. Mungkin baru la tuh, tak sempat diaorang nak cantik2 kan, dah kitaorang daki. 3-4 tahun nanti cantik la tu mcm Kinabalu kot.

Congak2 balik maunya rugi masa berjalan 2 jam lebih. Waaaa ni dah lari dari planning asal nih. Dalam kepala dah set mendaki seterusnya akan makan masa 5 jam mesti sampai puncak. Paling lewat mesti sampai peak at 3.30pm. Time ni dah separuh kederat abis. Peluh dah banyak tembus sampai ke lapisan kedua baju. Sepanjang jalan nak ke SCP ni tadi dok fikir...Ni lom pun start climbing dah nak pancit macamana la nak sampai ke puncak yang tambah 5 km lagi tu & lebih steep???!!... hahaha.

Tapi nikmatnya bila sampai kat SCP je, seluruh tenaga tu bagai datang semula. Fresh ..best. Energetic balik. Lupa & hilang lenyap terus acid lactic yang dok terkumpul kat sendi2 lutut sepanjang jalan tadi.



cont 3.

Mt. Trusmadi : The best spot to touch the clouds [1]


24th July 2010
Huyaeeee.... Mt Trusmadi.., here we come!!!


Pagi2 buta seawal pukul 3.15am dah terbangun. Marwan awal2 dah call. Hmmm..., Sedap la dia dah awal2 lagi tido semalam. Sepanjang malam lak hujan gerimis jenis meleret-leret panjangnya dari petang semalam lagi. Mata tak puas tido sebab semalam dah nak dekat 12.30am baru la paksa2 mata tido lepas packing apa2 yang patut & double check list bebarang yang perlu, karang tertinggal satu keje lak (hehe.. nak keluar umah tu rupa2 nya tertinggal gak glove & tuala muka, pedahal dah letak setempat).


Takde pun nak breakfast2 sebab Marwan awal2 bagitau dia tapau cekodok, plan nak breakfast terus on the way or bila dah sampai kat Tambunan. Lagipun stock instant food mmg dah standby dalam beg galas. Plus, kalau makan lebih2 takut terbeseyy plak tengah2 jalan nanti lagi leceh. SMS si Marwan bagitau aku on the way. Sambar kunci kete terus Bedezup pegi rumah Marwan, sebab janji kul 4.00am nak ambik dia. Untungnya pepagi buta jalan clear se clear clearnya, jadi kejap je la dah sampai. Tapi mau gak terlajak lebih sikit pukul 4 tuh baru sampai (nasib la Marwan ni jenis tak kesah sangat pasal timing, buatnya hangin dia dtg kalau tak punctual.. maunya hilang mood pagi2 tuh). Dia dah ready (aaa ready dalam rumah lagi rupanya), tunggu kejap dia turun dari rumah tinggi dia tu then terus kan lah perjalanan lepas masing2 menghafal doa yang sama. Siap lengkap dah dia ngan baju, kasut semua..memang tak sabo sangat la tu, aku masih sarung selipar jepun ngan singlet tak berlengan je time tu. Nnti dah sampai baru la aku sarung boot & benda2 lain yang perlu. Lama laaa perjalanan tu.

First aim, ke arah Gunung Emas dan terus ke Tambunan.


Aku la jadik driver, Marwan cuak sikit kalo part drive naik turun bukit. Takpe, asal dia tak tido sudah. Layan dia berbual sepanjang perjalanan memang tak bosan, even kekadang tu cerita yang sama dia ulang tayang... So, kalo cerita dia jenis cerita yang dah basi... aku buat2 layan gak la mcm tak penah dengo dia citer. Karang dia tibai merajuk tak pepasal, diam or tido karang bosan pulak aku sorang2 drive. Abis idea berbual, kitaorang memekak nyanyi lagu tengah2 utan Gunung Emas tu. Sengaja tak pasang aircond & bukak tingkap sebab udara kat atas gunung tu memang nyaman & segar bugar sangat. Tu la suara paling sedap dengo tengah2 utan tu sebab cengkerik2, unggas2 pun lom bangun tido lagi time tu....hehe. Sempat gak berhenti tunaikan kewajipan kat tengah2 hutan Gunung Emas tu (tapi mcm ada perasaan lain sikit time tu, macam ada benda je perati.... karang aku cerita kat si Marwan, takut pulak dia. So aku diamkan je, perasaan aku je la tuh kot. Takde hapa2) Masa perjalanan driving dari KK ke Pekan Tambunan memakan masa 1 jam 15 minit, untuk orang yg kurang pro mcm aku la. Tapi kira laju gak la tu. Tapi tu kira ok la tolak itu ini termasuk isi minyak ngan stop kejap kat Rafflesia centre tu.



