Tuesday, August 10, 2010

Mt. Trusmadi : The best spot to touch the clouds [3]






Tempat berpijak untuk
memudahkan pendakian
Huyaeeee.... Mt Trusmadi.., here we come!!!


24th July 2010

...cont.[2]

Lepas break few minutes kat Starting Climbing Point (SCP). Kami mulakan pendakian secara rasminya. Helli jalan dahulu. Kitaorang sengaja lambat sikit sebab nak baca doa pendinding dulu. Nak masuk utan ni bahaya gak nak terjah2 gitu je ooo.


7-8 langkah memulakan...

Wwwaahhhhh...!! Terus mata terpukau. Kontrasnya permandangan dunia Trusmadi ni dari kecantikan yang aku bayangkan dan aku dengar sebelum ni. Cantik yang tak tergambarkan. Setiap dahan tumbang yang mati penuh diselaputi lumut hijau muda bak permaidani. Hingga trek mendaki dicelah-celah tu juga ditumbuhi lumut. Tak putus2 mulut memuji indahnya alam semulajadi yang bagai masih belum disentuh ni. Jalan sikit berhenti, jalan sikit berhenti.... bukan sebab penat tapi sebab terlalu terpesona. Tu baru starting jer, belum lagi sampai kat atas. Selalu aku diam puji dalam hati je dalam nikmati bebenda cantik macam ni, tapi entah kali ni kagum tu jadikan pujian tu selalu keluar sebagai suara dari mulut. Tanahnya pulak lembut & anjal. Bukan macam trek jogging yang bertar. Mungkin terlalu tebal lapisan lumut dan reja-reja pokok yang mati. Macam tilam dah, so kalau kaki terhentak2 tak la sakit...macam ada spring.
Tips : Lain kali pakai kasut Adidas Kampung je,
even tak glamer tapi bagusss bah 
Pendakian mudah berbanding trek di Gunung Kinabalu yang penuh dengan tangga2 buatan. Di Trusmadi, hampir 70% perjalanan sampai ke puncak adalah denai. Dan arah tujuan memang jelas. Cuma ada satu trek yang perlu dituruti, tidak bercabang2. Kalau ada cabang pun tetap akan jumpa trek ke arah yang sama juga. Sama seperti Kinabalu, terdapat penanda jarak pada setiap 100m perjalanan di trek Trusmadi. Jadi senang la kita nak agak berapa jauh lagi perlu mendaki sebelum sampai ke puncak. Bagusnya dia bermula pada bacaan 4900m dan berkurangan hingga lah ke 100m terakhir sbelum sampai ke puncak. Bagus teknik tu dari segi psikologi, hehe. Sebab akan rasa makin lama makin dekat makin dekat.., tup tup dah sampai.
So target 3 climax dalam kepala, 1st sampai ke Kebun Bunga, 2nd sampai Cabin dan selepastu 3rd ke puncak.


Sengaja aku biarkan Marwan berada di tengah2. Helli di depan sekali. Ikutkan lokasi di belakang ni sebenarnya paling berisiko. Kalau pacat nak target, orang paling belakang la yang paling banyak koleksi nya. Errr tang binatang2 or makhluk2 lain tu aku tak nak la komen lebih2 yek...hehe. Rasanya targetnya juga sama la tuh. Nauzubillahhh. Tapi bestnya lokasi paling belakang ni, aku boleh spend masa sebanyak mungkin utk nikmati keindahan Trusmadi sepuas hati,... nak stop aku stop, nak belek aku belek. Tak risau jugak sebab si Marwan jenis suka memanggil manggil dalam hutan. Kejap panggil nama aku, kejap panggil nama Helli. Errr... ko kan Marwan, kalau pegi naik gunung Kinabalu ko buat menda yang sama gitu maunya guide tu tarik telinga ko. Pada diaorang, kalau ko jerit maksudnya ada benda2 emergency la tu. Ada masa gak aku tegur dia toksah la panggil2 gitu sangat. Satu lagi, masuk utan ni banyak pantang2 nya yang aku dengo....tak boleh pacak parang lah, kencing sepah2 la, tak boleh itu lah ini lah..dan satu lagi tak bleh la memanggil2 gitu, karang ada benda lain yang menyahut pulak. Suara macam sama tapi... eiiiii. Aku suruh dia cool & rilex je, tak la pulak aku bagitau dia apa sebabnya. Dia cepat panic agaknya kalau tengok depan tak nampak orang, toleh belakang tak nampak orang. Ni mesti jenis suka dok tido bawah ketiak mak masa kecik2 nih...hahaha.


