Saturday, October 9, 2010

Bukit Gondola





Lamaaaa dah tak beraktiviti.  Sejak puasa sampailah hari terakhir Syawal.  Lemak-lemak tak la banyak sangat terkumpul sepanjang hibernasi selama 2 bulan tu.  Tapi bak kata kiasan 'makin naik lemak'. Hehe, tah betul ke tak boleh pakai kiasan tu.., kira maksudnya makin tahap kemalasan tu meningkatlah.

Tak bleh jadikk..., so 9 Oct 2010. Ngam-ngam rasminya abis bulan raya tahun 2010 ni.., aku ngan Marwan korek-korek balik perancangan kitaorang yang tergendala or terpotong trip dek planning-planning yang lain. Fikirkan yang kitaorang cuma nak buat aktiviti santai yang makan beberapa jam je, so kitaorang setuju nak daki satu bukit yang jadik mercu tanda kat Sepanggar, tak jauh dari Kota Kinabalu.

Bukit nih kalau nak pergi arah ke KKIP (Kota Kinabalu Industrial Park), atau arah ke Karambunai Resort.., termasuklah ke arah Sepanggar tuh memang jelas kelihatan dari jalan utama. Selalu sapa-sapa pun yang terpandang bukit ni, memang tak akan miss utk menoleh tengok keunikan dia dua tiga kali lagi.  Nama dia tak pasti sangat la pulak, ada panggil nama Bkt Gondol, ada panggil nama itu, ada ini... tapi semua tu bunyik tak glamer langsung lah.  So biar aku sesedap rasa membahasakan nama dia Bukit Gondola.., tak la lucu merangkap lucah sangat bunyinya...hehehe.

Skill menebas...
Sebenarnya entrance nak pegi ke puncak bukit ni ada banyak.  Tapi dari sumber yang boleh dipercayai (yang pernah daki bukit ni lah) keywords dia ada dua iaitu carik IKM (Institut Kemahiran Mara) & Kubur Cina (perkuburan Kristian sebenarnya).   Selebihnya kena la ringan mulut menanya orang2 yang kat situ.  Ala-ala treasure hunt pulak clu dia kan.



awan kelabu, pergunungan biru & bumi menghijau
Seawal 6.50am dah si Marwan tercegat menunggu kat luar pagar, ready nak mengangkut aku.  Kitaorang pegi berdua je., planning last minute mana ada nak ikut.. memasing ada plan memasing ujung2 minggu gitu.  Sempat breakfast berat sikit kat warong area Indah Permai. Siap-siap memenuhkan tembolok, then mula lah kitaorang mencari tempat mendaki tu.  Abisss..dah memang takde apa2 signboard. Memang susah gak nak mencari kalau first time pergi situ, tanya orang tu tanya orang ni, pegi situ patah balik, pegi sini patah balik... last2 syukurlah, jumpa la jugak starting point nya.  So ngam2 pukul 8.00am kitaorang mendaki.

Bukit ni tak terlalu curam.  Kalau diiagak-agakkan ada la tinggi dia mencapai 250 - 300m dari aras laut kot, tak terjumpa pulak data rasmi berkaitan ketinggiannya.  Mendaki tak penat.  Tapi sebab semalam nya hujan agak lebat, so ada masa denai laluan tu macam hilang terutama sekali dekat area kawasan yang ditumbuhi lalang. Kami take turn, kejap aku kat depan menebas... kejap si Marwan kat depan.

Dekat-dekat 1 jam juga baru lah sampai separuh perjalanan. Tu memang kira slow abis la kitaorang jalan tu sebab kejap2 berenti amik gambar. Kejap2 posing. Kejap2 minum.  Kejap2 sedut angin, kejap2 buang angin. Permandangan kat atas ni memang cantik.., boleh nampak teluk2 & lagun-lagun sekitar Karambunai Resort tuh, boleh nampak KKIP, nampak laut lepas Sepanggar, pulau-pulau kecik, burung helang laut, nampak Pengkalan Tentera Laut, UMS, bandar KK...., nampak banyak benda lah....& tak ketinggalan tentunya boleh nampak berbalam-balam Gunung Kinabalu (tapi time tu banyak pulak awan cover puncak tu.... kalau awal pagi sikit lagi kitaorang tiba mungkin clear boleh nampak peak dia).



Tak banyak sangat spesis pokok kat atas bukit tu, kira majoritinya pokok2 Acacia dan lalang lah.  Bagusnya time kitaorang mendaki tu tak panas, tak jugak mendung... ala-ala suam2 kuku kerbau je la cuaca tu.