Sampai kat Tambunan masih gelap lebihkurang 5.30am, so dalam kelam2 pagi tu terus kitaorang cari port utk breakfast. Pusing2 cari kerusi nak lepak, last2 jumpa gak kat stand bus.. so, ON je la. Pepagi pun ada dah orang majlis daerah start keje menyapu sampah kat pekan tu. So tak la sunyi sangat masa tu. Sedap makan cekodok ngan sambal belacan..., tambah lak ngan kopi panas. Takut lewat, makan express2 je la. Then Marwan call driver 4wd yang dijanji. Richard nama dia. Kitaorang tak pernah la jumpa dia. Marwan pun, dia takat call2 je buat appointment. Buatnya mamat tu buat hal, abis la impian & segala plan nak mendaki pagi tuh. Tapi syukurlah, cepat gak si Richard bangun tido. Rumah dia pun khabarnya tak jauh dari Pekan Tambunan tu, so bila call tu dia sampai dalam 10 minit dah tiba. Salam2, introduce lebih kurang. Kitaorang pun teruskan la perjalanan tu ber3. Bayo time balik nanti yek Richard, karang kitaorang bayo awal2... tetiba dah dapat duit langsung ko tak ambik kitaorang balik semula kan ke nayaaa tu..bermastautin lak kitaorang kat utan tu, hahaha. Dah la tak kenal dia. Strategi tu oooo. Richard pulak jenis yang ok je..tak kesah. Bestt ko Richard.!! Sempat pesan kat Richard standby sebab kemungkinan besar kitaorang akan daki dan turun hari tu jugak. Tapi kalau sampai, mungkin lewat petang. Dia kata sanggup je ambik, even tengah2 malam.


Ramah gak si Richard ni macam dah kenal lama, orang Dusun. Dusun spesis apa tak tau la, yang nyatanya dia bukan Lotud, bukan Tatanak. Awal 40an. Richard kata dia masa bebudak dulu seawal usia 16 tahun dah daki Gunung Trusmadi tu. Dari Pekan Tambunan tu sampai la ke Post Jabatan Hutan tu berjalan seharian. Tido situ, then the next day baru naik ke puncak. Dan satu hari lagi untuk balik sampai ke pekan semula. Adventure kan??!!. Time tu track tak la macam ada sekarang. Semua denai orang kampung je..., bukan track macam yg ada sekarang yang kami lalu tu. Siap dia cerita baru-baru ni masa dia naik sempat dia jumpa 2-3 ekor rusa lagi melintas jalan.Wahh!! nampak sekawan rusa, live lagi kat tengah2 belantara??? Tak semua orang bernasib baik ooo, mesti best kalau kalo dpt peluang tu!!!.
.

Mula-mula bukak cerita pasal kitaorang berdua je yang akan daki pada hari tu. Richard ada bagitau sblm ni pun ada sorang tu lone ranger je naik gunung tu. Ada group besar sampai bertrip-trip dia ulang alik menghantar. So bila dengar dia cerita pernah 1 orang je daki sendiri ditemani pemantau dari Jabatan Hutan, kitaorang rasa cool gak la.Kitaorang berdua je daki hari tu..., kira ok la tuh sebab pernah dibuat dek orang.