Tapi track di Trusmadi ni walaupun pada jarak 4-5 meter dari satu sama lain pun sekejap je kita tak nampak orang depan or orang belakang. Antara sebabnya denai tu lalu celah2 pokok, celah2 akar, bawah dahan tumbang, kejap belok kiri, kejap belok kanan, kejap turun, kejap naik. Tu yang kadang-kadang baru je bual2 dengan orang sebelah tetiba.., ehh lenyap je. Atau rasa jauhhhhh dah ketinggalan kat belakang, tiba2 terpacul je orang tu kat depan. Denai tu pulak muat2 badan je lorongnya. Tu sebenarnya yang best kalau lalu denai sebegini. Selalu aku jumpa yang lebar2. Mudah je tangan sentuh dahan2 pokok, lumut2 yang lembab.... hmmmm mmg best... Time sentuh pokok-pokok tu macam rasa aura pokok tu meresap dalam tangan, perghh.


2000 m dari SCP kitaorang pun sampai la ke satu tempat yang di panggil Taman Sulaiman. Ada apa yek kat Taman Sulaiman tu??? Tah le, kawasan yang agak lapang je, tapi still ada pokok2 & redup. Yang nampak situ cuma ada toilet, ada sumber air untuk minum dan shelter. Tak de lah yang menjurus kepada makna Sulaiman tu. Bila sebut Sulaiman dlm kepala aku teringat kan Nabi Sulaiman je la, antara kelebihan dia boleh berkomunikasi dengan haiwan2 termasuk la semut2. Tapi sini tak de la sangat binatang2 tu. So pepandai la aku buat conclusion sendiri yang nama tu mungkin setakat ikut nama orang yang perkenalkan tempat tu je. Sementara tunggu si Marwan lepaskan hajat kat toilet situ, aku ambil kesempatan snap gambar. Kat hutan Trusmadi ni ada sejenis pokok besar yang lebat berbunga (mungkin memang musim dia tengah berbunga, atau pokok ni jenis yang berbunga tak henti2 sepanjang tahun), bunganya putih dengan kelopak sebesar kuku. Baunya tak wangi. Tak sempat nak tanya Helli apa nama pokok tu pulak. Kalau berdiri ..., (ikut korang la nak baring ke, cangkung ke, kuak lentang ke...hahaha) di bawah pokok ni bunganya akan bertaburan penuh di lantai hutan... macam hamparan bertih yang ditabur depan pengantin masa bersanding. Macam salji. Waduhh.. memang cantik betul... dan selayaknya betul2 cantik.


Antara aim lain aku pegi sini memang nak sangat tengok Nepenthes trusmadiensis, spesis pokok periuk kera kacukan antara N. lowii and N. edwardsiana & merupakan spesis kedua yang terbesar kat kepulauan Borneo nih.
N. lowii tu bentuk dia unik betul, ala-ala bentuk lampu Aladdin bin Maskon Parwiro... hahaha.... Lepas tengok artikel2 & promosi2 pasal Trusmadi, lagi la excited nak nengok live pokok tu. Pada ketinggian di bawah 3000 m dari SCP, tak banyak pokok periuk kera yang besar2. Banyak yang kecik2 & common jumpa kat tanah rendah. Tapi menurut Helli, spesis tu kalau nak tengok ada kat atas lagi selepas melewati ketinggian Cabin. Banyak spesis orkid liar kat sepanjang jalan menghala ke puncak.. aku dok cari2 gak slipper orchid tapi tak jumpa (pedahal bentuk pokok dia pun aku tak kenal sgt, yg cam bentuk bunga dia je)..hehe. Mungkin terlepas pandang kot.,..atau terserempak depan mata tapi tak kenal sebab time tu dia tak berbunga. Ada tempat yang atas kepala kita penuh bergantung dengan periuk kera bentuk lampu aladin tu, sebijik macam tanglung masa Raya Cina..., track lak lalu kat bawah dia.


Perjalanan ke atas makin lama makin sukar... ada tempat yang kita terpaksa dan dipaksa menyusup bawah akar2 kayu. Ada tempat kena membongkok bawah dahan2 mati yang besar. Selalu gak la sangkut2 beg galas kalau lalu tempat2 gini. Nasib je tak berat sangat beban kat belakang kitaorang tu.
Memang dah plan angkut seminimum mungkin barang2 perlu je untuk tujuan pendakian tu.