Nak dijadikan cerita, tiba2 masuk je kat kawasan berlalang, hilang lak track kitaorang.  Lalang yang tinggi2 ni memang nakal sikit.  Kalau kena hujan & angin kuat mesti senang rebah..., automatiknya akan cover lah track mendaki.  So memandai2 la kitaorang mewujudkan track sendiri, tebas menebas, libas melibas ...lalang belukar semua untuk buat track baru.  Dalam ati confiden je sebab puncak memang dah nampak clear masa tu.  Bak kata orang, nak memandai pun biar la bertempat.  Nak berlagak eksyen pun carik la tempat tersorok jauh2 yang tak ramai orang..., supaya dpt kurangkan tahap kemaluan bila terbuat lawak bodo & kena ketawa dek orang lain.. sendiri-sendiri juga yang malu.  Haaaa kau!!! dah dekat 30 minit membuat track baru, siap ada tempat tu punya la curam...& punya la tebal semak samun, nak libas parang pun tak boleh.. sebab curam sangat.  Satu tangan nak cekau lalang...mana la nak balancekan badan, mana nak menebas.

Imagine kan je la 'lalang' tu, campur pulak rumput menderung yang batang tiga segi tu.... perghhhhh!!! tajam tuuuuu.  Sedap2 ko mencapai, macam pisau blade je dia kelar kulit2 yang tulus yang mulus...haha.  Even perasan macam dah dekat utk sampai kat atas..., tapi sampai satu stage ati kata...,   "wookehhhh...time to U-turn".  Aku tengok muka Marwan, marwan tengok muka aku...(dalam ati dia ketawakan aku, aku ketawakan dia...karang kalau terkeluar bunyi ketawa time tu, ada yang kena libas parang pulak...hehehe).  Nak patah semangat dari teruskan mendaki pun ada.

Vandalism..jangan tiru aksi ini!!..
Marwan sedang gigih memberi
nama saintifik bagi spesis pokok
buluh  yang baru dia jumpa
So bak kata pepatah "Sesat di hujung jalan, balik lah ke pangkal jalan".  Memang gitu la  adat resam di dunia nih, so kitaorang patah balik cari balik track asal.. laaahai pusing sikit je dah jumpa pulak track yang sepatutnya kitaorang ikut.  Hmmmm..!!!?., macamana la boleh terlepas pandang benda tuh.  Takpe.  Kitaorang teruskan mendaki tu sampai kat  puncak.  Lalang kat atas tu ada tempat, tingginya sampai ke ketiak.  Angin pulak kencang betul atas tu...tak henti2, best betul.  Kalau main layang2 agaknya tambat gitu je dia tak akan turun-turun. Ada besi2 ceracak yg tanda puncak bukit gak atas tu, tapi dah rebah..., tak tau la sapa punya keje tu.

Walaupun cuma penuh lalang, tapi cantik permandangan atas tu.  Konon-konon macam kat Prarie.  Teringat kat citer lama dulu duluuuu tu Little House On the Prairie. Agaknya kalau lalang tu berbunga putih semua, lagi best..., maunya macam salji kan??!!!. Terus tukau jadik tajuk cerita Korea Winter Sonata.  Haaaa.. so nak menandakan kitaorang dah  berjaya men'conquer' Bukit Gondola tu, kitaorang jerit la kuat2 nama memasing kat puncak tu... nak letup2 mercun.., dah abis pulak bulan Raya hari semalamnya..hahaha.

Memang segar bugar betul udara kat atas bukit tu.  Angin dari laut campur angin dari saki baki banjaran Crocker.  Tak lama sgt kat atas puncak tu.  Siap2 snap gambar, kitaorang pun turun.  Lagipun bekalan air dah nak abis, makanan memang tak tapau langsung (kalau dpt makan cekodok kat atas puncak bukit tu sambil cecah sambal lonte, mesti sedapppp kan??!!!)...mula la menjajau nak mencarik tempat nak melabur nanti.


specialnya nilah bukit yang betul2 nampak macam bukit...

Dan nak jadikan cerita lagi..tah macamana tah, kitaorang ingatkan bila bukit rendah2 nih senang la nak daki dan nak turun.  Rupanya tak begitu ooooo...., sesekali tak begitu. Kitaorang ikut denai yang sama, tapi banyak benda yang tak dijumpa semula.  Tempat stop ambik2 gambar tak jumpa, tempat si Marwan me'vandalisme' kan pokok buluh tadi pun tak jumpa....... Elehhhh!!! banyak la songeh ko. Sebenaunya ko dah salah ikut track lah, orang patutnya ke hilir..., korang ikut arah ke hulu...macamana ler nak jumpa ye tak.