Borak punya borak.., jalan yang mula2 berturap tar bertukar jadik gravel. Lepastu bertukar jadi berselut pulak sebab beberapa hari lalu ada landslide situ. So jalan baru yang ditolak tu memang dalam lumpur dia. Sampai satu tempat 4wd tu tak boleh nak bergerak langsung. Richard turun, kitaorang pun ikut turun. Kitaorang tolong tengok2 je la....mana la tau sangat pasal teknik2 camel thropy tuh..., haha. Konon-konon nak berbahasa, kitaorang tanya gak la si Richard apa yang boleh ditolong. Dia kata dia try plan A dulu = ikat tali kat tayar 4wd dia utk tambahkan cengkaman. Dalam dia terkial2 mengikat tayar 4wd & dok tergaru2 kepala memikir cara terbaik nak lepaskan 4wd dia dari stuck tu. Dia bagitau plan B = kitaorang kena tarik 4wd tu kalau plan A tak menjadik. Aiyooo.... turun tu dah terpijak selut... tak boleh imagine la kalau menarik 4wd tu.. mesti sampai ke muka selut tu naik nanti. Takpe... tunggu tengok plan A dia dulu, kalo tak menjadik ...terpaksa laaa

Lepas siap ikat tayar. Cuba punya cuba punya cuba, dan hasil pengalaman dia... akhirnya alhamdulillah lepassss gak la 4wd tu dari lumpur tu. Sebenarnya 4wd tu tak boleh gerak sebab bawah body tu tergantung atas lumpur, tu la pasal even semua 4 weel tu berfungsi even tayar mendesit berpusing.. tetap tak gerak. Istilah yang Richard guna : "gantung". Selamat je melepasi tempat tu, tiga-tiga kitaorang melepaskan hajat tengah2 hutan tu..haha. Toksah la ko mimpi nak carik toilet beraircond sini yekk...!!!. Dengan kasut berselupat ngan lumpur, memula kitaorang plan nak duk kat belakang 4wd tu sebab kesian kan kat Richard kotor plak kete dia nanti. Tapi dah dia bagi green lights masuk... so apa lagiiii beraircond la kami semula dlm tuh..hehe.


Perjalanan diteruskan, jalan masih gravel tapi keadaannya ok. Well maintained. Sebelah kiri ada beberapa projek pembangunan yang masih under construction (patut la jalan teruk sebab banyak gak kenderaan berat kat situ). Tapi permandangan sepanjang kiri kanan jalan tu memang cantik. Kecuali tempat yang diratakan oleh jentolak atau kawasan pokok ditebang..., tu memang sakit mata & sakit ati nak tengok.

Tak lama lepas tu 8.00am kami tiba kat Post Jabatan Hutan. Diaorang kat sini bahasakan 'gate'. Unik gak entrance ke situ. Bentuk rama2 Rajah Broke yg berfungsi utk sekat or benarkan laluan kenderaan keluar masuk. Kreatif & cantik. Tak pernah lak tengok kat tempat lain design gitu. Pemantau dari Jabatan Hutan tu baru nak breakfast.., so sementara tunggu diaorang menambah tenaga, kitaorang sempat la snap2 gambo ikut pose suka ati kitaorang. Abis semua gambar termasuk la tandas dia yang unik sangat berbentuk tunggul kayu tuh. Nak ikutkan prosedure sepatutnya kalau nak mendaki nih kena ada sorang guide dan 2 orang pemantau dari Jabatan Hutan. Tapi nak jimatkan duit, so aku la konon2 nya acting jadi guide. Kena claim charge guide kat si Marwan ni patutnya tau.., mau gak dpt RM 150-250 tu nanti..hehe, sebab tu rate biasa utk hire sorang guide.



Segarnya udara kat situ... arghhh untung la diaorang ni dapat keje kat tempat macam nih.
Bila dah siap2 tulis nama kat buku Pelawat & daftar apa2 yang patut, then...



8.15am mula bergerak. So sekarang sudah ber5.


Memang excited giler.


cont 2.