Jalan punya jalan punya jalan, berenti kejap kejap minum air, tarik napas & makan apa2 yang patut. Tah la tak perasan pulak mana satu yang tempat yang di namakan Taman Bunga. Dah lalu, aku tak perasan la tu agaknya. Patutnya dah nama gitu ada la pokok2 bunga iye tak?!! ni sama je. Takde la pokok2 bunga import or kumpulan tumbuhan renek berbunga yg aku perasan. Tapi banyak kesan kerja penyelidikan di buat di sepanjang jalan ke atas tu., sama ada tagging sample atau berkaitan dengan Entomology.

Ngam2 pukul 3.20pm kitaorang sampai kat Cabin. Marwan sebagaimana biasa tempat fevret yang dia terjah mula2 adalah tandas...hehe. Minum air banyak sangat la tu sepanjang jalan tadik. Kat sini lamaaa baru dia nak keluar tandas. Aku tunggu gak nak candid time dia keluar tandas, tak keluar2 gak... last2 amik gambar pokok2 besar yang megah berdiri di sekeliling Cabin tu, tambah pulak time tu kabus aka awan tengah lalu..., waaaa memang cantik. Cabin tu simple je (jauh dari yang aku imagine sebelum ni), just kerangka besi then ditutup kelilingnya dengan canvas. Kat dalam ada katil double decker yang simple dibuat dari kayu. Tak de la tilam ke, selimut ke. Kira paling basic la tu. Ada pintu. Pintu pun dari canvas. Kena ada penutup tuh supaya secara logiknya bila malam2 sejuk tu dapat la ditutup utk perangkap haba & bau kentut...hehe. Ada gak dapur, dan peralatan memasak paling asas kat situ, tapi diasingkan kat sebelah Cabin tu lah. Kira kalau nak bermalam kat Cabin ni pun nampak macam best. Kena tido gak la sini satu kali next time (kononnya kalau ada next time lah..). Lepak kejap tengok2 keadaan Cabin then lepas Marwan selesai urusan perbankan dia, kitaorang teruskan pendakian. Dah dekat dah tu rasanya, ada la dalam 2km gitu lagi nak ke puncak.


Sebenarnya aku risau gak masa tu, sebab target asal mesti sampai puncak paling lewat at 3.30pm. Kalau lewat maksudnya masa turun nanti tentu melepasi maghrib la tuh jawabnya sebab ikut anggaran mendaki tu kitaorang set 45minit dari cabin nak sampai ke puncak. Nih 3.3opm masih terkial2 kat cabin. Tak pe tak pe.. tu kalau kira2 laju gak la kitaorang daki tu, sebab kalau tolak 2 jam yang extra berjalan dari sungai ke SCP tu, memang lebih cepat dari perkiraan asal.


Pemandangan dalam perjalanan dari Cabin ke puncak perghhhh....!!! Ya rabbi, memang tak terucap dengan kata-kata..., tak setanding dengan apa yang pernah didengar sebelum ini & tak secantik yang kita lihat dari apa yang mampu terrakam dalam camera. Pada aku dari manapun setiap sudut dalam Trusmadi ni memang memukau. Berdirilah pada sudut mana pun, toleh arah mana pun.., memang cantik (berapa banyak dah aku type perkataan cantik ni yek??!!!). Kenyataannya memang begitu. Tambah lagi bila awan merempuh lalu..., mak aiii betul2 macam atas kayangan. Masa ni paling sedap tutup mata rapat2 & hirup sebanyak mana udara segar. Betapa nikmatnya..., rasa macam muda 20 tahun.

Bermula pada 1km terakhir perjalanan akan bertemu banyak 'false peak'. Tak pulak aku terkira berapa false peak yang ada situ. Maksud false peak tuh, ....mmm konon2 gini la..>> "Ehhh dah sampai puncak ke??? ooo lom la pulak sebab lepas sampai kat tempat paling tinggi kena turun semula.. pastu naik lagi mcm tu la puncak sebenar yang kat depan tuh., sama gak bukannn.. ketengi jek, .." wakaka. Maunya kalau tak ada si Helli tu, kitaorang perasan dah sampai la peak tuh. Tapi even tak de Helli pun sebenarnya sapa2 pun tau lom sampai lagi sebab kan ada tanda jarak pada setiap 100m kat sepanjang track tuh.