Hadiah dari penat mendaki

Ringkasnya alam...tapi tetap cantik


Tak sangka lak, sebenaunya banyak track lain kat sini.  Ada track cari makan penduduk sekitar bukit nih, ada track rekreasi.  Pada kitaorang bila tengok ada bekas air sepah2, plastik makanan sepah2..., kat sepanjang track tu maksudnya betul la track yang kitaorang lalu tu.  Ada masa hilang terus track, atau kitaorang terikut track yang wujud dari aliran air yang deras.  Maunya banyak kali pergi balik pergi balik mencari punca.
Puncak Bkt Gondola dari jauh

Climax kami... jalan punya jalan punya jalan punya jalan... akhirnya jumpa track mati yang menghala ke paya bakau (nih track orang kampung carik ketam nih).., patah balik tersampai la pulak kat penghujung track mati ke arah paya yang banyak rumpun buluh...  Sebelah sana paya ada nampak bumbung rumah orang kampung dah...tapi nak ke sanaaa tu jawabnya terpaksa mengharung selut dan lumpurlah tempat kerbau berkubang. Nak ajak Marwan daki semula ke atas, mau kena pikir dua tiga kali..., aku tengok taring beruang dia makin memanjang..hehe . Wokeh wokhhh,.. ikut keputusan dia....terjahhh jek.

Dah tak de pilihan..., redah je laaa.  Imagine je la macam masuk sawah padi. Mula2 malu2 gak la nak memijak tanah berselut tu.., tapi bila dah air menjerap sampai dalam kasut lupa la terus untuk control macho.  Nasib la Marwan jenis tak kesah sangat even dia anak tokey tempe.  Susah nak carik orang kaya yang tak sombong gitu kan?!!! Syukurlah. 


Puncak Kinabalu... masih berselimut
awan

Sampai ke seberang paya tu, terus singgah kat rumah yang pertama kali kitaorang jumpa.  Ada makcik sorang, ngan laki dia kat situ. Kira tu cottage dia lah.  Hujung2 minggu diaorang lepak situ tengok ternakan lembu2 diaorang (romantik nyeer). Kebetulan ada lembu dia baru lepas beranak. Dek dah haus sangat & abis dah stock air..., maka dengan selamba singgah bertanya arah.   Nasib je makcik tu tak terkejut sebab aku dok pegang parang panjang masa lalu sebelah rumah dia (sebenarnya masuk kategori 'menceroboh' tanah org dah tu tuuu, kitaorang siap merangkak bawah pagar lagi nak ikut shortcut situ).  Seberang je paya tu sebenarnya Kg Lokub, tak jauh dari rumah makcik tu dah jumpa simpang Uitm.  Tak jauh berjalan.  Bila nampak ramai bebudak situ... rasa legaaaa.., akhirnya jumpa semula manusia.  Hahaha.

Akhirnya terpaksa la naik bas pusing semula ke IKM, nasib aku bawak duit.  Marwan memang tak bawak wallet. Tambang 50 sen je sorang (lamaaa aku tak merasa naik bas noooo). Nak jalan ke sana dari Uitm tu jauhhh gak ooo. Kalau nak pedajal si Marwan..,  bagitau dia duit aku ngam2 je untuk sorang bagus gak time tuh....biau dia jalan kaki, hahaha.

Ringkasnya, bukit ni sesuai untuk jadi tempat rekreasi masa santai. tipps bagi sesapa yang tergerak hati nak naik atas bukit nih buat pertama kali yang the first time.., jangan lupa bawa penanda jalan.., senang nanti buatnya tersilap masuk track, korang boleh trace balik track asal yang sepatutnya. 

Pengajarannya, jangan sesekali pandang remeh dunia asing bila diri kita masih lagi berstatus 'stranger' di situ.  Nahhh Hambikkk ko..(ehh.., kena btg idung aku sendirik rupanya).!!!!

1 comment:

  1. Nampak makin sihat blog ni lepas sakit haritu kan... makin cantik pulak... suka suka suka...

    keep on updating...

    alaaa abis yek semua msg yang lepas... takper lah nanti entry baru boleh msg lagi bebanyak

    ReplyDelete