Bermula kat sini, kitaorang boleh nampak bentuk pokok dah mula berbeza berbanding di SCP. Tak ada lagi pokok besau2. Banyak pokok2 renek & pokok ala ala bonsai. Walaupun kecik tapi pastinya umur pokok tu dah makan banyak tahun tuh. Track di sini lebih mencabar. Ada kawasan yang sengaja direntang dengan tali untuk beri amaran kepada pendaki tentang bahaya cerun curam bersebelahan track. Nak elak jatuh. Ada banyak gak kawasan yang dilengkapi tali untuk bantu menuruni track yang agak curam.
Kat sini kalau gayat.., toksah la ngada2, baik balik tido kat umah la. Takde sapa nak nolong mendokong. Korang sendiri la kena bentuk keyakinan dalam diri sendiri. Ada tempat2 yang bila berjalan kiri dan kanan adalah tebing curam yang sayuuuuup mata memandang. Lebar setakat sehasta je, tempat pijak pulak setakat lapisan lumut tebal..., tapi stabil. Masa kat sini kira pakaian aku masih tak de la kotor mana. Kasut maintain kering. Target nak kotor time turun nanti la. Time tu takyah control2 cantik depan camera dah..hehe.
Perhatikan sudut kecuraman yang hampir 90 degree
Kat sini aku puji lagi si Marwan kali kedua nya. Banyak perkembangan positif yang aku perhatikan. Dulu kemain penakut lagi, nak gayut kat tali pun tak nya mau. Laju, pantas & tangkas dah dia turun naik kawasan yang bertali kekadang tu aku pun tak terkejar dia. Tapi tempat tali kat sini lebih banyak dari kat Kinabalu. Cuma kat Kinabalu tempat tali tu.., erkkk mengecutkan segala usus perut kalau mata gatal2 nengok ke bawah. Sini pun steep jugak..., tapi sebab kat cerun curam tu dipenuhi dengan pokok2 renek... tak la ngeri sangat. Kalau kat kinabalu tu... batu kosong jek..., apa tak seramnya.
Tengah mengembangkan lubang
hidung, akhirnya berjaya sampai  gak
kat puncak
200 meter sebelum sampai ke puncak. Kitaorang jumpa kawasan berpagar. Tak pasti la apa benda tu sebab dalam kepala tak sabar2 dah nak sampai point tertinggi Trusmadi time tu, macam pemancar je. Kat sini memang dah start lembab sebab memang dah kawasan awan berkumpul. Angin pun kuat, lagi la tambah kesejukannya. Dari tempat pemancar ni ke puncak track dia dah jenis tak boleh nak control ensem.. haha. Nak tak nak terpaksa la kasut yang kering tu dibenamkan dalam tanah lecak yang lembut. Maka dengan rasminya basah la kasut tu menjerap air sampai ke stokin. Nak elak kiri kanan memang dah susah. So redah je la, dalam kepala set... biar kotor jangan terbongkang tak pepasal sebab nak elak benda remeh mcm tu.. tak berbaloi.
4.40pm Sampai kat peak dia, angin memang kuat..sekeliling memang tak nampak apa.. cuma kabus putih dan pokok2 renek yang dekat je. Jauh sikit dah tak nampak apa dah. Agaknya kalau hari yang cerah.. permandangannya pasti sangat memukau. Boleh nampak Gunung Kinabalu, nampak laut, nampak banjaran Croker...(dia suruh datang lagi la tu tengok lain kali). Kat peak dia ni mercu tanda dia tak la cantik. Uboh la sikit papantanda info ketinggian mcm kat Kinabalu tu yek. Ni dia letak tiang piling yang guna nak buat bangunan je situ. Hahaha..., tak pe tak pe.
Tak cantik pun tak pe lah. yang penting kembang kempis dah hidung ni sebab berjaya akhirnya hajat nak menakluk Trusmadi. Huyaeeee!!!!
Amat bersyukur berpeluang hingga sampai ke sini.
Sememangnya tengok gunung yang tinggi dari jauh memang cantik, tapi aku akui pijakkan kaki 'live' dipuncaknya jauh lebih mempesona.
Nak celebrate tanda kejayaan nih, potong2 kek tak de la. Last2 Marwan jerit nama aku, aku jerit nama dia kuat2 sampai nak tercabut anak tekak kat Puncak Trusmadi tu.. Tidak ada gema, tak ada lantun bunyi... Suara kitaorang terus terbenam dalam tebal awan & kencang angin.


Mt. Tambuyukon... the next??!!..hehehe
cont. [4]

No comments:

Post a Comment